Sunday, October 10, 2021

Scene Subway Squid Game

 Orang kata lambat jangkit, itulah yang berlaku pada aku dan drama bersiri Squid Game yang sedang hangat ditayangkan di saluran Netflix. Kenapa lambat?

Sebab aku secara harfiahnya memang tak layan K-Drama.
Betul tak tipu.

Jadi bila meletupnya Squid Game ni, aku pun tak adalah nak terus klik butang pada remote control TV untuk tengok Squid Game ni.

Kerosakan Tupperware Yang Tidak Dijamin Warranty


 Selalu orang kata, kalau beli barang Tupperware, kalau jadi apa-apa pada barang yang kita beli tu, kita boleh claim warranty. Memang betul! Di website Tupperware sendiri pun memang ada dikatakan perkara tu, dan ianya bukanlah mitos.

Saturday, October 9, 2021

Ke Taekwondo Hari Sukan Negara 2021

Selalunya kelas taekwondo adam dan amir adalah pada sebelah malam, tapi minggu ni kelas tu diawalkan ke pukul 11 pagi. Sir taekwondo dia kata, sempena Hari Sukan Negara 2021 yang berlangsung pada 9 Oktober 2021. Kebetulan jatuh pada hari yang sama dengan latihan taekwondo adam dan amir, iaitu pada setiap hari Sabtu.


Tali Pinggang Biru, Tali Pinggang Kuning dan Kotak Pensel


Kalau masih ingat, awal bulan Ogos haritu, aku ada buat satu entry berkenaan Ayu menyertai satu pertandingan Fashion Show anjuran kelas taekwondo adam dan amir sempena bulan Kemerdekaan.

Alhamdulillah, ramai kawan-kawan blogger yang turut menyumbangkan likes pada video ayu di Facebook. Jutaan terima kasih aku ucapkan 😍

Tepat 31 Ogos 2021, keputusannya pun diumumkan.

Jagakan Dia

 Jagakan Dia oleh Shiha Zikir

Friday, October 8, 2021

Cermin Mata Bingkai Besar

Ini semua berpunca dari stress.
Aku ni kalau stress, pakej pula dengan dapat me time untuk keluar ke kedai seorang diri.
Ada sajalah benda yang aku nak beli weh.

Hari tu, aku tak tau lah kena bisikan apa, aku tiba-tiba rasa nak beli cermin mata lagi satu.
Padahal aku dah ada dah cermin mata.
Elok je lagi.

Tapi hati ini menjerit-jerit nak ada second pair of glasses.
Maka aku pun terus pergi ke Focus Point dalam Giant Senawang.

Pilih punya pilih, aku decide ambil yang bingkai dia besar dan lebar.

SIAPAKAH PEMENANG GIVEAWAY BY SHIDA RADZUAN?

 Sejujurnya kan, aku tersangatlah terkujat!


Aku ni sangatlah jarang masuk dan join giveaway yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger.
Pertamanya sebab kadang aku tak terfollow syarat yang diberikan.
Kedua, aku kadang-kadang tak sempat.
Ketiga, kadang-kadang lupa. Ada juga kadang tak tahu.
Haha!

Thursday, October 7, 2021

Malaikat


Rindu pulak dekat mak.
Hihi.

Mak aku garang woa masa aku kecik-kecik.
Alhamdulillah berkat garang dialah aku jadi orang.
Aku jadi apa yang aku jadi sekarang. 

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot