Tragedi Kek Baldi

 Gitu pemilihan perkataan kau Syaz!

Tapi memandangkan cerita ni sebenarnya jadi masa bulan 10 haritu, mungkin bolehlah klasifikasikan sebagai Tragedi Oktober haha!

Ok, kisahnya aku tergoda dengan iklan Kek Baldi yang asyik lalu lalang di salah satu whatsapp group kejiranan.

Maka, tergoda punya pasal, terus order.

Dalam gambar iklan, nampak macam besar.

Dah pulak namanya baldi weh.


Dalam otak, terbayang besarnya kek itu, harga pulak RM25.

Tak sabar tunggu baker tu deliver ke rumah hahaha

Setelah saat yang dinanti itu tiba, berlarianlah anak-anak aku ke pagar untuk ambil kek baldi tu.

"Mak, mak beli satu je ke", soal Adam sebaik sahaja dia masuk dalam rumah sambil tunjuk baldi tu.

Nahaiiii...


Kecik je rupanya baldi tu!
Rasa macam terti-..

Ah takpelah, cakap banyak nanti orang kata kita tak support lokal lah, tak reti harga bahan-bahan kek lah, demo dok kena bare lah..

Tapi itulah baldinya.

Pelamin Baldi anganku musnah.

Rasa dia sama je macam kek kek cheese leleh yang lain.
Cuma dah dalam baldi kan, cheese dia kena panggil cheese tadah atau cheese takung lah kot.
Eheheh

Post a Comment

48 Comments

  1. Replies
    1. Kek terkini agaknya tahun ni kak TK 🙈😂

      Delete
  2. Mahalnya kalau besar bekas isi nata de coco. Tidak lama bertahan berniaga begini.
    Suka kalau beli boleh nampak depan mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, besar bekas nata de coco. Tu la.. kekurangan order online kan..huhu

      Delete
  3. hahahha cheese tadah tu yg tak tahan.. dh jd pelik skrg ni nk serve makanan pun. alahai

    ReplyDelete
  4. Kalau ikut perkataan baldi tu memang terbayang besar je.. rupa-rupanya...

    ReplyDelete
  5. Bila beli sesuatu sebutan dan hakikat tidak setara anak-anak tak bohong sebab anak-anak cerdik. Hehehehehe.Tu yang tanya mak beli satu baldi je ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, sebab diorang pun rasa yang 1 tu sikit bila nak makan berkongsi 5 orang agaknya huhu

      Delete
  6. Alahai... Macam terti sangat lah..

    ReplyDelete
  7. hahaha...kenitnya baldi...macam baldi nata de coco tu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, memang saiz nata de coco je, patutnya kena namakan Kek Balang Kuih je kan haha

      Delete
  8. Replies
    1. Betul kak, bila dah sampai baldinya, terbit juga fikiran camtu haha

      Delete
  9. haha bole la kan asal ada.. ni mesti x mau repeat lagi kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semestinya tak repeat kalau harga masih sama 😂

      Delete
  10. mungkin boleh tukar nama kek baldi ni. kek baldi orang terbayangkan baldi besar tu kan. masa order dia tak bagi saiz ke kak? pertama kali dengar kek baldi. mungkin lepas ni viral kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak, dia tak bagi size, silap tak tanya kan..huhu

      Delete
  11. Ia sebab hendak viral tu jadi mahal kak. hehe

    ReplyDelete
  12. terbayang macam mana lah bentuk kek baldi tadi, or rupanya masuk dalam tu....

    ReplyDelete
  13. Lepas ni bolehlah cari kek tempayan pulak
    Mungkin besar sikit kejadiannya.

    ReplyDelete
  14. kemain hispter ek kek sekarang..kecik jugak tu saiz dia, and agak mahal RM25 kalo kecik camtu huhuhuhu

    ReplyDelete
  15. sedap ke? kalau sedap tu oklah, tp tak berbaloi dengan saiz

    ReplyDelete
  16. Cutenya kek baldi. Dalam bekas nata de coco. Hehe... patut tukor nama tu.

    ReplyDelete
  17. trick peniaga skg ^_^ lepas ni tanya berat dia tau baru blh agak berapa besar keknya ^_^ mesti dapat sorg se coet jer ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2, lepas ni kena tanya beratnya dulu kan

      Delete
  18. ada la kelainan sikit kan , tapi kek baldi ke tu?

    ReplyDelete
  19. Kalau Cik Tk sendiri pun, kalau dengar baldi ingatkan besar. Tapi, sebenarnya ni pertama kali dengar kek baldi.

    ReplyDelete
  20. hahaha.. lucu pulak baca... setakat ni xde lg viral kek baldi ni kat sini

    ReplyDelete
  21. ha ha ha ha...
    kalau aida pun, rasa tertipu jugak :)

    ReplyDelete
  22. Haha kek baldi gitu ke rupanya sis. Ish ish saya oun tertipu. Baldi kecik benor gamaknya hehe

    ReplyDelete
  23. hahahaha adoiiii baldi lah sangat! Masa pkp haritu dah banyak kali terkena dengan peniaga makanan macam ni so dah stop beli dah

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.