Yong Tau Fu Giant Kuala Pilah

Minggu lepas, ada sekali waktu lunch, SR, zaimi dan ayu pergi makan di Food Court dalam Giant Kuala Pilah. Zaimi teringin nak makan sizzling, ayu masa tu tak nak pula makan apa-apa, agaknya masih kenyang sebab dia breakfast agak banyak hari tu.

SR pun sebenarnya tak tahu nak order apa, tujuannya nak bawa ayu jalan ke Giant tu je, sebab kebetulan hari tu dia ikut SR ke ofis. Lepas round food court comel tu tiga, empat kali, SR rasa nak cuba Yong Tau Fu lah.

So, let's.

Memang agak rambang mata bila berdiri depan stall yong tau fu ni. Banyak juga pilihan. Cuma dia tak letak harga, jadi kena wujudkan sedikit perasaan takut untuk main cedok dan sepit. Haha!

Setelah berlawan dengan nafsu serakah sendiri, SR pun kembali menyerahkan mangkuk yang SR dah pilih isi untuk Yong Tau Fu SR tu.

Sumpah berdebar masa tengk mamat tu kira sambil terkumat-kamit bibir dia tau.


"Empat belas," ujar brader tu dengan wajah yang polos ketika meletakkan semangkuk Yong Tau Fu yang telah berkuah di depan SR.

Bayar ajelah, sendiri yang cedok tak ingat dunia tadi kan.

Rasa dia bolehlah, tak adalah sampai menjilat jari, tapi tak adalah sampai tak boleh telan.

On a serious note, sebenarnya RM14 semangkuk tu tak habis pun SR makan. Siap kongsi dengan zaimi dan ayu. Hihi...

Di Kuala Pilah ni, Yong Tau Fu yang sedap dan terpaling sedapnya adalah di pasar malam. Tapi, pasar malamnya setiap petang jumaat. Memang jarang sangat SR nak singgah. Jadi, inilah harga sebuah kemalasan.

OK jauh dah SR merapu.

Toodles!

Post a Comment

14 Comments

  1. Hahahah.. memang debar2 la taim nak tunggu dia sebut harga.

    ReplyDelete
  2. suka makan yong tau fu sup kat food court sban prima

    ReplyDelete
  3. memang, kalau nak beli ytf ni kena kawal nafsu. mai ambik je ikut suka, last sekali tak habis...

    ReplyDelete
  4. Kat Pantai Puteri pon ado.. Young tou foo.. Adeiii Teringat kesedapannya😅

    ReplyDelete
  5. RM14 tu murah la tu SR....hahahaha....tp memang seram gak la..tiap kali nak bayar...NUSentral memang melampau mahal tapi kalau dah teringin lelap mata je

    ReplyDelete
  6. yongtaufu mesti ada kangkungnya kan

    ReplyDelete
  7. Uncle ingat Yong Tau Fu Giant tu Yong Tau Fu Gergasi... (saiz besar)

    ReplyDelete
  8. Feveret ni..ha'ah kt pasar mlm, YTF sedap & murah..

    ReplyDelete
  9. Saya kalau yong tau fu ini memang seram nak cedok bila tak de harga.. Rasa menggeletar je tunggu dia maklumkan harga.. hehehe

    ReplyDelete
  10. haha kira murah lah tu banyak macam tu RM14. kat sini dah cecah 30 pun ada padahal bahan tak banyak pun. kangkung pun dapat batang hshs

    ReplyDelete
  11. Aini pun camtu.. duk pilih apa kita nak pastu debar jantung laju takut mahal sangat.. Tapi tu kita nak bedal jelah kan..hehe

    ReplyDelete
  12. Cabaran beli yong tau foo tak display harga ni.

    ReplyDelete
  13. Wah sedap ni . Yong tau fu kalau amek2 je ..terlajak ambik mau tkejut tgk harga tu

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.