Petang di Pantai Batu Hitam Kuantan

 Petang semalam, anak lelakis dua dua tokwan dia dah bawak mandi kat Pantai Batu Hitam tu, jadi zaimi kata kesian pulak kat ayu sebab duduk rumah saja kan.

Jadi, kami pun bawaklah dia jalan-jalan ke sana jugak lepas abang abang dah balik.


Angin punyalah kuat, tudung asyik terangkat 😂




Mak pun posing la sedas dua.

Cuaca pun gelap dan redup je, best layan angin menderu.




Mata sembab sebab banyak hari tak boleh tidur haritu kan. 

Plus tak tenyeh pulak bedak sebelum pergi hahaha 

Mendapat la gambar yang berwajah pucat!



Aku memang suka capture moment anak anak dengan ayah diorang, terutama ayu.
Rasa perasaan yang sangat menenangkan bila tengok ayu dengan zaimi jalan pegang tangan macam tu 😁




Suka betul ayu, berlari je kerjanya 😁




Main air sampai terhanyut selioar, nasib baik zaimi sempat kejar.
Hihi






Nice kan batu batu hitam tu?
Tapi bila balik rumah, cerita dengan mak, kitorang majn atas batu tu, ambik gambar semua..

Mak pun cerita, ada pakcik yang berniaga dekat tepi pantai tu bagitau, kawasan batu hitam tu selalu orang jumpa mayat tersangkut.

Hanyut dari laut, sangkut kat situ.

Hahaha

Aku macam.. whatt???
Seriau pulak!




Sebab masa tu tak tau cerita kan, zaimi dengan ayu duk korek korek pasir carik siput bagai.






Hai lah dua beranak ni.. ❤️

Ayu, ketahuilah, ayahlah lelaki pertama dan selamanya yang akan mencintai dan mengasihimu ❤️❤️

Stay safe peeps!❤️

Post a Comment

30 Comments

  1. Tak pernah pergi pantai ni, dengar pasal mayat sangkut teruslah rasa tanak pergi terus, hahahha

    ReplyDelete
  2. Seram jugak bila baca mayat selalu sangkut tu.. alahai manjanya cik ayu kita dgn ayahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. seram kan kak mim..huhu.. betul, terpaling manja

      Delete
  3. Cuma pernah ke pantai teluk chempedak je 9 thn dulu. Lama dah x pi kuantan.

    ReplyDelete
  4. Nasib baik tak jumpa apa apa yang tak diingini...

    ReplyDelete
  5. cantik pantai ni kan dulu2 pernah bermalam kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kat sini ada banyak hotel dan homestay :)

      Delete
  6. Alamak.. Mujurlah dah pergi dan dah balik baru tahu paasal kes mayat tersangkut tu..
    sha pun pernah ke sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, berderau darah masa mak cerita hahaha

      Delete
  7. byk ke dpt siput2 yg dikorek tu ? hmm seram bab mayat tu kan..ishh... takleh bayarkan klu atie nmpk depan mata :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, mentally traumatized la kalau terjumpa, nasib baik petang tu hari indah je hehehe

      Delete
  8. aaaa cantik sangat gambar last sekali!

    ReplyDelete
  9. Menarik memang menarik pantai batu hitam ni. Tapi mendengarkan cerita mayat sangkut situ, jadi macam..ermmm takpelah.

    Tapi nak jugalah pergi sekali, asyik pasir putih je..nak juga tengok pasir hitam dan banyak batu hitam macam pantai batu hitam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah uniknya pantai ni, dia ada batu hitam tu hehe..nanti ada masa boleh pergi, menginap pun boleh, banyak hotel area sini :D

      Delete
  10. area mane pantai ni? bole mandi manda tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je, anak2 saya mandi je..hehee, pantai ni area beserah, kuantan

      Delete
  11. alamak, selalu jumpa mayat sangkut.. oh no.. apapun pantai mmg cantik kan.. antara pantai yg selamat mandi tapi still mama takut tgk ombak kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, terkezut saya hehehe.. ombak dia besar jugak kan

      Delete
  12. cantikla pantai dia tapi ada juga cite seram kat tempat macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selain cerita mayat sangkut, pakcik tu juga bagitau malam-malam kat situ ada mak dan anak kecik selalu main air huhuhu

      Delete
  13. Mayat sangkut??? Aiyaa serammmm..

    ReplyDelete
  14. Lama tak ke pantai sis. bertapa dalam rumah je. lama jugak ni bertapa nak kena tengok sightseeing ni haih. by the way suka tengok anak akak. comel hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat mengambil angin hehe...
      Biasa, budak2 semua comel 😉

      Delete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.