Borong Roti di Family Mart Kuala Pilah

Assalamualaikum wbt

#throwback


Cerita last few weeks ni. Adam request nak ke Family Mart di Pilah Gateway tu masa on the way balik dari sekolah. SR layankan ajelah permintaan anak sulung SR ni masa tu. Kebetulan pula dah lama kami tak keluar dan spend masa berdua. Jadi terus vroom ke Family Mart Kuala Pilah.

Memang segala roti Jepun yang ada jual tu dia nak. Tengok sajalah besar mana beg plastik yang dia pegang dekat gambar atas tu. Penuh! Melayang-layang terbang duit SR. Hahaha!

Antara yang adam beli sebab teringin semestinya adalah dorayaki. Dia beli perisa coklat, SR suruh juga dia ambil untuk zaimi, ayu dan amir. Campur-campur perisa dengan yang Cheese Dorayaki juga sebab yang Chocolate Dorayaki dah tinggal sikit.


Masuk kereta dia terus buka bungkusan dan makan. Tak menyabar dah nak sampai rumah. Alang-alang tu SR pun join sekaki. SR pun makan juga Oyaki Bun SR. Sedap juga, dalam dia ada jem.


Tak sampai 5 minit, dah selesai adam makan dorayaki tu. Terus dia buka pula balutan onigiri salmon. Terus dia suap ke mulut. Habis sahaja onigiri, SR nak gerak bawa kereta dah. Itu pun dia kata nak makan Melon Pan dia pulak. 

SR tak bagi. SR tahu dia dah kenyang. Nanti buka bungkusan, tak habis pula. Sebab perut tu mesti dah penuh dengan dorayaki dan onigiri tu. Sembang bolehlah adam hahaha... SR kenal benar perut anak-anak.

Sepanjang perjalanan balik ke Senawang, memang ternganga adam tidur. Kekenyangan la tu. Yang penting SR dah tunaikan hajat dia kan.


Sampai aje rumah, adik-adik memang teruja ya amat bila abang dia cakap ada belikan dorayaki. Pakat menyambar plastik bag Family Mart tu lah. Terus dua-dua pun sama, makan tak menyabar juga.

Entah apalah anak-anak SR suka sangat dengan dorayaki Family Mart tu ahaha! Tapi nak juga SR nafikan yang roti-roti Family Mart ni sedap-sedap. SR sendiri pun suka sangat dengan Melon Pan.

SR tak pernah lagi timbul kerajinan nak beratur beli oden. Sebab barisan oden di Family Mart Kuala Pilah ni kan, tak pernahlah tak ramai. Sudahlah ramai, pergerakan nak bayar di kaunter tu boleh tahan jugalah menguji kesabaran.

Maybe next time lah kot kan, rugi juga kalau tak cuba kan.

Siapa suka Family Mart macam anak-anak SR? Cuba komen sikit menu apa yang menjadi pilihan apabila di Family Mart. Jom jom share dengan SR!

Post a Comment

6 Comments

  1. Kita suka CU Mart sbb ada topokki.. oden kurang gemar sgt.

    ReplyDelete
  2. anak2 ciknur suka, hari tu mlm2 dorang pegi. kwsn terdkt umah xda so msk kl la

    ReplyDelete
  3. Ada peminat tersendiri Family Mart ni kan... asal masuk je, penuh orang hehe..
    Akk pun so far belum pernah beli oden, malas nak beratur gak :D

    ReplyDelete
  4. Cuya suka oden, onigiri, dan sofuto (aiskrim)
    oh frappe pon Cuya sukaa

    ReplyDelete
  5. Aini pi family mart suka beli ice-cream dia.. yg flavor chocolate sedap sgt rich.
    oden xde lak terasa nak beli.. corn dog dia penah lg beli skali..puas hati la mkn tapi slalu x ler..mahal..

    ReplyDelete
  6. Ian & Iris memang suka shopping kat family mart. mujur dah bukak 1 dekat ngan rumah, memang x ramai org... memang oden la diaorang nya fav.. plus onigiri tu..iris punya fav. MA .. coffee.. :-) he he he

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.