Showing posts with label kucing. Show all posts
Showing posts with label kucing. Show all posts

Wednesday, March 24, 2010

Review: Katz Tales - Living Under the Velvet Paw

Salam semua =)

Pada hari ini, aku nak membuat review mengenai sebuah buku yang amat sesuai untuk pencinta kucing, yang bertajuk Katz Tales - Living under the velvet paw, ditulis oleh Ellen Whyte. [ISBN 978-967-3035-64-9]


Buku ini terbahagi kepada dua bahagian, dimana bahagian pertama berkisahkan tentang pengalaman penulis memelihara beberapa ekor kucing tempatan Malaysia, atau lebih kita kenali dengan Kucing Kampung. Ellen memuatkan kisah-kisah mengenai kucing-kucing yang pernah menghuni rumah beliau sepanjang beliau menetap di Malaysia, bermula dengan Scoop, Mr Bones, Au dan Target. Bahagian ini banyak bermain dengan perasaan aku, penulis bijak bermain dengan emosi ketika menceritakan mengenai kisah hidup makhluk-makhluk comel itu! Ada kisah yang buat aku ketawa, tersenyum, sedih..dan selalunya membuatkan aku pergi memeluk Elin, dan teringatkan Boody. Penulis turut menekankan, bahawa kucing bukanlah sekadar haiwan peliharaan, tetapi turut berfungsi sebagai teman dan ahli keluarga. Aku setuju dengan kenyataan ini! 

Bahagian dua pula, Ellen menyelitkan beberapa tips mengenai kucing, penjagaan makhluk comel ini dan perkara yang sering menjadi tanda tanya bagi pemelihara kucing. Bahagian ini amat berguna bagi mereka yang ada terfikir untuk menjadikan kucing teman di rumah, kerana disini ada dijelaskan mengenai budget yang pelu diperuntukkan untuk kucing setiap tahun, bagaimana menjauhkan kucing dari merosakkan perabot, dan penekanan bahawa kucing adalah haiwan yang mempunyai jangka hayat yang agak lama, jadi memerlukan kesungguhan dalam membela meraka, kerana mereka juga makhluk Tuhan yang tidak boleh disia-siakan.

Secara peribadi, aku merasakan buku ini sangat menarik, sebab aku sanggup untuk teruskan membaca walaupun di dalam gelap! Haha! Aku berkongsi bilik dengan adik aku, jadi bila dia nak tidur, lampu mestilah kena padam. Aku baca hanya dengan menggunakan cahaya dari lampu sinki bilik air..haha.. Buku ini juga turut menyelitkan gambar-gambar si comel itu semua, maka kita boleh lebih menghayati kisah mereka. =)

Buku ini sudah berada di pasaran Malaysia, Singapore, Brunei dan juga Indonesia dan hanya berharga RM28 sahaja! Memang berbaloi bagi buku yang setebal 200 mukasurat ini =)

Maklumat lanjut bagi buku ini boleh dibaca disini.


ps: mungkin aku akan kembali membaca buku selepas ini setelah hampir 7 tahun aku lupakan hobi itu.




  



Friday, February 12, 2010

Saya Sayang Kucing Bobok Saya





Ya..semenjak dah habis belajar ni..
Aku sangat lah boring duduk dirumah..
Berborak dengan mak..
Tengok TV dengan abah..
Borak2 ngan Nana..

Tapi yang selalunya,
bergomol-gomolan dengan si bobok berbulu ni..
Dan aku jugak dah buat sesuatu untuk dia..
Esok la aku cerita dalam blog dia.hehe


Saya sepi mungkin?
Huhuhu...

ps: awat la mata tak ngantuk lagi ni? tak tido siang pun..
ps+: Merindui beliau..mumumumu~

Wednesday, October 28, 2009

Seronotnye...

seronot nye jadi ko ye ELin..
tido je keje..

depan pintu dapur pon leh terbongkang..

Monday, October 19, 2009

Bulu-bulu halusmu memikatku

Ye, sayang cinta kucing saya ini..
dia berumur 4 tahun,
jika di convert ke umur manusia, dia berumur 35 tahun sudeh..

tapi dia mandul..haha..
tak sempat rase beranak ye Elin..
takpela..kitorg tak sanggup tengok ko memekik2 macam kucing jalang gatal je..

I blog about this cat!
For yang belom tau,
sudi2 la visit blog dia,
international ok!
banyak la kengkawan kucing dia dari US, UK, German, Belgium, Taiwan, Jepun bla bla bla...

klik sini untuk visit :)

sayangilah kucing!

ngeeeee~


Tuesday, April 21, 2009

Kerana ku bangga dia kucingku..heheh!

Wolla! aku ditagged oleh Ielamory!
disbbkan tagged ni kejap je leh siap, aku sahut!

heee!! ;)

1) Anda perlu "PrintScreen" wallpaper anda yang sedang guna sekarang, jangan dusta, kerana kurang digemari.

2) Beri tahu mengapa anda suka "wallpaper" anda itu.

:: sebab aku rase kucing aku ni potogenik & potogedik..haha! well she can make a very nice wallpaper kan?

