Kisah Sadis Cekodok Pisang

Semalam sesampainya kat ofis, terasa nak pergi menjengah kafe kat bangunan HEP tu.
Rasa lama dah tak ke sana, sebab selalunya breakfast kat luar campus.

So why not kan?
Let's.

Adalah beberapa jenis makanan yang dia jual.
Sebab student tak ada, selalunya kafe ni memang tak buat banyak makanan dia.

Orderlah teh ais untuk take away, sambil-sambil mata melilau tengok kot-kot ada kuih sedap-sedap ke kan.

Usha punya usha, mataku tertancap (cewah) pada deretan cekodok pisang.
Oh ini barang baik!

Apa lagi, terus ambil 2 cucuk, masukkan dalam plastik.
Air pun dah siap, apa lagi, moh le bayar.

Sampai kat ofis, ngap la sebijik.
Lepas tu gigih pulak ambik gambar cekodok tu.
Macam tau-tau ada insiden nak jadi kan.




Disebabkan ngap yang pertama tadi begitu sedap, masa ngap yang kedua, 
kunyah ala kadar (don't try this at home), terus telan.

Ha ketika inilah insiden berlaku.
Oh bukan tercekik, alhamdulillah.

Tapi masa telan tu, aku dapat rasakan ada macam kayu terlekat di kerongkong.

Terbatuk-batuk aku.
Lepas tu aku perasan yang dalam rongga mulut pun macam ada serpih kayu.
Bila dikeluarkan, rupanya  lapisan lidi tu.
Jadinya, yang ada kat kerongkong aku ni pun adalah lidi la kot??

Aku pun check la lidi tu, nampaklah dia macam terkopek sikit.

Tak pernah2 makan cekodok tercekik serpihan lidi..
Adududud


Seksa jugak lah, sebab telan air, telan macam-macam, rasa tersengkang je kat tekak.
Dan tengahari tu baru dapat idea minum air sambil sengetkan badan ke kanan, macam posisi nak baring. Sebab dapat rasakan lidi tu tersekat kat belah kanan sikit.

Lepas cuba 3 4 kali, barulah dah tak rasa dah lidi tu kat tekak.
Legaaaa..

Entah apa-apa tah.
Macam-macam..

Catat Ulasan

66 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. RASA TERSEKSAKAN BILA TEKAK TERLELKAT SESUATU

    BalasPadam
  2. Penah dengar tak makanan kena kunyah 44 kali. ?
    Hahaha.. bahaya tau makan seketul cekodok mcm tu. Lagi bahaya sebab tak makan dengan aku. Kahkah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahah,, lamanya 44 kali weh, masa clock out pun tak habis lagi 2 cucuk kah kah

      Padam
  3. Uish.. scary nye.. Alhamdulillah takde yang serius

    BalasPadam
    Balasan
    1. Serius scary, siap fikir nak kena warded kat hospital, buat pembedahan semua dah masa tu wuwu

      Padam
  4. HMM TARIK NAFAS BACA N3 SYAZ...DAH JADI SEKALI BERINGAT SELALU AIN KALI LEBIH HATI2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak PI, memang akan sangat beringat lepas ni T_T

      Padam
  5. adoyai bahaya tertelan lidi tu. nasib baik semua ok.

    BalasPadam
  6. Allahuakbar.Syukur sangat.Risau kalau luka tekak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. agaknya luka jugak sikit, pedih jugak tekak semalam..huhu

      Padam
  7. uit scarynya !! kalo cekodok xpe lagi makanan ni kayu tu.. betul2 nikmat makan sampai termasuk kayu tu. nxt time tengok2 dulu tau before ngap tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah, sedap sangat + lama tak dapat, lupa diri sekejap masa makan huhu

      Padam
  8. ngeri jugak tu bila ada serpihan lidi dalam makanan...ni kes lapar sangat sampai terkunyah lidi ke ada serpihan dalam cekodok tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. serpihan lidi tu memang dah siap2 terlekat dekat cekodok tu..huhu

      Padam
  9. sedap makan masa panas2 ni :)

    BalasPadam
  10. aduhai.... pasni nak makan kene kuarkan terus dari lidi tu... bahaya jugak yek... aduhai nasib la boleh ilang

    BalasPadam
  11. Ya Allah...syukur Syaz ok.
    Tak terfikir pulak boleh jadi bahaya gini. Kalau tercucuk tu ada la terfikir dan berjaga-jaga.
    Lepas ni nak makan yg ada lidi kena perati lidi tu sebelum ngap la pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu, nampaknya lepas ni memang kena kelebek habis2 baru ngap huhu

      Padam
  12. aduhhhh...ammi pulak yg rasa nyeri tu

    BalasPadam
  13. bahaya tu. lain kali jgn gelojoh makan tau..mujur x ada apa2..

