Thursday, 10 November 2022

Membeli-Belah di Pengkalan Kubur Kelantan | Throwback Thursday

#throwback

Assalamualaikum wbt...

SR kalau balik ke kampung zaimi, mesti akan ke Pengkalan Kubur. Haha! Sebabnya, anak-anak SR sukalah mengajak Tok Ma diorang ke sini. Pengkalan Kubur ni jaraknya lebih dekat dari Rantau Panjang, tapi konsep beli-belah bebas cukainya sama. Memang barang-barang yang datang dari Thailand. Warna-warna barang yang dipamerkan memang menarik mata pengunjung. Warna-warni!

Anak-anak SR memang tak boleh kalau tak ke sini jika balik kampung ayah. 

Adam tu, dari dia kecil memang suka ke sini, sebab nak cari mainan. Adik-adik pun mengikut perangai. Nak ditegah, Tok Ma pula memang nak ke sini dan suka belanja cucu-cucu. Layankan sajalah... Asalkan semua happy kan. Adam pula yang ke sini baru-baru ni, dia dah tak cari mainan. Maklumlah orang dah besar. Dia cari jersey pulak uolls... *tepuk dahi*



Ayu dan amir pula memang masih menggila tengok mainan. Sampai tak tahu nak pilih yang mana. Sebab pilihan lebih dari otak diorang boleh brain!

 

Kalau ke Pengkalan Kubur ni, nak cari apa pun rasanya ada.

Pakaian, jersey lah selalu orang lelaki cari. Pakaian wanita, baju, blouse, skirt, tudung... Memang rambang sangat-sangat mata SR.

Ada alatan dapur, bantal, mainan, coklat, makanan siam, buah-buahan, dan yang paling selalu orang susah nak katakan tidak NARITA, atau ada juga yang panggil TOTO.











Penat juga meronda dalam ni tau. Sampai terduduk ayu keletihan. Memang penat tapi masing-masing tak mengalah, nak juga berjalan cuci mata dan cuci dompet ayah.


SR pun tak terkecuali, ranaplah juga beberapa keping duit SR dalam dompet. Tergoda beli t-shirt dan sepasang baju. SR buat pakai pergi office. Hehee!


Yang tukang angkat beg plastik semestinya zaimi. Duit habis, tenaga pun dikerah. Itulah tugas azali seorang bapa mithali 😂


Adalah dekat dua jam juga kami berjalan-jalan dalam kawasan bebas cukai Pengkalan Kubur tu. Sampai krem kaki SR. Beg duit SR pun dah menangis kekeringan. 

Masa perjalanan balik ke Kota Bharu, kami singgah makan dulu. Anak-anak SR asyik tanya, siapa 'atok' dalam gambar tu. Kenapa kedai makan ni letak gambar 'atok' tu dekat dinding.

Jadi zaimi dan Tok Ma pun explain dekat adam amir ayu yang itu adalah gambar Tok Guru Hj Nik Aziz, dulu dia menteri besar Kelantan.

Lepas makan kami pun balik. Dalam perjalanan, kami singgah pula di Laman Warisan Kampung Laut, (klik untuk baca) tengok masjid lama yang cantik tu.

Itu sahaja throwback untuk hari ni. Stay safe semua!

19 comments:

  1. rambang mata kalau dah sampai sini

    ReplyDelete
  2. shopping best...hehe...teringin nak gi Masjid Kpg Laut, kena repeat KB lg nampaknya...

    ReplyDelete
  3. huih tempat macamni memang best, lagilah memang kalau ada ongkosnya. Semua rasa nak beli hehehheh

    ReplyDelete
  4. x amek gmbr masjid lama tu erk.. Shopping sakanns tuuh.. 👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada wak, di post sebelumnta. Ada saya letak link di pos 😀

      Delete
  5. banyak juga borong mainan ya ayu

    ReplyDelete
  6. Datang sini syok cuci mata tengok set pinggan mangkuk

    ReplyDelete
  7. macam2 ada. tak pernah sampai lagi

    ReplyDelete
  8. Tempat shopping yang boleh buat poket kering.. hehehe

    ReplyDelete
  9. nampak perangai cuci dompet ayah tu, berjinjit kiri kanan pegang barang haha

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Awana SkyWay Gondola: Genting Highlands Cable Car

Awana SkyWay Gondola: Genting Highlands Cable Car
BOOK YOUR RIDE HERE