Assalamualaikum wbt
#throwback
Sambung lagi kisah kami bercuti di Perak pada cuti sekolah Februari 2024 yang lepas. Kot ada yang nak baca sambil-sambil kebosanan menunggu waktu berbuka, boleh la baca entry geli-geli dari SR yang belum cpai tahap blogger terkenal ni hehe...
Baca:
🔍Pengalaman Menginap di Marina Heights Hotel & Residences Lumut Perak
🔍Kedai Makan Malam Garden Beach Seafood di Lumut Perak
🔍Pengalaman Ke Taman Paya Bakau, Lumut, Perak
🔍Makan Malam di Faiziy Tomyam, Lumut, Perak
🔍Makan Tengahari Di D'Warisan Lumut Perak
🔍Singgah Beli Hasil Laut di Hamid Ali, Lumut
Dan post kali ini pula adalah sambungan dari cerita-cerita di atas.
Sejurus selesai beli hasil laut dari Lumut, kami memang dah plan untuk singgah di Teluk Intan. Adanya Lebuhraya WCE sangat memudahkan perjalanan, dan menjimatkan masa. Kalau tidak, mesti tak timbul idea kami nak bawa anak-anak ke Menara Condong Teluk Intan tu!
Jadi, dalam tengahari, matahari tengah mencanak tinggi, kami pun sampai. Orang kata kalau waktu cuti sekolah, agak susah nak dapat parking betul-betul depan menara, tapi alhamdulillah, dapat juga kotak parkir yang agak dekat dan taklah terlalu jauh nak jalan.
Cumanya, kotak parkir tu semua kena bayar ya. Bukan free. Boleh bayar guna apps atau beli kupon. Lepas dah selesai bayar parking, berjalanlah kami 5 beranak ke menara.
Dan barulah SR tahu yang Menara Condong Teluk Intan ni boleh dimasuki oleh pengunjung, dan boleh naik pula sampai tingkat 2.
Ada bayaran tiket masuk, tapi untuk kami 5 beranak, baru RM7! Bayar boleh cash, boleh juga QR. Lepas dah buat bayaran tiket, maka masuklah kami ke dalam, bersama-sama dengan pelancong lain. Ramai juga yang nak masuk ke dalam masa kami di sana tu. Cuti sekolah agaknya.
Di tingkat bawah sekali, depan pintu masuk ke Menara condong tu, ada ruang yang dijadikan tempat pameran sejarah. Ada poster-poster, ada juga barang-barang dari zaman dulu. Bolehlah tunjuk dekat anak-anak barang-barang lama yang macam barang pameran muzium. Sambil suruh diorang baca sikit sejarah Teluk Intan, yang nama lainnya Teluk Anson.
Menara Condong Teluk Intan ini asalnya adalah tangki air yang dibina bergaya pagoda. Untuk kegunaan penduduk setempat pada masa dulu. Nampak macam 8 tingkat, tapi sebenarnya 3 tingkat sahaja, kalau tak silap apa yang SR baca dan ingat.
Sebenarnya, bila berada di foyer menara ni, boleh rasa tau lantainya condong. Kita berdiri tu terasa senget tempat berpijak.
Selesai apa yang patut di foyer tu, kami pun naik ke atas. Untuk pengalaman berdiri dan berjalan di beranda Menara Condong Teluk Intan ni. Rugi pula rasanya bila dah sampai, tapi nak naik kan. Bukan selalu dapat ke sini, Entah bila nak repeat!
Maka naiklah kami ke atas. Let's!
DI tingkat atas, tak banyak bahan pameran macam di bawah. Tapi masih ada poster-poster sejarah setempat yang boleh dibaca. Bila dah berkesempatan ke atas ni, kami pun buat perkara klise; Bergambar kenangan.
8 Comments
wahh dh bole masuk ada pameran dlm tu erk., biasa terkunci je .. huhu
ReplyDeleteMemang murah je tiket masuk dia... Hari ahad tutup kalau tak silap...
ReplyDeleteSemua parking dah berbayar skang... Hihihi.. Lega dpt parking depan2.. Selalu musing 2,3 kali bru dpt parking.. Kikiki
Boleh masuk rupanya..last year kak lina pergi ke Bagan Datuk tengok Sun Flower lepas singgah jap kat Teluk Intan ni, sempat bergambar dari luar je..dah la panas berdenting masa sampai tu pukul 1pm
ReplyDeleteMeriah betul menara condong ni lagi-lagi dihiasi dengan tanglung merah tu .
ReplyDeleteMenarik ni. Salah satu checklist travel.
ReplyDeletehari tu waktu kami pergi cuti.. xdapatla masuk.. huhu.. next time pergi lagi.. ldy perasan pokok2 hiasan di teluk intan diorg buat mcm menara condong juga bentuknye.. berpusing2..
ReplyDeleteBila lah agaknya akak akan sampai sana... best tengok segala cerita dan gambar dari SR.
ReplyDeleteBestnya dapat masuk naik atas. Rugi masa saya pergi tutup tak boleh masuk, bergambar di luar je lah. Panas panas pun tetap kita gigih berjalan dan ambil gambar. Bukan senang nak datang kan.
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.