Tengok Orang Melapah Lembu | Throwback Thursday


Terjumpa pula gambar adam dan amir waktu hari raya haji haritu. Masa ni diorang dah balik dari solat raya, dan ikut zaimi pergi ke tempat orang uruskan sembelihan korban.

Masa ni SR dah suruh diorang tukar baju, pakai t-shirt aje. Sejuk sikit.

T-shirt tu pun beli di Lotus Kota Bharu masa raya puasa sebelum tu. SR memang suka adam dan amir pakai baju sama. Masa kecik dulu, lagi kerap pakai baju sama. Tapi bila dah besar, masing-masing tak berapa nak suka pakai baju sama. Kadang-kadang aje diorang nak ikut. Haha!


Berbalik pada kisah adam amir ke tempat sembelihan ni, SR tak ikut pun. Zaimi pergi bertiga aje dengan anak-anak lelaki dia.

Bila dah balik, SR tanyalah, seronok tak pergi tempat tu? Dua-dua macam tak ada perasaan. Amir siap cakap, amir tak nak lah buat macam orang-orang tu. Nanti tangan amir merah.

😅

Post a Comment

13 Comments

  1. besar nanti boleh jadi pelapah ganti atuk n aki heh heh

    ReplyDelete
  2. Kesian..dorang takut darah ke?

    ReplyDelete
  3. pengalaman yang manis buat dua beradik ni Syaz.. :)

    ReplyDelete
  4. baguslah anak2 diajar ke tempat penyembelihan korban sejak dari kecil lagi. boleh jadi pelapis kpd org dewasa mcm abam kie ni...

    ReplyDelete
  5. Anak buah PC bila tengok darah terus ajak ayahnya balik.

    ReplyDelete
  6. Kalau tenguk masa ikat dan sembelih lembu lagi takut agaknya

    ReplyDelete
  7. kannn? ayu pun suka pakaikan baju sama for Ian & Iris..dulu la masa kecik2..or matching2.. now..dpt pakai sama color pun ok la...he he he

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.