Review: Katz Tales - Living Under the Velvet Paw

Salam semua =)

Pada hari ini, aku nak membuat review mengenai sebuah buku yang amat sesuai untuk pencinta kucing, yang bertajuk Katz Tales - Living under the velvet paw, ditulis oleh Ellen Whyte. [ISBN 978-967-3035-64-9]


Buku ini terbahagi kepada dua bahagian, dimana bahagian pertama berkisahkan tentang pengalaman penulis memelihara beberapa ekor kucing tempatan Malaysia, atau lebih kita kenali dengan Kucing Kampung. Ellen memuatkan kisah-kisah mengenai kucing-kucing yang pernah menghuni rumah beliau sepanjang beliau menetap di Malaysia, bermula dengan Scoop, Mr Bones, Au dan Target. Bahagian ini banyak bermain dengan perasaan aku, penulis bijak bermain dengan emosi ketika menceritakan mengenai kisah hidup makhluk-makhluk comel itu! Ada kisah yang buat aku ketawa, tersenyum, sedih..dan selalunya membuatkan aku pergi memeluk Elin, dan teringatkan Boody. Penulis turut menekankan, bahawa kucing bukanlah sekadar haiwan peliharaan, tetapi turut berfungsi sebagai teman dan ahli keluarga. Aku setuju dengan kenyataan ini! 

Bahagian dua pula, Ellen menyelitkan beberapa tips mengenai kucing, penjagaan makhluk comel ini dan perkara yang sering menjadi tanda tanya bagi pemelihara kucing. Bahagian ini amat berguna bagi mereka yang ada terfikir untuk menjadikan kucing teman di rumah, kerana disini ada dijelaskan mengenai budget yang pelu diperuntukkan untuk kucing setiap tahun, bagaimana menjauhkan kucing dari merosakkan perabot, dan penekanan bahawa kucing adalah haiwan yang mempunyai jangka hayat yang agak lama, jadi memerlukan kesungguhan dalam membela meraka, kerana mereka juga makhluk Tuhan yang tidak boleh disia-siakan.

Secara peribadi, aku merasakan buku ini sangat menarik, sebab aku sanggup untuk teruskan membaca walaupun di dalam gelap! Haha! Aku berkongsi bilik dengan adik aku, jadi bila dia nak tidur, lampu mestilah kena padam. Aku baca hanya dengan menggunakan cahaya dari lampu sinki bilik air..haha.. Buku ini juga turut menyelitkan gambar-gambar si comel itu semua, maka kita boleh lebih menghayati kisah mereka. =)

Buku ini sudah berada di pasaran Malaysia, Singapore, Brunei dan juga Indonesia dan hanya berharga RM28 sahaja! Memang berbaloi bagi buku yang setebal 200 mukasurat ini =)

Maklumat lanjut bagi buku ini boleh dibaca disini.


ps: mungkin aku akan kembali membaca buku selepas ini setelah hampir 7 tahun aku lupakan hobi itu.




  



Post a Comment

1 Comments

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.