Taman Botani Putrajaya | Throwback Thursday | Disember 2018

Harini tengah duduk-duduk saja kat rumah mertua ni, teringat pula masa kami jalan-jalan ke Taman Botani Putrajaya hujung tahun 2018 dulu.

In my defence, duduk saja sebab harini zaimi order saja lunch ikut food panda, jadi semua boleh rilek-rilek..gittew..

Alkisahnya macam mana boleh tersampai dekat Taman Botani Putrajaya (TBPJ) ni, asalnya weekend tu kami plan nak pergi jalan-jalan kat IOI Mall Putrajaya tu. Gigih siapkan barang baby sebab masa tu ayu baby lagi, baru 7 bulan dia masa tu. Bawak stroller, beg susu, pampers, baju spare abang-abang.. semua yang patut-patutlah kan.

Tapi, setibanya kat IOI Mall tu, lif penuh dengan manusia yang sihat dan kuat tapi buta hati.
Entah berapa trip kami tunggu lif, tak dapat juga nak squeeze in masuk. Bila terbuka pintu lif, penuh. Bila ada kosong sikit, menderu yang masuk. Nak guna escalator, bahaya, plus kat IOI dia memang siap letak palang tak bagi tolak stroller. Bila ada geng stroller yang dengan selamba 'potong' barisan golongan sihat tadi, ada lah yang sound balik kata "Dah tau ada baby naik stroller, tak payahlah datang sini".

Haih.. 

Jadi, lepas bincang dengan zaimi, kami decide maybe mall is not the right place to stroll with kids yet. Lagipun setakat nak window shopping je. Best lagi bawa anak-anak pergi supermarket beli barang dari bersakit hati kat mall ni. Keputusan dicapai, dari balik saja, zaimi nak bawa kami ke TBPJ. Dia teringat beberapa minggu sebelum tu, dia ada datang ke TBPJ bawa students dia fieldtrip. So, why not? Jomlah kita.

Sesampainya kat TBPJ tu, memang dengar bunyi macam suasana hutan, ala yang bunyi-bunyi burung hutan, ada bunyi serangga sikit-sikit. Orang putih cakap tranquil. Aman sungguh perasaan, berbeza betul dengan hiruk-pikuk dalam IOI tadi.



Suasana nyaman, cuma ada nyamuk sikit la, tapi tak banyak.
Banyak port cantik untuk bergambar kat sini, tapi kena rajin la menelusuri jalan dia.


Actually dari kawasan parking dia, mula-mula kami ambil jalan kanan dulu. Dari situ, akan nampak tasik. Angin petang pun bertiup sepoi-sepoi, menambah rasa indah kawasan tepi tasik tu. Tengoklah ayu dalam stroller tu, kecik lagi dia masa ni 😆


Tak ramai sangat orang kami pergi masa tu, lengang je.
Atau mungkin orang yang datang terus tuju ke dataran tepi tasik kalau ambil jalan belah kiri.
Kami ambil kanan sebab nak naik ke Bukit Palma, jadi jalan sedikit mendaki. Tertonggek-tonggek jugalah penelusuran. Haha


Sepanjang perjalanan ke Bukit Palma tu, memang zaimi je yang tolak stroller ayu.
Mak pulak snap snap gambar lah, apa lagi kan hehe

Cuaca pulak redup je, jadi kuranglah sikit berpeluh.
Tapi dah namanya mendaki, panaslah jugak.
Cair jugak foundation hahaha
Kenapa pakai foundation? Ye lah, sebab rancangan asal kan nak pergi IOI Mall hihih


Dalam 20 minit mendaki bersama anak-anak, akhirnya sampai la kat puncak Bukit Palma tu.
Angin memang best, pemandangan pun boleh tahan indahnya.
Kat atas tu ada kerusi-kerusi batu, bolehlah duduk-duduk ambil nafas. Tapi tak sesuai sangat kalau nak berkelah, bagi aku lah.



Masa ni abadam happy je, dia memang energetic sikit. Abamer, tengoklah tu, monyok je kat belakang. Asyik merungut kata "amir munat"

Tapi nasib baiklah dia tak meragam nak suruh dukung ke apa, kalau tak jenuh jugak.


On the way turun ke bawah semula dari Bukit Palma tu, akan lalu depan tandas awam. Depan tandas awam tu pulak, ada bukit-bukit kecil macam ni. Aku tak tau la apa ada bawah bukit tu asalnya, tapi anak-anak aku sangat enjoy main lari-lari naik turun bukit tu. Maka tak pasal-pasal kena lepak depan tandas dalam 30 minit tunggu adam dan amir main kat sana. Tak apalah, sekali-sekala, why not kan?



Merakam kenangan.
Entah bila dapat repeat pergi lagi, 2020 ni lagilah tak dapat ke mana-mana lagi setakat ni kan.


Meneruskan turun ke bawah, akhirnya sampai di tepi tasik besar.
Nyaman je area ni, pemandangan pun lawa gila sebab ada pokok yang berjuntai-juntai tu.
Boleh lepak-lepak atas kerusi sambil tengok bot cruise lalu lalang.


Amir terlopong je duduk area ni. Satu mungkin dia dah penat berjalan, siap lari-lari tadi. Satu lagi mungkin syok sangat kena tiup angin tasik. Dia terlopong sampai hampir terlelap haha


Alala kecik lagi abamer masa ni, geram pulak mak tengok. 😙
Jalan terus lagi ke depan, sampailah dekat dataran tepi tasik, kat sana ramailah orang lepak-lepak, duduk atas bahu jalan macam tu je. Meriah dan riuh sikitlah.

Depan lagi, sampai dekat restoran terapung, tak ingat nama apa.
Tengok dari luar macam best dan tampak mahal eksklusif la kan.

Jadi, kami lalu lalang dekat jambatan depan restoran tu je lah.
Nak masuk minum-minum pun baju tak sesuai dengan harga minuman hari dah nak maghrib.


Itulah saja throwback pada hari ini.
Gambar ada banyak, tapi cukuplah tu. Muntah pulak orang tengok gambar kitorang banyak-banyak 😂

Kalian pernah ke sini ke baru-baru ni?
Adakah Taman Botani Putrajaya ni masih cantik macam ni?





Post a Comment

30 Comments

  1. sunyi xde orang., tapi nmpk kehijauan yg nyaman., ;p

    ReplyDelete
  2. Pernah pergi sekali ,lama dah..apabila tgk throwback ni teringin pulak nak pergi

    ReplyDelete
  3. cantik permandangannya... mmg lagi syok kalau tak ramai org... lagi tenang menikmati suasana taman tu..

    ReplyDelete
  4. Dtg sini mmbalas kunjungan..wah best jln sini...skrg pn kerajaan dh bg green light boleh jln2 dh, kne tunggu hari cuti dlu..lama dh trperap di rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lemau rasanya diri duduk rumah lama ni. hehe

      Delete
  5. Hans suka kalau riadah dekat tempat hijau macam nih
    nih dah boleh keluar..nanti boleh lah pergi sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan, memang ramai orang jog pun sebenarnya ;)

      Delete
  6. wah tak ramai orang kat Taman Botani ni...dah lama tak ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kebetulan masa saya pergi tu, orang lain tak pergi hehe

      Delete
  7. Cantik pemandangan..sy suka pergi tempat2 hijau..rasa nyaman ja. Lagi best pergi waktu pagi

    ReplyDelete
  8. seronok anak2 jumpa taman hijau. eh bukit2 tu tetiba teringat cerita teletubbies

    ReplyDelete
  9. nanti bila gi putrajaya lagi nak gi taman botani la. IOI Mall tu dah gi masa cny thn lps. punyalah ramai org. pening kepala pakcik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, kalau ada benda nak beli tak ada, window shopping taknaklah kami dah

      Delete
  10. Rindu Taman Botani. Dulu kalau nak beli sate mesti pegi kat sana. hehe

    saya follow sini.. harap sudi follow http://ejulz.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  11. Sha tak pernah sampai Taman Botani Putrajaya lagi, hehe.
    Entahlah tak tahu kenapa tak pernah sampai lagi padahal selalu je pergi Putrajaya. Tapi memang suka tempat yang berunsur tranquil, release stress minda :)

    ReplyDelete
  12. Gambar yang ada berbukit2 tu cantik lah...!

    ReplyDelete
  13. hai salam singgah. wah best dapat jalan-jalan kat taman botani ni. cuci mata tengok permandangan yg menghijau :) ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  14. dah lama juga tak ke taman botani ni,
    masa anak-anak kecik dulu kerap jgk
    jln2 sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh bawa lagi sekarang, dah besar lagi senang nak kawal hehe

      Delete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.