Ini kisah beberapa hari sebelum Ramadhan hari tu. Saja bawa anak-anak pergi ambil angin pantai di Port Dickson. Ini di Pantai Bayu Beach Resort. Cuaca pun okey, orang pun tak ramai sangat. Mungkin sebab dah petang.
Laut seperti biasa, memang selalu indah dan cantik di mata SR. Yang menambah cantiknya laut dan pantai adalah susuk tubuh famili SR yang bermain di gigi air. Rasa gembira dan tenang aje untuk SR pandang.
Jika dari Senawang, masa perjalanan jika ikut PLUS untuk ke sini adalah dalam 40 - 45 minit. Sebab tu selalu juga kami sekeluarga ke Port Dickson walaupun menetap di Senawang. Sebab taklah jauh sangat hehehe...
Bila last kalian ke pantai? Pantai apa? CUba kongsi sikit dengan SR!
9 Comments
kanak2 memang Seronok di tepi pantai . Kita yg tgk pun gembira
ReplyDeletezaman ank2 ciknur dah berlalu he hee
Tetibe rindu pantai pula. Hehehe :)
ReplyDeleteLama sangat-sangat tak ke pantai.
ReplyDeleteLast sekali bln 11 di pantai cenang langkawi. Hotel pelangi beach resort. Seronok dlm cemas.
ReplyDeleteLast week..Pantai Puteri Melaka...teringin nak bercuti satu family ngan dania sekali..tapi minah tu kerja kan..part timer mana ada cuti kan...
ReplyDeleteCANTIK PANTAI PD BARU NI SINGGAH JUGA
ReplyDeletenyaman je kan dpt spend masa quality time dgn family tersayang., mcm panas terik je matahari petang2 tepi pantai tuu., ;p
ReplyDeletelast masa sekolah menengah dulu. di Pantai Merdeka. hehe
ReplyDeleteBestnya dapat jalan jalan tepi pantai..
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)