Kenangan Mengundi Untuk Parlimen Hulu Langat PRU 15

Assalamualaikum wbt

Tahniah SR ucapkan kepada semua rakyat Malaysia yang telah menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara dengan turun beramai-ramai untuk mengundi bakal pemimpin pilihan hati pada 19 November 2022 yang lalu. Perikatan Nasional, Barisan Nasional, Harapan dan Gerakan Tanah Air, masing-masing ada penyokongnya sendiri.

SR juga tidak terkecuali.

Untuk PRU 15 ini, SR perlu membuang undi di bawah Parlimen Hulu Langat, Selangor.  Tempat yang menjadi Pusat Mengundi SR pula adalah di Sekolah Kebangsaan Semenyih.

Beberapa hari sebelum itu, SR memang dah hubungi adik lelaki SR. Nak pergi sama-sama dengan dia. Memandangkan tinggal SR dan dia sahaja yang masih perlu mengundi di sini. Emak Abah dan adik bongsu SR semua telah tukar alamat mengudi mereka.

SR minta dialah yang pandu kereta. Nak cari parking apa bagai semua tu mesti agak mencabar sebab orang ramai kan. Lelaki selalu cekap sikit bab selit menyelit dan cari short cut.

Jadi tepat pukul 10 pagi SR keluar dari rumah dan pergi ke rumah dia dulu untuk drop anak-anak SR, amir dan ayu. Tinggalkan dekat adik ipar SR sementara SR pergi mengundi. 


Seronok masing-masing sampai tak nak balik petang tu sebab dapat main dengan Inas, sepupu diorang tu.

SR dengan adik SR gerak ke SK Semenyih dalam pukul 11.30. Memang jalan agak sesak pula dari arah Rinching ke pekan Semenyih. Jadi setelah adik SR ikut jalan-jalan tikus yang dia tahu, akhirnya kami dapat parking di seberang jalan. Kena melintas untuk ke SK Semenyih. Ada jejantas, tapi masa tu ada orang jagakan trafik, maka kami lintas di bawah sahaja.

Mudah sungguh urusan mengundi buat SR kali ni. Mungkin sebab utamanya adalah, SR dan adik SR dah semak siap-siap kami di saluran berapa dan nombor berapa. Jadi, dah skip 1 kaunter. Petugas SPR memang galakkan semua semak sahaja sendiri maklumat yang diperlukan melalui telefon bimbit masing-masing. Jimat masa dan tenaga.

Jadi, kami terus saja  ke saluran masing-masing. SR saluran 5, sesampai sahaja di situ, tak sempat nak selfie ke ambil gambar ke, terus sahaja dah boleh masuk. Memang tak ramai orang di saluran SR. Adik SR tu di saluran 6, haaa saluran dia ramai. Beratur sampai ke tangga.

SR punya proses buang undi selesai dalam masa tak sampai pun 5 minit dari SR tiba di pintu masuk saluran SR tu. Alhamdulillah lancar. Lepas dah selesai buang undi, baru dapat selfie sebijik. Adik SR masa ni masih beratur di atas tangga.


Lepas tu, SR pun turunlah dan tunggu sampa dia sudah pula. Nasib baik ada kerusi kosong dekat salah satu pondok.


Masa tu baru SR perasan yang jari SR dicelup terlalu dalam! Orang-orang lain elok aje 1 senggat jari. SR punya sudahlah panjang, comot pulak tu! Haha!


Lama kucing ni hidu jari SR. Agaknya dia pun pelik, apo bondo ni? Last-last dia gigit jari SR. Cis kamu meow!

Dalam 20 minit jugalah SR menunggu, akhirnya selesai juga adik SR buang undi dia. Oh lupalah, nama dia Boi. Hehe..

Jadi SR dan Boi pun selfielah apa yang patut, mana boleh tidak kan? Bukan selalu pergi mengundi ni!



Masa nak balik, kami ikut jejantas depan SK Semenyih tu. Bertahun-tahun duduk di Semenyih, itulah kali pertama kami naik jejantas tu. Haha!

