Search This Blog

Wednesday, September 23, 2020

5 Ancaman Terhadap Biodiversiti Dunia | Wisdom Wednesday

Harini, nak kongsi berkenaan biodiversiti boleh? 😉

 Biodiversiti bermaksud kepelbagaian benda hidup. Seperti mana yang kita semua tahu, atas muka bumi ini ada banyak sangat benda hidup, macam haiwan, pokok, mikroorganisma..

Namun, tidak semua perkara indah sentiasa.

Kesemua benda-benda hidup ini juga tidak terlepas dari ancaman, dari pelbagai sudut, terutamanya dari spesis manusia.


Jadi hari ini nak kongsikan ancaman utama kepada biodiversiti dunia.

1. Kemusnahan habitat dan berlakunya fragmentasi.


Bila berlakunya kerosakan habitat, semestinya haiwan dan tumbuhan yang tinggal di sana akan turut terjejas. Bukan semua haiwan senang dan selesa untuk berpindah ke kawasan baru. Dan, ada haiwan-haiwan yang bergantung pada pokok-pokok yang ditebang sewenang-wenangnya, sebagai rumah dan kadang-kadang diet khas dia. Jadi bila dah tak ada, memang ada haiwan tak survive (alamak apa survive in malay ek?) dan lambat-laun akan slowly menurun bilangannya..membawa pada kepupusan. SObs.. Boleh baca sini.

Fragmentasi pula ertinya, sebuah kawasan habitat haiwan (contohnya hutan), di buat jalan raya / lebuh raya di tengah-tengah. 


Nampak macam simple kan?
Tapi sebenarnya memberi impak yang besar pada ekosistem hutan tu.
Kawasan untuk haiwan-haiwan bertebaran mencari makanan, pasangan, tempat tinggal baru etc.. akan terjejas. Sebab, haiwan akan berdepan dengan risiko dilanggar oleh kenderaan yang laju (manusia pun ada risiko bahaya), dan kebanyakkan haiwan sebenarnya tidak akan cuba melintas pun. Jadi, dia akan terkurung di kawasan yang kecil tu.

Kalau macam gambar kat atas, boleh nampak pemaju bina 'jambatan ekologi'. Jadi haiwan ada alternatif untuk menyeberang sekiranya dia mahu. Tapi bukan semua haiwan sudi guna..


2. Kehadiran Spesis Bukan Asal

Yang ini selalu berlaku, tapi ramai yang tidak sedar. Sebagai contoh mudah, beli ikan yang berasal dari Afrika untuk bela di akuarium rumah. Lepas beberapa ketika, rasa tak sesuai, dan lepaskan di sungai atau tasik berdekatan.


Secara tidak langsung, kehadiran spesis asing itu adalah disebabkan oleh kita. Spesis asing ni, majoritinya akan lebih kuat berbanding organisma asal. Jadi, dia akan mengalahkan organisma asal, ambil alih tempat itu, dan membuat kerosakan ekosistem. Ambil alih macam mana? Sebagai contoh, selalunya spesis asing ni, dia lahap. Dia tak makan berpada-pada, jadi dia akan sebabkan ikan atau serangga yang selama ini menjadi makanan ruji kepada organima asal, habis atau tak cukup. Perkara ni boleh ganggu rantai makanan.
 Boleh baca disini berkenaan 'invasive species' ni.


3. Eksploitasi Berlebihan

Perkara ini selalunya berlaku pada bahan semulajadi yang ada khasiat. Terutamanya, yang baru je dikenalpasti ada potensi dalam makanan ke, perubatan ke..


Sebagai contoh baru-baru ni ada viral pasal lemang periuk kera.
Tiba-tiba semua nak buat dan jual lemang periuk kera. Maka beramai-ramailah umat manusia masuk hutan cari periuk kera. Jadi apabila manusia yang ambil, dia tak akan ambil sikit-sikit. Habis semua di sapu. Jadi, periuk kera akan diancam kepupusan sekiranya pengurusan sumber tidak dilakukan dengan baik. Boleh baca disini berkenaan kerisauan ini.


4. Perubahan Iklim Dunia

Ini antara yang paling merisaukan, sebab kalau nak kawal susah.
Perubahan iklim, contohnya perubahan suhu dunia yang semakin tinggi akibat kesan gas rumah hijau dan sebagainya, sudah mula menampakkan kesan di beberapa tempat. Antaranya di kawasan kutub utara, habitat semulajadi pada beruang kutub.


Kalau ais semakin cair, beruang kutub tak ada tempat tinggal, dan dipercayai akan pupus. Kita manusia pun boleh terjejas, sebab ais cair, mungkin akan naikkan paras air laut. Huhu..kalau nak rasa takut, boleh baca sini.


5. Pemburuan haram dan permintaan haiwan/tumbuhan eksotik



Yang ini terjadi semuanya disebabkan 'demand'. Kalau tak ada yang tiba-tiba rasa nak letak karpet bulu harimau yang ada kepala tu kat rumah, tak adalah orang nak pergi buru harimau secara berleluasa. Bukan murah tau harga karpet tu, dalam lima ke 10 ribu USD juga..

Samalah juga macam gading gajah, tanduk rusa, tanduk moose dan sebagainya.

Selain perhiasan, kebanyakan pemburuan haram ni juga disebabkan oleh tujuan perubatan tradisional negara-negara terlibat.


