Beberapa minggu lepas, sebelum PKPB mula di Seremban, zaimi ada keluar pergi kedai.
Balik je, dia ada bawak pulut mangga warna hijau ni.
Beli nya satu paket je, sebab dia memang nak beli untuk aku je.
Sekali, bila bukak je, anak-anak semua jadi ikan piranha!
Macam tak makan langsung dari pagi bila nampak pulut mangga yang warna dia memang cun ni.
Apa lagi, dah isi secotet je, maka mak dapat rasa 2 suap je la weh..
Tak apalah anak-anak, makanlah.
Nanti bila korang dah besar, mak dah tua, mak pulak buat-buat nangis sebab nak makan apa yang korang tengah makan.
muahahahah
Oh by the way, rasa dia memang sedap dan cukup sifat.
Tak tau lah zaimi beli dari kedai mana, siapa yang buat pulut mangga ni.
Tapi, in case kamu baca tentang pulut mangga kamu ini,
saya nak ucapkan terima kasih sebab buat pulut mangga yang sedap macam ni.
Keep it up!
Moga murah rezeki!
36 Comments
tahniah anda pemenang to pengomen blog rabia pada bulan november
ReplyDeletewahh! terima kasih rabia, terharu :)
DeleteLebih nikmat bila sama-sama teruja menikmati dengan anak-anak.
ReplyDeleteBetul tu PC, makan rebut2 tu yang lagi buat sedap :)
DeleteCecair putih tu apa?susu?
ReplyDeleteOh itu santan :)
Deletekena beli lagi ni ..sbb mak dpt makan 2 suap ja heheeh
ReplyDeleteitulah, kena carik semula ni hehe
Deletenaseb dapat 2 suap... kalau tak ke batu belah batu bertangkop la jawabnya! hehehe
ReplyDeletetepat sekali. eh? hahaha
DeleteSedapnya pulut mangga... tp mmg rare kan sbb pulut tu warna hijau.. kakmim syak seller ni org kedah la 🤭🤭🤭
ReplyDeletehehe..sebab hijau kuning ye kak mim? ahahah
Deletewahhh sedapnya ni.. lama suda nda makan. last makan ni 2016
ReplyDeletefuh lama betul tu, dah hampir 5 tahun hehe
DeleteSedapnya pulut mangga. Pulut tambah menarik bila warna hijau dari warna putih yang biasa tu kan. Seronok makan kongsi ramai-ramai. tak cukup tapi nikmat makan berkongsi tu ada :)
ReplyDeletebetul tu, seronok makan rebut2. kalau beli sorang 1, selalunya tak habis hahaha
DeletePulut warna warni memang menarik perhatian, terutama kanak-kanak. Makan rebut-rebut memang best! Terasa enaknya makanan itu.
ReplyDeleteBetul, memang menaikkan selera masing2 🤗
Deletehonestly, saya tak pernah rasa pulut mangga.. ahaks
ReplyDeleteKena carik dan tey, mesti afeez nak lagi ahaha
Deletesedapnya...terliur tgk warna dia..menarik syaz!
ReplyDeleteKan!!!
DeleteUiii tak pernah jumpa lagi yang berwarna hijau. Menarik ni
ReplyDeleteMenarik dan lain dari yang lain 😁
DeleteNampak menarik plak pulut tu kaler hijau, jarang orang buat. tapi sayangnya akak x leh makan pulut..semput kang...x tahan angin.Syaz stay seremban sebelah mana, kak SA kat Bandar Warisan Puteri.nanti lepas PKPB ni bleh la kita gather ajak beberapa blogger Seremban kan...
ReplyDeleteInsyaallah kak SA, saya pemalu sebenarnya ahaha, saya area taman Bandar Senawang 😁
Deletedah lama benar tak makan pulut mangga...
ReplyDeleteKena cari tu sunah hihi
DeleteSedapnya pulut mangga. 1st time tengok pulut warna hijau. Biasanya pulut mangga ni warna putih jer. Hehe
ReplyDeleteKan? Selalu tengok yang warna putih, menarik bila dia letak pewarna hijau hehe
DeleteAlhamdulillah.. puas hati betul bila dapat makanan yang sedap macam nie.. bahagia je rasanya..
ReplyDeleteBetul, terasa keikhlasan si pembuatnya
Deletesedapnya..Pulut mangga ni yang sedap bila pakai santan kelapa ori punya , lepas tu mangga tu manis. Kalau masam memang naya la..hahha
ReplyDeletememang sedap, manis! :D
DeleteAkak tengok pun nampak sedap, Syaz. Pehh...
ReplyDeletehehehe
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.