Assalamualaikum wbt...
Soalan
Apakah hukum penggunaan perkataan ‘shalom’ secara lafaz/tulis/perbuatan bagi umat islam khususnya di malaysia untuk menyapa orang islam dan bukan islam, dalam satu kelompok ataupun dalam kelopok berasingan? Penggunaan ‘shalom’ ini digunakan oleh kebanyakan anak muda dan menganggap bahawa perkataan shalom hanya sekadar bahasa yang berlainan tapi sama maksudnya dengan lafaz ‘assalamualaikum’.
Ringkasan Jawapan
Agama Islam menganjurkan kepada penganutnya untuk menegur sapa dengan lafaz ucapan ‘assalamualaikum’ yang bermaksud salam sejahtera ke atas kamu, dan ini merupakan salah satu dari sunnah Nabi SAW.
Tidak salah untuk menggunakan perkataan ‘shalom’ secara lafaz, tulis, dan perbuatan untuk menyapa orang lain kerana ucapan shalom juga bermaksud aman dan sejahtera dalam bahasa ibrani, dan menjadi ucapan yang dianjurkan dalam agama Yahudi sebagai doa kepada orang lain. Namun begitu sebagai umat Islam, seseorang muslim wajar menghidupkan Sunnah Nabi SAW dengan melafazkan bentuk lafaz yang dianjurkan oleh Baginda. Di samping itu juga, setiap muslim perlu mengelakkan segala kelakuan yang boleh menimbulkan fitnah dari masyarakat sekeliling. Contohnya jika ucapan “Shalom” itu menyebabkan buah mulut dan sangkaan buruk dari orang sekeliling makai a sepatutnya dielakkan.
Kesimpulan
Agama Islam menganjurkan kepada penganutnya untuk menegur sapa dengan lafaz ucapan ‘assalamualaikum’ yang bermaksud salam sejahtera ke atas kamu, dan ini merupakan salah satu dari sunnah Nabi SAW. Tidak salah untuk menggunakan perkataan ‘shalom’ secara lafaz, tulis, dan perbuatan untuk menyapa orang lain kerana ucapan shalom juga bermaksud aman dan sejahtera dalam bahasa ibrani, dan menjadi ucapan yang dianjurkan dalam agama Yahudi sebagai doa kepada orang lain. Namun begitu sebagai umat Islam, seseorang muslim wajar menghidupkan Sunnah Nabi SAW dengan melafazkan bentuk lafaz yang dianjurkan oleh Baginda. Di samping itu juga, setiap muslim perlu mengelakkan segala kelakuan yang boleh menimbulkan fitnah dari masyarakat sekeliling. Contohnya jika ucapan “Shalom” itu menyebabkan buah mulut dan sangkaan buruk dari orang sekeliling makai a sepatutnya dielakkan. Alangkah baik dan murninya ucapan salam itu dikekalkan dengan kalimah asal “Assalamualaikum” yang telah diajar oleh Rasulullah.
Wallahua’lam.
10 Comments
assalamualaikum syaz
ReplyDeletebukan susah pun nk bagi salam yg penuh... assalamualikum bukan susah utk dilafazkan
ReplyDeleteOwww... Noted
ReplyDeleteokay faham, terima kasih share ilmu :)
ReplyDeleteOh, tak pernah tahu pun ada ucapan Shalom.
ReplyDeleteTerima kasih berkongsi.
so far tak pernah dengar orang di Malaysia guna Shalom. saya kot ketinggalan. apa pun terima kasih atas perkongsian
ReplyDeletegood sharing..tq!
ReplyDeletetq for sharing syaz
ReplyDeleteLebih afhdal kalau disebut assalamualaikum
ReplyDeleteAlhamdulillah.. terima kasih berkongsi ilmu..
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.