Di Mensi Oleh Bomba Kbomb


 Entry ini tiada motif juga, sama macam entry aku yang bertajuk Mengusik Alan Anak Mak Jah

Tapi saja nak abadikan di sini, sebagai kenangan diri sendiri je. Eheh

Alkisah semalam saja lah mention pelakon-pelakon hebat dalam telefilem Hari Terakhir Seorang Pengurus.

Aku memang suka sangat drama tu, banyak kali dah tengok.

Memang drama dia ringkas je, tapi dia deep.

Ayat-ayat dia deep, plot dia ada maksud tersirat yang kita kena read in between the line.


Lepas tu dapat satu notification Instagram, yang Amerul Affendi reshare Ig story aku tu.

Ahahah


Gigih screenshot lepas 52 saat je dia share kah kah!

Kebetulan dalam drama tu ada dialog dari Amerul sendiri yang bawak watak Bomba Kbomb, 
"Selebriti bro, komen pun kitorang tak balas, apatah lagi nak follow balik"

Padu gila ayat ahahah!

Tu yang tak sangka lah dia nak share story aku kat Ig story dia.

Yeay!

Personally, aku memang minat dengan dia dari dulu lagi, sebab dia bukan jenis pelakon yang jual muka.
Tapi dia betul-betul komited serlahkan bakat dia.

Seriously, dia bawak watak apa pun menjadi kan?
Watak yang dia bawak memang hidup.
Tak perlu pun nak macho macho, rileks je dia bawak semua watak dia.
Rudy, Mayang, Khir Kbomb, Tahir, Silah Tajwid, Muski, AL Buqerk, Saiful, Toyu, Adi, Belut dan macam macam watak dia lagi.

Ha kemain siap boleh list kan lagi kih kih

Dia pun tak ada kontroversi melampau, family man jugak.

Tapi baru-baru ni ada keluar cerita pasal dia, yang berkenaan pelakon kat Malaysia ni susah nak dapat tawaran bila follower Ig tak ramai.

Aduh rugilah kalau jumlah follower jadi kayu ukuran, bakat orang-orang macam Amerul Affendi, Beto, Bront dan yang pesen pesen macam diorang ni, lama-lama nanti hilang macam tu je.

Ha tu lah, dah namanya entry tak ada motif jelas, dengan hujung pangkal tak tentu arah, maka aku akhiri dulu entry aku yang aku akan tinggalkan tergantung begini.

Buat Amerul Affendi, selamat maju jaya bro, anda memang hebat!

Buat kalian yang lain, selamat berhujung minggu 😁

PS: Cuba teka watak-watak tu dari karya dia yang mana. Eheh

Tak Famous Tapi Power- Ini 5 Filem Lakonan Amirul Affendi Yang Sangat  'Menjadi'!
Rudy

Post a Comment

16 Comments

  1. Alamak. Baru tahu pelakon Amerul Affendi.
    Takpelah naik lambat asal kenal lama. Semoga berjaya juga. Doa kena gigih dan tidak putus asa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe banyak dia berlakon, cuma dia tidak dikenali sangat

      Delete
  2. Uncle pulak jadarang ada peluang tengok drama... Dapat tengok kalau hari raya cam tu je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun jarang tengok drama uncle, tengok pulak memilih2 je, tengok siapa berlakon selalunya..hehe

      Delete
  3. tahu Adi dari One Two Jaga je huhu. First time tengok dia berlakon, rasa menyesal tak pernah tengok cerita dia yang lain. Nak tengok cerita ni pulak la, kalau ada Amerul confirm best ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari terakhir seorang pengurus memang best hehe

      Delete
  4. BOLEH CUBA TONTON LAKONAN PELAKON SYAZ MINAT NI

    ReplyDelete
  5. Amerul Affendi mmg pandai berlakon kan

    ReplyDelete
  6. KAlau dah kata best, cam nak tengok jugalah. Suka gak tengok dia ni berlakon. Memang komited lah dengan lakonan. Yang kes baru ni memang kesian. Ada ke patut tak pilih sebab follower ciput. ish ish..tu jadi ukuran pulak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, sayanglah bakat hebat macam ni tak dapat nak exposed kalau sebab followers

      Delete
  7. Tak pernah tgk dia berlakon...bolehlah cari drama dia lepas ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia banyak jadi pelakon pembantu, jarang sangat jadi lead actor

      Delete
  8. suka jugak lakonan dia ni, bagi la watak apa pun menjadi..tapi tu lah, simpati dengan apa yang produksi2 buat kat dia, hanya kerana followers dia tak cukup...hurmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, semoga cerah lah masa depan dia dalam industri seni ni

      Delete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.