Saja SR nak kongsikan pemandangan dan suasana di Pantai Batu Hitam, Beserah, Kuantan Pahang pada waktu tengahari.
Memang sangatlah panas dan terik!
Masa ni anak-anak SR sibuk ajak ayah dengan tok wan diorang ke pantai ni. Nak mandi laut punya pasal. Anak-anak SR memang susahlah nak lepaskan peluang untuk bermandi-manda di Pantai Batu Hitam ni setiap kali balik ke Kuantan. Selalu SR malas nak ikut, tapi masa mid Ogos hari tu, SR ikut.
Ha lepas dah ikut, kepanasanlah!
Hahaha!
Pantai Batu Hitam kan terletak di Pantai Timur, jadi di sini memang terkenal dengan pengunjung yang datang selepas subuh untuk tengok sunrise atau matahari terbit. Selalunya mereka akan terus bermandi-manda dan berkelah sampai ke tengahari.
Tapi pengunjung sebelah petang rasanya lebih ramai. Sebab sebelah petang. kawasan pantai tak panas macam pagi dan tengahari.
Masa kami pergi ni, dalam pukul 11.30 pagi. Matahari memang on the way nak tegak atas kepala uolls! Memang terik dan silau waktu memandang ke arah laut. Bergemerlapan air laut disinari cahaya matahari.
Jadi tak terdaya SR nak pandang ke arah laut lama-lama. Macam mana anak-anak SR tu gigih mandi dalam laut tu pun entahlah! Budak-budak kan, semua benda menyeronokkan!
Abah SR memang penunggu setia cucu-cucu dia kalau di Kuantan ni.
Zaimi dah tak tahan panas, dah jadi macam bertudung pula dia dekat tengah laut tu. Diselubung kepala dia dengan kain tuala.
Ambil gambar anak-anak pun dah nampak macam bayang-bayang aje ha.
Hahaha!
9 Comments
Seronoklah anak3, Atok rajin melayan :)
ReplyDeleteBetul tu PH :)
DeletePanas betul tapi kalau masuk laut tiada rasa panas itu.
ReplyDeleteHehe terkenang kecil-kecil suka mandi laut. Seronoknya.
Kenangan lalu mengusik jiwa hehehe
DeleteCantik jugak view nya.. Best tu leh tgk sunrise and sunset kat sini 😍
ReplyDeleteSunrise je ada, sunset tak ada hehe
Deletetgk gmbr pun leh terasa panas dan bahang ituu., ;p
ReplyDeleteps. wak dh tukar blog lain ye cik SR, leh update link ;p
Done :)
DeleteCantik pemandangan pantai batu hitam ni . Langit biru. Cuaca pun cerah
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)