What Happens When You Stop Smoking? | Wisdom Wednesday

 What Happens When You Stop Smoking? | Wisdom Wednesday


Kesan Rokok Pada Penampilan Seseorang

Antara kesan merokok yang boleh dilihat dalam jangka masa yang pendek ialah perubahan pada penampilan. Merokok menyebabkan kerosakan pada tisu kolagen dan mengganggu fungsi elastik kulit. Ia juga menyebabkan penurunan kadar penyembuhan luka dan meningkatkan risiko jangkitan. 


  • Kulit kusam. Merokok akan menyebabkan kulit kelihatan kusam, kelabu dan tidak bermaya. Nikotin mengganggu pengaliran darah pada kulit anda dan secara tidak langsung menyekat bekalan oksigen kepada kulit.


  • Gigi kuning. Antara kesan merokok ialah menyebabkan gigi menjadi kuning dan lebih teruk ialah gigi menjadi hitam atau coklat akibat kesan tar pada gigi.


  • Kuku dan jari kuning. Tar dalam rokok juga mampu menjadikan kuku dan jari bewarna kuning. Namun begitu, gejala ini akan pudar apabila anda berhenti merokok.


  • Rambut gugur. Merokok membuatkan rambut tidak kuat, kusam dan mudah gugur.


  • Kanser kulit. Sebuah kajian telah menunjukkan bahawa merokok juga meningkatkan risiko kanser kulit.


Kesimpulan

Semoga dengan informasi ini anda lebih mengenali kesan merokok dan menjadi titik perubahan untuk berhenti merokok dan menjalani hidup yang lebih sihat.

SUMBER

+++

Orang cakap, bila cakap pasal rokok ni, ramai yang sensitif. Betul ke?

Post a Comment

5 Comments

  1. Rambut gugur tu yg taknak tu...

    ReplyDelete
  2. kebanyakan ramai yang sensitif tapi klau dia terima nasihat secara terbuka ok la kan

    ReplyDelete
  3. Emmmm. En suami xLeh pisah
    la dgn.rokok. kecuali bln puasa
    adoii.kadang pening jg asapp tu

    ReplyDelete
  4. yang sensitif tu orang yang merokoklah

    ReplyDelete
  5. Orang yg merokok baca ni depa tak kisah pun tp kita yg xmerokok yg seram...sebab kita pun dpt kesannya juga

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)