3) Tag 10 orang

:: 10? okeh..sape 10 org ptame yg komen je leh wat..hahah!!


Friday, April 10, 2009

Mahu ketemu sama bobok berbulu..



Ya petang karang aku nak balik semenyih..
boleh la berjumpa same si bobok ini!
Elin yang mucuk2!
RIndu pulak kat dia.. :)

Friday, April 3, 2009

Ini Elin~

Macam la korang tak kenal lak ngan Elin kan. Saje je nak bagitau lagi sekali. Haha!
Aku suka gambar ni, boleh pulak diaturn ke belakang sambil jalan, ala-ala catwalk lak. Eh memang la dia cat kan?

Cayang Elin!
Mwah Mwah!

..........................................................................................

Macam aku cakap semalam, aku takleh gi melawat dalam mase terdekat ni..
Penat la banyak esaimen..
*sigh~~~~~

Thursday, March 26, 2009

Aku mahu tidur seperti Elin~

Elin...akak jeles ngan ko tau tak.. ko rilek je hari2..
makan main tidur berak jilat bulu..

happy je ko kan? makan pun mak belikan, mak suapkan..
ko tak yah gi makan kedai, ko gak tak runsing bila takde duit..

Oh Elin.. bestnye jadi ko kan?
Ko hanya pikir masalah cmane nak keluar dari rumah senyap2..
cmane nak tangkap burung kat atas bumbung..
cmane nak bunuh tupai..

Oh Elin..
pape pon,
I love u, miss u!

mwah mwah!!

Eh korang silalah ke blog Elin, blog international tau~~

aku nak tido dah..nite~

p/s: aku sakit gusi~

Saturday, March 21, 2009

Elin dipelawa masuk Spring Photo Contest!


Yup...Elin dipelawa masuk contest ini dari kawan kucing dia dari Eropah~
Aku tak tau nak pilih gambar mane untuk contest tu, keputusan dia akan umum April nanti..
Berdebar lak, haha..sebab kucing2 yang betanding datang dari seluruh dunia!


takpela, cuba nasib je..
sebab hadiah dia pun untuk Elin, dia nak bagi Cat Treats~

Last2 aku decide nak enter guna gambar kat bawah ni..
muehehehe~~~

Oh Elin bobok, mampukah ko menang??

Wednesday, March 18, 2009

Elin di KIAM~

Family aku balik Kedah harini.. jadi Elin memerlukan Kittisitter.. AKu lah calon yang paling layak.. Tapi Elin macam tak selesa je..dia bernafas dengan sangat laju la.. takut gak aku tengok dia macam ni..
adoyai~
cmane nak bg dia cool ek?
nyorok celah bantal je..


pastu aku bawak duk kat meja..
tapi masih ketakutan..
alahai Elin..
nak jumpa Elin?
meh la Kiam~




Monday, March 16, 2009

Barbara Forest Park

sabtu aritu aku balik semenyih..
sesampainye di rumah, mak pon trus je ajak aku gi barbara..
barbara ni kebun mak..
name tpt dia barbara forest park...
jangan tanye, aku pon xtau kenape..huhu~
ha..cube lihat gmbr di bawah ni...
nampak x ade bnde pelik?
hehe..nmpak x kat tgh2 tu mcm ade batu panjang kaler kelabu?
ha..itulah kubur...
kubur Boody.. kucing aku yg mati 8 Mac aritu...
yg umur 17 tu..
mak tanam Boody kat kebun...
saje je tanam sini..
biar Boody bersemadi kat sini..
atas kubur dia mak tanam pokok bunga kertas kaler putih..
bg tanda..
nanti senang nak carik..
batu putih tu letak sementara pokok tu nak besar je..
sbb takut anjing dtg korek lak kubur si Boody ni..
sedih gak tgk kubur dia..
rindu sgt kat dia~~~~
pastu merewang la kat kebun tu jap..
pastu bgambar la sket2..
hehe~

-aku bersame putik cempedak-


-nana bersame buah pulasan muda-


-mak dan mangga muda-


-tidak ktinggalan nenek bersame bunga durian-
hmm....tringat kat arwah atok~



Monday, February 16, 2009

Kucing Angkat..Blacky!

tak pasal2 aku ade kucing angkat kat KIAM ni..
itam legam..
jadi aku pggil dia blacky..
dia duk blok 2..
cewah...cam sewa bilik lak dia..
jadi, tiap2 kali aku balik, kene lalu blok 2 dulu..
dia mesti temankan aku balik blok 5..
siap naik tgkat 4 lagi..
lame2 aku pon rapat ngn dia..
hahah!!
eh btol la..x tipu punye...
ha! kan dia ikut aku tu.. baik si blacky ni...
jadi aku pon bg la dia mkn..
ari2 aku bg dia kopok ni...
aku pecah2 kan la...

xpela..wat baik ngan kucing ape salahnye...


tgk ni dia duk mkn...
nyum nyum...



rangup tak berkrim...
haha..


pasni teman aku lagi..
nnti ari2 aku bg ko mkn ye Blacky..

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot