Assalamualaikum wbt...
SR ada, SR balik kampung zaimi di Kota Bharu hujung minggu ni. Jadi menghabiskan masa bersama lah kiranya. Itu yang tak berupdate pun mana-mana mdia sosial SR kecuali TikTok aje. Haha!
Dah umur-umur macam ni, SR macam dah malas pula nak update media sosial 'in the moment'. Macam selalunya SR akan update post masa tengah jalan-jalan. Tapi sekarang jarang dah macam tu. Mungkin faktor usia ke apa entahlah.
Macam sekarang, suka menikmati waktu dulu. Ada masa free, tengah lapang-lapang, baru update. Itu pun memang niat untuk tontonan ahli keluarga sendiri samada kini atau tunggu dia naik kat memory FB di tahun-tahun akan datang.
Eh apa SR merapu ni gais. Haha!
Hari ni SR pergi Pengkalan Kubur, balik tu singgah ke Kampung Laut ni. Tengok masjid yang pernah hanyut sebab banjir besar tu. Di Kampung Laut ni, memang selalu rang datang untuk beli serunding. Orang Kelantan panggil sambal daging.
Nanti ada masa dan ada mood, SR ceritakan ya. Mana tahu ada yang nak datang juga kan. Hehe...
STay safe gais!
PS: Dalam gambar di atas ada amir.
13 Comments
Abe Kie pun belum sampai ke sana.
ReplyDeletekalau pergi tempat gini, lebih best kalau org tak ramai. Tak serabut kepala. hehe
ReplyDeletenasib baik kak syaz bagitau ada amir hahaha punyalah kecik sampai tak perasan.
ReplyDeleteHaah la ada Amir, kalau SR x bagi tau SA pun x perasan..seronoklah jenjalan...sejak dah umur ni rasa nak duk rumah je sbb x sanggup tempoh jammed
ReplyDeleteGlamour Kg Laut ni ye...hari tu tgk berita PM datang sini.. hehe
ReplyDeleteKalau kg. laut ni memang terkenal dengan serunding yang sedap..
ReplyDeleteKak lina pernah ke Tumpat jalan² naik boat.. hajat nak ke Pulau Suri.. tapi silap hari haha.. Pulau suri cuma dibuka hari Sabtu je... pusing² naik hoat saje lah
bestnya dia
ReplyDeletewah balik kampong lagi best tu
ReplyDeletebesar kecik besar kecik mata cari amir! hehehhe
ReplyDeleteAkak lebih suka update cerita lambat dari masa sebenar. Sebab kurang gemar orang tau kat mana kita sekarang.
ReplyDeletemenarik tempatnya..
ReplyDeleteCantik
ReplyDeleteNice post thank you Gary
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)