Kek Kukus Untuk Tok Wan

Assalamualaikum wbt...

Baru-baru ni, abah SR sambut hari lahir dia yang ke 62 tahun. Kebetulan, masa hari birthday dia tu, dia ada di rumah SR. Sebab sebelum tu, emak dan abah SR ke rumah adik lelaki SR, menjenguk cucu baru. Adik SR tu baru dapat anak yang kedua baru-baru ni juga.


Jadi, adam dapat idea nak buat kek kukus coklat dengan nenek dia. Resepi kek kukus coklat tu pula, adam dapat dari mak mertua SR. Pernah buat sama-sama masa di kampung. Dia selalu ajak SR untuk buat kek kukus coklat tu. 

Tapi tu lah.

Emaknya ni tak berapa rajin dalam hal-hal kek dan kuih. Haha!

Jadi alang-alang nenek dia ada, neneknya lah melayan.


Gigihlah ajak pergi beli barang untuk buat kek tu. SR bantu adam dari segi kewangan aje lah. Nak duduk buat kek tu sama-sama, memang SR malas. Jujur ni. Haha.

Jadi selepas kelentung-kelentang dekat dapur beberapa ketika, akhirnya siaplah kek kukus coklat buatan adam dan neneknya.

Kan kebetulan birthday abah SR kan? Haa.. terus saja kek tu jadi kek birthday abah SR.

Seronoklah abah, seronoklah jugak si adam. 

Abah seronok sebab tahun ni, cucu dia buatkan kek. Adam pula seronok sebab dapat buat kek tu, dan naik taraf jadi kek birthday Tok Wan dia. Ada-ada aje anak sulung SR yang seketul ni kan.



Kebetulan ada lilin lebih empat batang, jadi SR pun cucuklah dekat kek tu, buat seronok-seronok dan bagi nampak macam betul-betul suasana kek hari jadi.



Kek menjadi, abah happy, adam pun happy, amir dan ayu lagilah happy sebab menyibuk sana-sini. Yang capeknya emak SR dan SR sebab kena cuci perkakas dan kemas dapur 😂

Senang sangat rupanya buat kek tu. Kek coklat tanpa guna ketuhar, tanpa guna butter pun. Guna pengukus aje tau.

Bahan-bahan pun tak adalah banyak sangat. Kalau seingat SR, bahan-bahan untuk buat kek coklat kukus ni adalah;

Serbuk koko 
Tepung gandum 
Gula ising 2 
Air masak 
Telur empat biji
Esen vanilla
Serbuk penaik
Soda bikarbonat

Lepas tu kukus pun dalam 45 minit aje.

Rasa dia not bad, tekstur lembut. Mudah sangat sampai adam pun boleh buat 😂

Alhamdulillah, semua suka makan, sampai licin. Esok paginya, siap buat pula lagi sebiji. Dapatlah adik-adik SR pun merasa. 😄

Post a Comment

7 Comments

  1. aida ni pun x rajin buat kek.
    ni birthday sendiri, maybe esok br nak godak burnt ciskek, SR.
    teringin sendiri!

    ReplyDelete
  2. Seronoknya anak-anak, seronok atuknya juga.

    ReplyDelete
  3. Rajinnya Adam buat kek. Special sikit Birthday Tok Wan tahun ni dapat kek dari Adam dan juga adik adik serta Nenek.

    ReplyDelete
  4. Syok bila birthday... ada air tgn cucuuu.. hihi... good job Adam! Saya pun x pernah buat kek ni , 😂 Moga Tok Wan dipanjangkan usia dan diberkati kehidupannya selalu.... Amin

    ReplyDelete
  5. cucu2 yg sygkan tukwannya hepi ja tukwan..sanah helwah ayah syaz sht sjhtra tiasa

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.