Lagu Goyang Dangdut Upin Ipin


Lagu dan klip video ni dihasilkan oleh Les Copaque sebagai tanda penghargaan kepada peminat Upin dan Ipin di Indonesia.

Boleh click play terus kat atas tu pada sesiapa yang belum tengok.

Call me oldschool but for me this is quite inappropriate for kids.



Eh tercakap orang putih pulak.

Ya, mungkin aku kolot tapi aku tidak rasa gelek dan lenggok tari yang divisualkan oleh watak perempuan di dalam video klip ni sesuai untuk tontonan anak-anak.

Selain Mei Mei dan Susanti, Kak Rose dan Cikgu Melati, Opah pun bergelek *tepuk dahi

Tapi ini pendapat peribadi aku lah, mungkin sebab bagi aku, Upin Ipin ni memang kegemaran anak-anak, dia selalu ada moral yang diselitkan dalam kartun-kartun dia.

Dialog pun banyak budak-budak ikut.

Ini dah bergelek-gelek pulak..aduh!
Anak aku pun suka la pulak tengok video ni, siap joget sekali pulak.
Aduh!

Aku kolot sangat ek?
Aku pun tak ada lah baik sangat, tapi tak sedap mata aku memandang lah kot.
Walaupun lagu dia layanss gaklah catchy nya.
Waduh waduh!


Post a Comment

32 Comments

  1. salam Syazni

    memang carton kesukaan anak2 taska

    ReplyDelete
  2. lagu dah best...tapi bila tengok part gelek tu, esp yg pompuan, rasa segan pulak..hehe..walaupun kartun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, segan tengok kak rose dengan cikgu melati tu..huu

      Delete
  3. hahahahha terus pi you tube nak nengok... baru tahu hahahah
    kalau budak-budak yang menari nampak kelakar dan comel lah tapi bila dah ada yang dewasa mcm tak sesuai rasanya... tak payah la nak beria sgt konon nk hargai peminat indonesia, sebab mereka tak pernah pun nak appreciate malaysia gitu... bagi akak lah
    kadang netizen indonesia over sangat la komen lebih2 pasal upin ipin... mereka yg patut kenal budaya kita malaysia bukan tahu kondem je, tak suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju jugak bab appreciate tu, in fact diorang buat bukan2 pada watak upin ipin, kak rose dan tok dalang semua tu..hmm

      Delete
  4. yupppp... i setuju jgk not good for kids !

    ReplyDelete
  5. ooo ada lagu baru ek upin ipin...baru tahu..nanti kita tengok lak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, boleh juga kalau nak terus play kat entry ni

      Delete
  6. macam2 digayakan upin ipin ni ya kreatif sgt tapi peminat2 kecil kat sini xterpengaruh nampaknya sebab lagunya xngam bagi mrk

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap tidak terikut bergelek sakan tu sangat hehe

      Delete
  7. "Tangan di atas
    Kaki bergerak ikut melodi.."

    Aduh.. dah melekat dalam kepala.. hahaha

    ReplyDelete
  8. Dan2 buat video untuk peminat kat Indonesia. Nak kena tawan balik peminat indonesia la nampaknya lepas bikin panas ..Hahah

    ReplyDelete
  9. saya 50/50.. sparuh rasa x kisah n sapruh rasa not good. maybe sbb culture ni culture disana jadi saya tngk ok je. sbb kat sana mmg cemni kan.. be it kanak2 n dewasa. tapi kat negara kita ni x sesuai la x senonoh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, tak senonoh sikit la kalau untuk tempat kita..sebab kanak2 kan..huhu

      Delete
  10. Anak sedara zumal mesti suka ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak2 suka selalunya, termasuklah anak2 saya huhu

      Delete
  11. Lagu okay lah tapi bab gelek rasa macam tak sesuai pulak untuk budak budak. Barulah faham kenapa lagu macam tu. dedikasi untuk peminat di Indon rupanya. patutlah pun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih2 lagi yang bergelek tu watak cikgu melati..haih tak suka tengok huhu

      Delete
  12. gigih shida play smpai habis..muzik dia layan lagu best..
    maybe part menari tu je la..tp fikir +ve je :)
    hiburan kanak2 biasala..yg dh besor tgk pun seronok kan hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. anak2 memang suka shida, sebab lagu dia catchy kan

      Delete
  13. Sha kurang setuju.. sama macam Syaz lah..
    Sebab mesej Upin Ipin ini untuk anak-anak sangat bagus bila buat macam nie dah jadi tak best.. Kurang manis dan hilang sopannya..
    lagu dia memang best cuma video klip tu agak kurang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sha, pada pandangan saya, macam tak berapa molek

      Delete
  14. terkejut juga tgk akak akak gelek dlm video ini, tapi takpe, anggap je dorg tengah bersukan main hula hoop. huhu. lagu nie best kan kak. huhu. amelina patut ambil lagu ni jadi single dangdut beliau. pasti meletop. huhu.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.