Air Terjun Sungai Pandan | Throwback Thursday | 8 Februari 2020

|Entry ini banyak gambar|

Sejak mak dan abah berhijrah pindah ke Kuantan, tiap kali kami balik ke sana, zaimi selalu terfikir nak pergi ke Air Terjun  Sungai Pandan. Sebab kami memang jujurnya tak familiar dengan Kuantan, tak tahu sangat mana tempat-tempat yang boleh pergi jalan-jalan kan.

Jadi, awal Februari 2020 haritu, berkesempatan la pergi ke Sungai Pandan Waterfall tu.
Lepas breakfast kami pun gerak. Ajak abah dia taknak masa tu, tapi trip kali ni ada Alang, adik emak aku.

Jarak perjalanan dari Sungai Karang ke sana dalam lebih kurang 30 minit macam tu.

Sesampainya kat kawasan tu, kena berhenti kat satu pondok untuk bayar entrance fees.
Ala tak ingat la berapa, tapi tak mahal sangat. Tujuan dia kutip bayaran pun untuk kerja pembersihan katanya. 

Lepas bayar, kena display tiket-tiket dekat dashboard kereta, lepas tu pandu terus ke kawasan parking.

Depan sikit dari kawasan parkir kereta tu, ada gerai-gerai goreng pisang dan jual air. Ada toilet jugak.
Tepi tu ada bahagian hilir sungai, dia kepung bagi air tinggi, jadi macam pool, ramai jugak yang mandi.

Belakang gerai jual air



Nak ke air terjun, kena daki tangga.
Zaimi dengan adam amir awal-awal dah panjat tangga tu, tak tunggu kitorang dah!


Mak walaupun dah 60 tahun ni, gigih nak ikut naik sekali.
Mak memang seorang yang aktif, aku pun kadang-kadang semput, dia rileks je.
Kalau perasan kat belakang tu, ada jambatan gantung untuk ke seberang.
Masa mak aku dengan ayu tengah posing ni, zaimi dengan adam amir dah sampai ke seberang sana.


Dua ni saja gambar yang ambil masa atas jambatan gantung.
Takut handphone jatuh sebab bergegar-gegar ramai orang lalu lalang haha



Bila sampai je kat atas ni, semua terpesona.
Sangat-sangat cantik dan bersihnya persekitaran.

Air terjun tu sangat memanggil-manggil, ruginya kami tak bawak baju persalinan.
Sebab rancang nak riki tempat je dulu, nak set masa untuk datang berkelah lain kali.
Budak-budak lagilah tak sabar.






Disebabkan anak-anak dah tak tahan tengok air tu, zaimi bawaklah jugak diorang pergi celup-celup kaki.






Tapi budak-budak memang tak puas hati lah sebab tak dapat berendam.

Nak jadi cerita, ayu agaknya punya geram dengan air, dia terus je duduk dalam air 😂😂

Tak pasal-pasal seluar basah.

Lepas dah dekat setengah jam enjoy pemandangan kat atas, maka kami pun turun.
Alang tunggu kat bawah je, sebab dia sakit kaki.
Lagipun dia dah selalu pergi katanya.


Lepas dah makan goreng pisang dengan cucuk-cucuk seround, kami pun plan nak gerak ke East Coast Mall pulak. Alang nak belanja budak-budak makan aiskrim hiris katanya.

Jadi masa on the way tu, cabut dululah seluar ayu, nak bagi kering.

Tapi adam amir ternampak ada replika mirip Transformers pulak dekat depan Kem Tentera sana.
Ajak ayah berhenti untuk ambil gambar pulak.




Punyalah panas!
Redah jugak untuk bergambar punya pasal.

Lepas tu, terus gerak ke ECM.



Sedap aiskrim ni, tapi aku lupa nama dia apa 😅

Harap dapatlah repeat pergi Air Terjun Sungai Pandan ni lagi, sebab plan nak pergi hujung Mac, tiba-tiba PKP. 

Sekian.



Catat Ulasan

29 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Balasan
    1. Best.. bunyi unggas dan mergastua, tambah dengan bau hutan.. sangat best hehe

      Padam
  2. KAK PERNAH SEKALI KE SINI MASA SEKOLAH KAT KUANTAN DULU2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye kak? Boleh la akak bandingkan dulu dan sekarang kan ;)

      Padam
  3. dah lama x berkelah di air terjun sbb takutkan air kencing tikus. tp pasti akan ke sana lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu cikgu, kencing tikus menakutkan, puncanya sampah2 yang dibuang oleh orang tak bertanggungjawab! Harapnya pihak sir terjun sg pandan ni pantau kebersihan kawasan ni, cantik sangat!

      Padam
  4. Tengok gambar pun dah yeruja ni..kalau datang,depan mata mahunya hilang sabar nak berendam..segarnya la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul PC, geram sangat dan menyesal tak terjah je, sebab lepas tu dah PKP hahaha

      Padam
  5. siap ada amaran tu! "Entry ni banyak gambar" hehehe

    BalasPadam
  6. bestnya, da lama tak pergi mandi air terjun..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada kesempatan, boleh la pergi jugak ke sini, memang best ;)

      Padam
  7. Subhanallah cantiknya air terjun tu bertingkat tingkat...

    BalasPadam
  8. seronoknye kalau dapat mandi mande ni. salam kenal done follow sini.

    https://bungaseindahbiasa.blogspot.com/ hope sudi singgah blog kita.

    BalasPadam
  9. bestnya dapat mandi air terjun. cantik dan bersih kawasan dia :)

    BalasPadam
  10. Mungkin itulah apa yang anak saya ayu fikir hihihih

    BalasPadam
  11. Hehe jom terjun dalam air terjun!

    BalasPadam
  12. Dah pkpp ni bolehla selalu singgah hehe

    BalasPadam
  13. Dah lama tak dikunjungi orang ramai, mesti bertambah bersih dan cantik kawasan air terjun ni.

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad