Kisah Sabtu lepas, semua turun ke bawah rumah Tok Ma, tengok zaimi dengan kak ipar aku perasap daging.
Asalnya kakak ipar aku tu nak buat daging masak lemak cili api, tapi dia teringin nak masak yang daging salai.
Masalahnya nak cari daging salai kat KB ni memang bukan sesuatu yang mudah lerr..
Jadi, dia kata, nak dapatkan jugak sensasi rasa asap itu, perasap je lah dengan arang 😂
Rumah mertua aku memang jenis di tingkat atas.
Bawah tu untuk park kereta, motor, stor.. kalau buat kenduri pun bawah rumah ni lah, konsep rumah yang kena naik ke atas.
Jadi, salah satu benda yang boleh dibuat bawah rumah ni adalah bbq.. disebabkan tak boleh nak salai daging tu, maka perasaplah daging tu dengan method bbq 😂
Bolehlah, asalkan ada rasa smokey.
Aku jadi pemerhati je, sebab kak ipar yang nak beraksi.
Dan sebenarnya aku malu nak beraksi di dapur mertua sangat. Kekekek😂
Bila dah siap, aku lupa nak ambil gambarnya.
Yang penting rasanya sedap gilaaaa!
Terima kasih CT!❤️
27 Comments
Alamak, teringinlah pulakkk. adoimakkk.... Kak. sy ada buat entri penghargaan for youuu. hehe
ReplyDeleteHihi yeehaa terima kasih nona buat entry untuk saya
DeleteSukanya tengok rumah lama warna putih bawah dia ada ruang macam ni. Buat tempat lepak santai sambil minum kopi sembang menyembang. kalau dah sedap tu, pasni mesti repeat punya. makan yang salai baru feel rasa salai dengan aroma smoke tu :)
ReplyDeleteHehe rumah jenis tinggi. Betul tu, nanti nak bawak lah kak ipar pergi makan kat Zaini Salai tu 🤭
Deletesampai skrg atie tak tau daging salai tu daging apa ya
ReplyDeleteHehe daging yang dikeringkan dengan cara mengasapkan dia
Deleteooo ok baru tau hahah
DeleteSuami kak kalau dia malas nak Salai atas arang, dia guna oven hehehe...
ReplyDeleteKan? Suruh dah dia buat macam tu,tapi dia gigih nak guna arang 😂
DeleteBesarnya daging 😳
ReplyDeleteHahaha 2 kilo rasanya tu
DeleteOoo boleh je buat macam tu rupanya ekkk...
ReplyDeletemesti sedap sangat sampai lupa ambil gambar kan?
Sedap ! Bertambah kami makan anak beranak hehe
Deleteshida pun tak pernah lagi cuba daging salai masak lemak cili api..
ReplyDeletebila syaz kata sedap..teringin nk cuba juga ^_^
Hehe nanti cuba tau 😉
Deletewahhhh buat sendiri.. kite beli je kat kawan duduk kat kuala pilah hehe
ReplyDeleteHehe betul tu, pilah memang syurga salai kan, tapi tak sempat nak order dah masa ni
Deletesedapnyaaa!! kakmim pun suka daging salai masak lemak cili api.. tapi selalunya beli jerlah daging yg dh salai.... x penah lg perasap sendiri.. hihihi
ReplyDeleteSama 😂
Deletesama la kita, malu nak beraksi kat dapur mertua..dulu2 pernah gak cuba beraksi, tapi bila ada yang pertikaikan cara kita masak, dan jenis tak boleh terima cara baru...jadi malas da nak lebih2...okbai
ReplyDeleteTak ada apa yang saya nak komen melainkan sep dan gimifai dan aifilyu heheheh
Deletedaging salai masak lomak cili api sedap tuh
ReplyDeleteTepat sekali 👏
Deleteabru td aida blogwalking, komen tentang daging salai juga.
ReplyDeletetapi salai guna air fryer :)
aida jarang masak daging kat rumah, Syaz.
anak2 tak brape makan. tapi aida dan asben sgt suka!
masak lemak daging salai cili padi, ya Allah, lazatnya...
Kan! Sedap kan! Tapi saya pun selalu makan kat kedai je masa lunch waktu kerja, sama kes.. anak2 kecik lagi, masak tak baloi hehe
DeleteWah daging salai eh. em sedap. Hehe by the way suka la dengan konsep rumah yang mcmni. Seronok.
ReplyDeleteSeronok tapi penat dan sakit lutut juga asik kena naik turun 😂
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)