|Entry ini banyak gambar|
Sejak mak dan abah berhijrah pindah ke Kuantan, tiap kali kami balik ke sana, zaimi selalu terfikir nak pergi ke Air Terjun Sungai Pandan. Sebab kami memang jujurnya tak familiar dengan Kuantan, tak tahu sangat mana tempat-tempat yang boleh pergi jalan-jalan kan.
Jadi, awal Februari 2020 haritu, berkesempatan la pergi ke Sungai Pandan Waterfall tu.
Lepas breakfast kami pun gerak. Ajak abah dia taknak masa tu, tapi trip kali ni ada Alang, adik emak aku.
Jarak perjalanan dari Sungai Karang ke sana dalam lebih kurang 30 minit macam tu.
Sesampainya kat kawasan tu, kena berhenti kat satu pondok untuk bayar entrance fees.
Ala tak ingat la berapa, tapi tak mahal sangat. Tujuan dia kutip bayaran pun untuk kerja pembersihan katanya.
Lepas bayar, kena display tiket-tiket dekat dashboard kereta, lepas tu pandu terus ke kawasan parking.
Depan sikit dari kawasan parkir kereta tu, ada gerai-gerai goreng pisang dan jual air. Ada toilet jugak.
Tepi tu ada bahagian hilir sungai, dia kepung bagi air tinggi, jadi macam pool, ramai jugak yang mandi.
![]() |
| Belakang gerai jual air |
Nak ke air terjun, kena daki tangga.
Zaimi dengan adam amir awal-awal dah panjat tangga tu, tak tunggu kitorang dah!
Mak walaupun dah 60 tahun ni, gigih nak ikut naik sekali.
Mak memang seorang yang aktif, aku pun kadang-kadang semput, dia rileks je.
Kalau perasan kat belakang tu, ada jambatan gantung untuk ke seberang.
Masa mak aku dengan ayu tengah posing ni, zaimi dengan adam amir dah sampai ke seberang sana.
Dua ni saja gambar yang ambil masa atas jambatan gantung.
Takut handphone jatuh sebab bergegar-gegar ramai orang lalu lalang haha
Bila sampai je kat atas ni, semua terpesona.
Sangat-sangat cantik dan bersihnya persekitaran.
Air terjun tu sangat memanggil-manggil, ruginya kami tak bawak baju persalinan.
Sebab rancang nak riki tempat je dulu, nak set masa untuk datang berkelah lain kali.
Budak-budak lagilah tak sabar.
Disebabkan anak-anak dah tak tahan tengok air tu, zaimi bawaklah jugak diorang pergi celup-celup kaki.
Tapi budak-budak memang tak puas hati lah sebab tak dapat berendam.
Nak jadi cerita, ayu agaknya punya geram dengan air, dia terus je duduk dalam air 😂😂
Tak pasal-pasal seluar basah.
Lepas dah dekat setengah jam enjoy pemandangan kat atas, maka kami pun turun.
Alang tunggu kat bawah je, sebab dia sakit kaki.
Lagipun dia dah selalu pergi katanya.
Lepas dah makan goreng pisang dengan cucuk-cucuk seround, kami pun plan nak gerak ke East Coast Mall pulak. Alang nak belanja budak-budak makan aiskrim hiris katanya.
Jadi masa on the way tu, cabut dululah seluar ayu, nak bagi kering.
Tapi adam amir ternampak ada replika mirip Transformers pulak dekat depan Kem Tentera sana.
Ajak ayah berhenti untuk ambil gambar pulak.
Punyalah panas!
Redah jugak untuk bergambar punya pasal.
Lepas tu, terus gerak ke ECM.
Sedap aiskrim ni, tapi aku lupa nama dia apa 😅
Harap dapatlah repeat pergi Air Terjun Sungai Pandan ni lagi, sebab plan nak pergi hujung Mac, tiba-tiba PKP.
Sekian.


















Best ni..mendamaikan
BalasPadamBest.. bunyi unggas dan mergastua, tambah dengan bau hutan.. sangat best hehe
PadamKAK PERNAH SEKALI KE SINI MASA SEKOLAH KAT KUANTAN DULU2
BalasPadamYe kak? Boleh la akak bandingkan dulu dan sekarang kan ;)
Padamdah lama x berkelah di air terjun sbb takutkan air kencing tikus. tp pasti akan ke sana lagi.
BalasPadamBetul tu cikgu, kencing tikus menakutkan, puncanya sampah2 yang dibuang oleh orang tak bertanggungjawab! Harapnya pihak sir terjun sg pandan ni pantau kebersihan kawasan ni, cantik sangat!
PadamTengok gambar pun dah yeruja ni..kalau datang,depan mata mahunya hilang sabar nak berendam..segarnya la..
BalasPadamBetul PC, geram sangat dan menyesal tak terjah je, sebab lepas tu dah PKP hahaha
Padamsiap ada amaran tu! "Entry ni banyak gambar" hehehe
BalasPadamheheh takut orang marah hahaha
Padambestnya, da lama tak pergi mandi air terjun..
BalasPadamAda kesempatan, boleh la pergi jugak ke sini, memang best ;)
PadamSubhanallah cantiknya air terjun tu bertingkat tingkat...
BalasPadamKan! Memang terpesona
Padamseronoknye kalau dapat mandi mande ni. salam kenal done follow sini.
BalasPadamhttps://bungaseindahbiasa.blogspot.com/ hope sudi singgah blog kita.
Salam kenal ;)
Padamdah lama tak mandi air terjun
BalasPadamSamalah, lama dah tak berendam ;D
Padambestnya dapat mandi air terjun. cantik dan bersih kawasan dia :)
BalasPadamBetul tu Tiara, kawasan sana bersih :)
PadamRuginya tak mandi
BalasPadamSangat rugi..huhu
PadamMungkin itulah apa yang anak saya ayu fikir hihihih
BalasPadamHehe jom terjun dalam air terjun!
BalasPadamDah pkpp ni bolehla selalu singgah hehe
BalasPadambetul3
PadamDah lama tak dikunjungi orang ramai, mesti bertambah bersih dan cantik kawasan air terjun ni.
BalasPadamSaya pun fikir macam tu
PadamsubhanaAllah.. cantiknyaaa
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.