Terjumpa pula gambar adam dan amir waktu hari raya haji haritu. Masa ni diorang dah balik dari solat raya, dan ikut zaimi pergi ke tempat orang uruskan sembelihan korban.
Masa ni SR dah suruh diorang tukar baju, pakai t-shirt aje. Sejuk sikit.
T-shirt tu pun beli di Lotus Kota Bharu masa raya puasa sebelum tu. SR memang suka adam dan amir pakai baju sama. Masa kecik dulu, lagi kerap pakai baju sama. Tapi bila dah besar, masing-masing tak berapa nak suka pakai baju sama. Kadang-kadang aje diorang nak ikut. Haha!
Berbalik pada kisah adam amir ke tempat sembelihan ni, SR tak ikut pun. Zaimi pergi bertiga aje dengan anak-anak lelaki dia.
Bila dah balik, SR tanyalah, seronok tak pergi tempat tu? Dua-dua macam tak ada perasaan. Amir siap cakap, amir tak nak lah buat macam orang-orang tu. Nanti tangan amir merah.
😅
13 Comments
Oh, takut tangan merah pulak ya 😆
ReplyDeletecantik tshirt depa berdua tu
ReplyDeletebesar nanti boleh jadi pelapah ganti atuk n aki heh heh
ReplyDeleteai? sedondon pulak?
ReplyDeleteKesian..dorang takut darah ke?
ReplyDeletepengalaman yang manis buat dua beradik ni Syaz.. :)
ReplyDeletebaguslah anak2 diajar ke tempat penyembelihan korban sejak dari kecil lagi. boleh jadi pelapis kpd org dewasa mcm abam kie ni...
ReplyDeleteAnak buah PC bila tengok darah terus ajak ayahnya balik.
ReplyDeletecantik t-shirt tu
ReplyDeleteCantik design baju tshirt diorang
ReplyDeleteKalau tenguk masa ikat dan sembelih lembu lagi takut agaknya
ReplyDeletekannn? ayu pun suka pakaikan baju sama for Ian & Iris..dulu la masa kecik2..or matching2.. now..dpt pakai sama color pun ok la...he he he
ReplyDeleteTengok dari jauh aje ye
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.