Kisah beberapa minggu lepas, amir ada ujian dekat tadika dia.
Punyalah dia takut nak ujian tu, sebab dia ingat ujian tu apa agaknya entah, asyiklah taknak pergi sekolah.
Jadi, nak pujuk dia, aku pun cakaplah nak belanja dia sesuatu dari shopee.
Budak-budak suka sangat kalau kita beli sesuatu dari shopee, masa parcel tu sampai, diorang yang terlebih excited 😂
Agaknya dia rasa barang yang sampai dalam bentuk parcel tu lebih special kot dari beli direct kat kedai.
Jadi berbalik kepada cerita amir, aku tanya dia nak aku belikan apa.
Dia jawab, dia nak smartwatch.
Gilaaaaa jawapan budak zaman sekarang, tekejut beruk omak, ingat nak mintak hotwheel hahahaha!
Jadi mak nego, aku kata smartwatch tu mahal sangat.
Amir kena buat pilihan kedua in case duit mak tak cukup (padahal memang tak belilah kot smartwatch tu!)
Dia fikir punya fikir, dia kata dia nak helmet, sebab kalau tak ada helmet, ayah dia taknak bawak naik motor jauh-jauh 😂
Oklah, permintaan kedua amir agak affordable.
Dah karang, kalau ada seketul je helmet tu, berebut pulak.
Hah, belilah tiga terus senang!
Nasiblah tak mahal hahaha
40 Comments
Boleh geng dgn Syafi. Sikit2 nk tgk shopee. Haha. Mcm lah dia tu bergaji. Sabar je lah.
ReplyDeletekan ana, sabau je la hahaha
DeleteAlahai masih tidak dapat jalan jauh-jauh naik motor sebab helmet tiada fungsi keselamatan.
ReplyDeleteBuat gaya ultraman sahajalah.
dapat jalan dalam taman sampai taman sebelah je la nampaknya hahaha
DeleteHelmet untuk posing depan kamera..jadilahh..nk memuaskan hati anak2 kan...hehe
ReplyDeletebetul3, itu pun diorang dah gembira sangat2 :)
Deleteadoi..nasib baik permintaan kedua tak mahal sgt..happy diorang dapat pakai helmet tu :)
ReplyDeletemasih dalam keupayaan poket hahaha
Deletecantik helmetnya..
ReplyDeletekan..hehe..helmet untuk pushbike katanya
Deletesmartwatch bawah rm100 pun banyak dah Syaz. Ok jugak kalau smartwatch. pandai budak2 sekarang pilih hadiah.Kita dulu dapat coklat 1,2 ringgit pun dah cukup dah..hahah
ReplyDeleteyeke? wahhhh.. tapi kak, haritu gshock RM30 pun hilang dah rasa perit di hati saya hahaha
DeleteHahaha! Macam power rangers pulak gayanya... (Bagos biasakan anak2 dengan nego... )
ReplyDeleteahaha power rangers tak cukup korum :D
Deletesekali-sekala gembirakan hati anak2 dgn hadiah yg menarik minat mereka...
ReplyDeletebetul tu abam kie :)
DeleteWAH MASING2 BERGAYA DGN HELMET SHOPPE COMEY JA
ReplyDeletehihihi kejap2 duk pakai
Deletespecial juga hadiah helmet ini. berguna untuk dia...
ReplyDelete# izin saya letak link blog Syaz ke bloglist saya.
Boleh2, saya pun letak link blog tuan di blog saya :)
DeleteCantik helmetnya.
ReplyDeletehehe budak2 suka wak
DeleteAnak-anak zaman sekarang memang advance kan. Tu cara yang masih kecik, yang dah besar panjang macam anak Kak Sue lain hal pula. Apapun comel ja tiga beradik tu pakai helmet.. hehehe..
ReplyDeletebetul kak sue, zaman dah lain, tak terbanding dengan kita kecik2 dulu hahaha
DeleteBestnya bebudak dapat hadiah..lawa helmet tu
ReplyDeletehehe saya pun tak sangka ada helmet budak cute macam tu hehehe
Deletealolo comel nyaa diorang 🥰 pakai helmet dah macam power rangers dah hihihi mesti dorang suka sangat tuu
ReplyDeletehaha sangat2 suka!
Deletehelmet? jaga kids nak mintak barang2 yg sngt berguna mcm ni kan, bijaknyaa dia.. selalunya budak akan mintak mainan juga hahaha ...
ReplyDeletecomeinya helmet. excited la masing2 yer. siap fullface bagai. rasa mcm org besar sgt la bila pakai tu..
ReplyDeletehahahaa adooi budak2 nih..tgk tv pn pkai helmet..dasyat betul..syg teruk dah dgn helmet tu.. ^_^
ReplyDeletemacam cinta pandang pertama la kiranya hahaa
DeleteComel semua anak-anak kak. Yang safety sekarang lebih penting kerana di luar sana banyak individu mmebawa secara berbahaya.. huhu
ReplyDeletekan, itu yang ayahnya tak approve juga untuk jalan jauh hehe
DeleteHaha..excited betul budak2 dapat helmet. Agaknya kalau kita kecik dapat helmet cantik macam ni pun excited jugak..
ReplyDeletesaya pun terfikir macam tu jugak hahaha
DeleteIdea yang sangat bagus kak. GV ingat nak bagi hadiah helmet juga pada anak saudara GV jika ada bajet lebih kak. hihi
ReplyDeleteboleh juga, 10.10 nanti mesti ada sales hebat dekat shopee lagi hehe
DeleteExcited memasing dapat helmet. Kalau ada safety tu lebih mahal harga dia kan. Okaylah buat pakai pusing pusing taman naik moto ke basikal. Mujur tak bawa sekali pakai masa tidur :)
ReplyDeleteharitu akak dah tertidur dulu, masa terjaga tengah malam, tengok ada helmet sebelah kepala ayu..nampak tak dia bawak tidur hahaha
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.