Alkisah Hadiah

 Kisah beberapa minggu lepas, amir ada ujian dekat tadika dia.

Punyalah dia takut nak ujian tu, sebab dia ingat ujian tu apa agaknya entah, asyiklah taknak pergi sekolah.

Jadi, nak pujuk dia, aku pun cakaplah nak belanja dia sesuatu dari shopee.


Budak-budak suka sangat kalau kita beli sesuatu dari shopee, masa parcel tu sampai, diorang yang terlebih excited 😂

Agaknya dia rasa barang yang sampai dalam bentuk parcel tu lebih special kot dari beli direct kat kedai.

Jadi berbalik kepada cerita amir, aku tanya dia nak aku belikan apa.

Dia jawab, dia nak smartwatch.

Gilaaaaa jawapan budak zaman sekarang, tekejut beruk omak, ingat nak mintak hotwheel hahahaha!

Jadi mak nego, aku kata smartwatch tu mahal sangat.

Amir kena buat pilihan kedua in case duit mak tak cukup (padahal memang tak belilah kot smartwatch tu!)

Dia fikir punya fikir, dia kata dia nak helmet, sebab kalau tak ada helmet, ayah dia taknak bawak naik motor jauh-jauh 😂

Oklah, permintaan kedua amir agak affordable.

Dah karang, kalau ada seketul je helmet tu, berebut pulak.

Hah, belilah tiga terus senang!

Nasiblah tak mahal hahaha









Dah masing-masing excited dapat helmet, sampai kadang-kadang duduk tengok tv dalam rumah pun pakai helmet tu 😂😂


Tapi zaimi kata helmet tu tak ada safety pun, rupa je lebih, fullface siap ha..
Jadi, tetap hanya boleh naik motor main dalan kawasan Senawang je la 😁

Itu lah sahaja kisah helmet, have a good day everyone!

PS: Terima kasih pada yang sudi sertai Giveaway!
Terharu dengan sambutan, insyaallah senarai pemenang akan diberitahu kelak!

Post a Comment

40 Comments

  1. Boleh geng dgn Syafi. Sikit2 nk tgk shopee. Haha. Mcm lah dia tu bergaji. Sabar je lah.

    ReplyDelete
  2. Alahai masih tidak dapat jalan jauh-jauh naik motor sebab helmet tiada fungsi keselamatan.
    Buat gaya ultraman sahajalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat jalan dalam taman sampai taman sebelah je la nampaknya hahaha

      Delete
  3. Helmet untuk posing depan kamera..jadilahh..nk memuaskan hati anak2 kan...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3, itu pun diorang dah gembira sangat2 :)

      Delete
  4. adoi..nasib baik permintaan kedua tak mahal sgt..happy diorang dapat pakai helmet tu :)

    ReplyDelete
  5. smartwatch bawah rm100 pun banyak dah Syaz. Ok jugak kalau smartwatch. pandai budak2 sekarang pilih hadiah.Kita dulu dapat coklat 1,2 ringgit pun dah cukup dah..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? wahhhh.. tapi kak, haritu gshock RM30 pun hilang dah rasa perit di hati saya hahaha

      Delete
  6. Hahaha! Macam power rangers pulak gayanya... (Bagos biasakan anak2 dengan nego... )

    ReplyDelete
  7. sekali-sekala gembirakan hati anak2 dgn hadiah yg menarik minat mereka...

    ReplyDelete
  8. WAH MASING2 BERGAYA DGN HELMET SHOPPE COMEY JA

    ReplyDelete
  9. special juga hadiah helmet ini. berguna untuk dia...

    # izin saya letak link blog Syaz ke bloglist saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh2, saya pun letak link blog tuan di blog saya :)

      Delete
  10. Anak-anak zaman sekarang memang advance kan. Tu cara yang masih kecik, yang dah besar panjang macam anak Kak Sue lain hal pula. Apapun comel ja tiga beradik tu pakai helmet.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak sue, zaman dah lain, tak terbanding dengan kita kecik2 dulu hahaha

      Delete
  11. Bestnya bebudak dapat hadiah..lawa helmet tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe saya pun tak sangka ada helmet budak cute macam tu hehehe

      Delete
  12. alolo comel nyaa diorang 🥰 pakai helmet dah macam power rangers dah hihihi mesti dorang suka sangat tuu

    ReplyDelete
  13. helmet? jaga kids nak mintak barang2 yg sngt berguna mcm ni kan, bijaknyaa dia.. selalunya budak akan mintak mainan juga hahaha ...

    ReplyDelete
  14. comeinya helmet. excited la masing2 yer. siap fullface bagai. rasa mcm org besar sgt la bila pakai tu..

    ReplyDelete
  15. hahahaa adooi budak2 nih..tgk tv pn pkai helmet..dasyat betul..syg teruk dah dgn helmet tu.. ^_^

    ReplyDelete
  16. Comel semua anak-anak kak. Yang safety sekarang lebih penting kerana di luar sana banyak individu mmebawa secara berbahaya.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, itu yang ayahnya tak approve juga untuk jalan jauh hehe

      Delete
  17. Haha..excited betul budak2 dapat helmet. Agaknya kalau kita kecik dapat helmet cantik macam ni pun excited jugak..

    ReplyDelete
  18. Idea yang sangat bagus kak. GV ingat nak bagi hadiah helmet juga pada anak saudara GV jika ada bajet lebih kak. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh juga, 10.10 nanti mesti ada sales hebat dekat shopee lagi hehe

      Delete
  19. Excited memasing dapat helmet. Kalau ada safety tu lebih mahal harga dia kan. Okaylah buat pakai pusing pusing taman naik moto ke basikal. Mujur tak bawa sekali pakai masa tidur :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haritu akak dah tertidur dulu, masa terjaga tengah malam, tengok ada helmet sebelah kepala ayu..nampak tak dia bawak tidur hahaha

      Delete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.