    BalasPadam
  14. dari sedap terus terseksa .. mujur permasalahan berjaya diatasi :-)

    BalasPadam
  15. Allahuakbar nasib takde pape. Zumal pun pernah juga jadi gitu, sekarang macam trauma nak makan benda2 yang ada lidi, plastik ada stapler

    BalasPadam
  16. bahayanya makan dari lidi... kena manual kuarkan dulu dari lidi baru makan...

    baru sempat blogwalking. thanks ya join segmen mia. senarai peserta ada di sini https://www.mialiana.com/2020/07/senarai-url-blog-37.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena keluarkan dr lidi, kena koyakkan dulu cekodok tu cek ada apa2 tak kat dalam nya hehe

      Padam
  17. Bahayanya ya...nasib tak luka dalaman tekak..

    BalasPadam
  18. fav tunang sy.. sy kurang cekodok pisang ni hehe
    ehh tapi ni first time sy nampak cekodok cucuk lidi, dekat sini jual sebiji2

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah, rajin pulak kan peniaga tu cucuk cucuk kan huhu

      Padam
  19. Aduh, sakit tu tertelan serpihan kayu lidi. memang sadis kisah cekodok ni. camne lah tak perasan tu kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. agaknya sebab tak sangka dalam cekodok ada lidi hahaha

      Padam
  20. Macam sedap cekodok pisang tu kak..
    Saya belum pernah cuba lagi

    BalasPadam
  21. Seram baca. Nasib tidak tercucuk pada kerongkong ke apa.
    Sedangkan tercekik tulang pun kadang rasa tidak selesa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhu.. betul, sangat tak selesa masa tu..asik pegang leher je

      Padam
  22. ehh.. berkesan ek trick sengetkan badan tu 😄😄
    nasib takda apa2 teruk berlaku

    BalasPadam
  23. Boleh bayangkan camne syaz sengetkan badan masa minum air. Sib baik lidi tu beri kerjasama huhuhu

    BalasPadam
  24. wow jgn buat main tercekik ni..shida pernah tercekik tulang ikan yg besar..smggu okay nk baik..tuhan je tahu siksa dia mcm mna..nsb baik syaz buat mnjadi..huhuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul shida, seksa betul rasanya ada benda tersengkang je kat leher..huhu

      Padam
  25. Aduhaii, seram banget lahh.... Mujur takda pape yeee

    BalasPadam
  26. aduhhhh kita fobia tau benda camni...sebab kecik2 dulu pernah tercucuk kulit ketam kat tonsil..tonsil memang besar sejak kecik..haa sampai besar ni pun gitu tonsil tu...jadi sangat berhati2 makan benda2 yang tajam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Allah kulit ketam lagilah tajam SS..adududud

      Padam
  27. Allah.. bahaya tuh.. Kena hati-hati la lepas ini.. seram pula baca.. Mujurlah dah ok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. lepas ni nak makan dari cucuk2 ni kena perhati betul2..huhu

      Padam
  28. masa baca yg tersangkut lidi kat tekak tu rasa adehh ngerinya boleh bygkan situasi camne..bila baca bawah sikit minum air smbil senget bdn tu, serius akak gelak..kelakar la syaz ooi..haha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahahaha.. true story kak, habis fikir daahlah masa tu, nasib menjadi :D

      Padam
  29. Alhamdulillah kira Allah bagi ilham minum air sambil sengetkan badan ye, dan menjadi plak tu..tapi tak dapat bayangkan kalo tercekik bhgian yg tajam tu...nauzubillah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu kak, alhamdulillah Allah bagi ilham :D

      Padam
  30. Bahayanya tertelan serpihan lidi kak. huhu. Hope semua okey kak. huhu.

    BalasPadam
  31. makan satay pun kena berhati-hati dengan serpihan lidi, lebih-lebih lagi time lapar, rakus dia lain mcm. atau time makan sambil nonton tv..kadang pakai rodok je lidi ke mulut

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2, dahlah sate tu memang sedap dan menawan, kalah habis lah kalau dengan cekodok ni!

      Padam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad