#throwback
Assalamualaikum...
Ya, bahasa melayunya adalah saintis kecil.
Adam dan amir siap pakai lab coat kan?
Hihihi...
Kisahnya, Pusat Pengajian Biologi UiTM Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah, ada menganjurkan satu program sempena cuti sekolah yang lepas. Program yang diberi nama Little Scientist in Action ni melibatkan penyertaan dari anak-anak staf kampus ini.
Program yang pengisiannya berkisarkan aktiviti di makmal biologi dan mikrobiologi, Memang anak-anak SR seronok sangat. Lab coat tu, masing-masing macam tak nak pulangkan pada urusetia!
Hahaha!
Program ni pertama kali dianjurkan. Tak sangka, rupanya mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Siap ada yang kata, tak cukup 2 hari. Dan untuk akan datang, ada yang minta program ni berjalan selama lima hari. Hahaha!
Program ni diadakan selama dua hari. Terbahagi kepada 4 jenis aktiviti yang diuruskan oleh kawan-kawan sejabatan SR juga. Seronok masing-masing melayan keletah anak-anak staf yang join program ni. Soalan-soalan dari anak-anak ni kadang memang tak dijangka tau!
SR tak jadi ajk aktiviti pada hari berkenaan, SR jadi ajk belakang tabir. Tapi sempatlah pergi jenguk juga di makmal. Masa tu ayu pun ikut sekali ke kampus. Tapi ayu tak boleh join, sebab tak cukup umur. Program ni untuk anak-anak yang berumur 7 hingga 12 tahun.
Pada penghujung hari kedua, semua peserta diberi sijil penyertaan dan sekeping gambar beramai-ramai bersaiz A4 tau! Mesti akan jadi kenangan sampai bila-bila.
Selain beraktiviti, adam amir sebenarnya seronok sebab dapat juga buat kawan baru.
Seminggu jugalah masing-masing bercerita tentang program ni. Nak join lagi katanya. Insyaallah... kalau ada lagi, omak dan ayah akan daftarkan ya!
Moga tercetuslah minat anak-anak ni semua untuk menceburi bidang sains di masa hadapan 💗
11 Comments
Wah bagusnya ada aktiviti begini. Semoga makin ramai anak2 yang minat bidang sains.
ReplyDeleteSiap dapat gambar saiz A4, seronok bila nak imbau kenangan esok2.
Bagusnya program sebegini 👍
ReplyDeleteAnak2 akk pun suka program macam ni... Dapat exposure, experience, dapat kawan baru hehe...
Mudah2an cucu2 atuk ni jadi saintis bila dewasa nanti
ReplyDeletewah terbaik program saintis ni galakan kpd anak2 sukakan sains
ReplyDeleteBaik untuk anak-anak. Bagus ada aktiviti sebegini.
ReplyDeletesatu program yg bagus bagi menyemai minat anak2 dlm bidang sains. Syabas kpd penganjur.
ReplyDeletebagus ada program mcm ni. memupuk anaka2 minat sains dan teknologi
ReplyDeleteBestnya.. Ini bukan anak-anak je syok.. hehehe.. Orang tua pun layan..
ReplyDeleteMenariknya program macam ni. Budak budak pun seronok tu jadi saintis kecil. Mana tahu lepas tu minat sains pulak kan. Ala sian Ayu. Takpe Ayu, nanti dah besar Ayu join okay.
ReplyDeleteBagusnya. Biar anak-anak tahu pentingnya Sains dan ia adalah sesuatu yang menyeronokkan
ReplyDeleteBagus aktiviti macam ni...boleh menambah minat Anak anak kan....
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)