Contoh gambar di atas, dari kiri; kulit ular, tengkorak rusa sambar, dan penis gajah. Ada kaum yang jadikan benda-benda ni ramuan ubat tradisional. Nak beli secara halal memang susah sebab ada akta, jadi buru secara haram lah selalunya.


Ini pula tulang-tulang harimau yang dijual di pasar di Myanmar, sama juga, tujuan perubatan.

Selain perubatan, ada juga manusia yang suka makan haiwan liar.
Rasa macam ramai dah tahu kisah berkenaan Pasar Wuhan kan?


Kesian monyet dah kena pancung untuk memenuhi selera manusia.
Hmmm..

Jadi itulah sahaja perkongsian ilmu Biologi (Ekologi) dalam bahasa santai pada hari ini. Penafian, saya tidak memiliki hak milik pada semua gambar-gambar di atas.

Semoga bermanfaat 😉

Sumber: My lecture notes and some reading 


28 comments:

  1. Pemburuan haram ni lah yg kita selalu dgr..sebab tu binatang seperti itu semakin pupus..yg lemang periuk kera tu pulak, aduhaiii..lalu ke korg nk mkn ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemburuan haram memang merisaukan..huhu.. lemang periuk kera tu siapa ada 1 episod dalam cerita upin ipin tau hahah

      Delete
  2. Jagalah alam sekitar utk anak cucu akan dtg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul cikgu, semoga manusia tidak terlalu tamak

      Delete
  3. Survive = bertahan kot

    Teringat kes2 gajah di jalan Mersing dan Grik. Kesian..mungkin habitatnya terganggu kat dalam hutan sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa bertahan kan? ke kemandirian ek? aduh my BM T_T
      ya selalu macam tu, kadang2 makanan dah habis, dia masuk kampuung. Yang Grik tu laluan dia kan..bahaya bila bertembung kereta

      Delete
  4. Manusialah yang mengancam biodiversiti dunia

    ReplyDelete
  5. Sama2 kena bertanggungjawab untuk jaga segala tumbuhan, haiwan yang ada di dunia ni untuk tatapan generasi akan datang. Takut nanti generasi akan datang, tak kenal mana rupa haiwan, tumbuhan yang kita ada sekarang. Yang ikan tu betul, akak ada terbaca dalam fb baru2 ni. Orang lepaskan ikan dari habitat luar ke dalam sungai kat negara kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasal ikan tu memang sangat betul. selain ikan, burung pun sama. pasal pupus, ye kak fiez.. banyak dah yang pupus.. sedih T_T

      Delete
  6. itulah realiti yang kita kena terima, jika sekarang pun dah seperti ini , agaknya macam mana untuk 20 tahun yg akan dtg kann...

    ReplyDelete
  7. Kita sebagai manusia haruslah bersama-sama membantu untuk menjaga ekosistem bumi kita ini untuk kehidupan generasi akan datang. Biodiversiti ni boleh terancam apabila kita memperkenalkan alien spesis kepada tempat yang bukan habitatnya. Contohnya macam ikan yang awak dah mentioned kat atas. Then global warming pun satu ancaman sebab suhu naik dan naik...

    ReplyDelete
  8. selalu nampak tapir terguling di tepi jalan agaknya dilanggar kenderaan tika nak melintas jalan...siannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak PI, kesian. dahlah bilangan tapir kat hutan dah semakin sikit

      Delete
  9. Allah swt dah cipta alam yg sangat indah, saling berkait dan memerlukan..dan Allah jg berfirman yg manusia yg banyak buat kerosakan diatas bumi...kadang2 terpaksa demi sebuah pembangunan seperti bina highway...

    bagus adanya NGO spt Greenpeace, WWF yg berusaha melindungi bumi daripada ancaman..

    ReplyDelete
  10. Di mana jambatan ekologi baharu tahu nih! hiks!
    Ialah kalau buat highway merentasi hutan patut wajibkan kontraktor buat crossing untuk haiwan-haiwan disitu.
    Ekosistem jadi tidak seimbang akibat kerakusan sesetengah makhluk bernama manusia.
    Manusia pendosa sobs...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jambatan ekologi ni, highway ke PD ada 1, yang orang kata jambatan bunian tu hahaha

      Betul, at least ada usaha elak roadkill haiwan liar :)

      Delete
  11. thank you for sharing !
    sedih tgk byk yg nak pupus now :(

    ReplyDelete
  12. Sampai sekarang tak tergamak nak makan lemang periuk kera tu. Cannot brain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah AI, tak pernah makan, dan takut nak makan pun ada hehe

      Delete
  13. fuhh..topik yang serius ni


    kalau bukan kita jaga ekosistem ni..siapa lagi kan yang bertanggungjawab.Manusia la!

    ReplyDelete
  14. Paling terkesan bab ekosistem tu. Banyak hutan ditarah untuk pembinaan rumah dan jalan. Haiwan hilang habitat mereka. Pantai pun banyak di tambak tanah dan buat binaan. Ramai yang ada hobi dan citarasa pelik dengan haiwan exotic. Semakin pupus haiwan yang ada. kalau tak dijaga dengan betul sistem ni, nak pulih semula mesti ambil masa yang lama. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar tu, silap2 tak dapat diselamatkan pun ada

      Delete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Ya it's me