Walaupun tinggi dan curam, rupanya indah juga pemandangan dari atas jejantas tu. Seronok pula ditiup-tiup angin atas tu. Ralit pula kami.






Kemudian, Boi bawa SR ronda-ronda Semenyih. Beli makanan, beli rojak, sembang-sembang makan aiskrim... Teringat pula masa zaman kami budak-budak, kalau keluar berdua, macam tu lah. Baru SR sedar rupanya dah lama dah SR tak spend masa berdua sahaja dengan dia sejak masing-masing dah berkeluarga.

Hikmah kami berdua tak tukar alamat mengundi.

Dapat luang masa sama-sama walaupun sekejap.

Macam-macam diborakkan, sampai lupa pula nak bergegas balik rumah hahaha!

Untuk PRU 15 ni, Emak Abah dan adik bongsu SR mengundi di Kuantan.



SR dan Boi hanya buang undi untuk parlimen, tapi di Pahang, mereka buang undi untuk parlimen dan DUN sekali. Abah memang bersemangat, awal-awal lagi dia dan mak dah pergi mengundi. Tup tup dah upload gambar di group whatsapp!

Anyway, pengalaman mengundi untuk PRU 15 ni seronoklah juga. Dan dapat beli rojak kegemaran SR di pekan Semenyih tu.


Cuma portion nya dah sikit, harganya dah naik.

😅

Nasib baik rasanya maintain!

Itulah sahaja cerita SR mengundi untuk PRU 15. Kalian mengundi di parlimen mana? Cuba share sikit!

Post a Comment

14 Comments

  1. akak mengundi kat parlimen lembah pantai..hehe..alhamdulillah..hari sabtu lepas, semua tunjuk jari berinai bukti mengundi..hehe...

    ReplyDelete
  2. Tak tahu kenapa tiber sebak baca kisah SR dan Boi dapat mengundi bersama.

    ReplyDelete
  3. tahniah semua pengundi... nak tunggu result dah macam tunggu result SPM pula ni...

    ReplyDelete
  4. bersemangat abah syaz dgn bajunya. hehehe.. memang cayalah!

    ReplyDelete
  5. Sapa belikan tshirt dinasor tu...? Cool!

    ReplyDelete
  6. Sha pun macam SR.. semak dulu no giliran saluran mana.. Lebih cepat..

    ReplyDelete
  7. Harap2 calon yang SR pangkah tu menanglah jadi YB

    ReplyDelete
  8. Meriah PRU 15 ni kan..
    SK Semenyih tu kan ..saya teringat buku teks awal-awal KBSR dulu..Baca buku adik saya .Kalau tak salah buku teks BM .Ada gambar SK Semenyih ni..Masa tu tak tau pun kat mana Semenyih .Tapi tetap ingat nama dan gambar sekolah tu

    ReplyDelete
  9. meriahnya tempat mengundi SR,kereta berderet sampai saluran 6 memang ramai tu. Tempat akak di kampung sampai saluran 3 je hehhe abah akak kata dalam seribu lebih je semua.Rojak tu nampak sedap juga, best bila rasa dia masih sama lagi

    ReplyDelete
  10. Meriah erk hari mengundi...sama la ngan SA.....

    ReplyDelete
  11. Ammi mengundi di Parlimen Somban. Semua adik beradik kat situ tapi ammi seketul je tersasar ke tempat lain

    ReplyDelete
  12. wahhhh ramainya orang dekat pusat mengundi tempat kak syaz! Nasib baik lah tak ambik masa lama kat situ.

    ReplyDelete
  13. tahniah kerana berjaya menunaikan hak sebagai rakyat Malaysia..bukan selalu kan...hampir lima tahun sekali

    ReplyDelete
  14. Orang tua memang semangat gitu, kalau boleh nak jadi orang pertama. saya pulak selalu tunggu lewat sikit. malas ramai orang

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.