Thursday, January 21, 2021

Aqiqah Amir Zahari | 9 Februari 2016 | Throwback Thursday

Cerita hampir lima tahun lepas ni.
Buat majlis aqiqah Amir di Kota Bharu.
Amir masa ni umur dalam empat bulan lebih rasanya.
AKu pulak baru belajar-belajar nak pakai bawal balik masa ni haha!




Masa ni mak dengan abah tak dapat datang, alang (adik mak) je yang jadi wakil belah famili aku.
Datang berdua dengan suami dia.
Alhamdulillah ada jugak famili aku kan hehe..


Amir masa ni, duduk pun belum boleh lagi, tapi saiz dia besar.
Dia keluar pun dah 3.93kg.
Anak ibu kencing manis la katakan.



Double chin daku itu..waduh!


Rumah mertua aku ni jenis rumah bertiang, jadi kerusi meja untuk kenduri semua letak bawah rumah je masa ni. Aku dengan amir kejap naik, kejap turun.

Kalau duduk je bawah lama-lama, amir letih.
Menangis dia agaknya sakit ketiak dia asyik kena pegang kan.

Bila duduk atas pulak, tetamu ada yang malas nak naik sebab rumah tinggi.
Jadi redha sajalah turun naik wuwwu..



Masa ni buat sekali je majlis dengan anak adik bongsu zaimi.
Kebetulan diorang lahir tahun yang sama kan, jarak dalam beberapa bulan je.
Apa lagi, empat ekor lerr kambing masa ni!

Ha makanlah kau!
Hahah..

Tengoklah aku, memang tak setanding dengan biras aku yang letops tu.
Dia punyalah lawa, aku siap pakai selipar warna hijau florescent kah kah!

Memang tak mungkinlah dapat lawan birasku itu.
Sudahlah cantik, lemah lembut, putih melepak, kerja nurse pulak..

Berhuhuhuhu lah aku di tepi bucu katil mengenang diri yang dipanggil makcik oleh famili dia tu kekeke..
Refer entry ini.

Ok back to story.



Ala geram pulak tengok amir masa ni.
Amir ni memang manja sikit.
Dia taknak langsung dengan orang lain kadang-kadang.

Dan dia gelap sikit dari adam.
Pernah tau, ada orang cakap terang-terang depan muka aku, 
"amir ni tak comel sangat kan macam abang dia"

Kau rasa?
Selambaaaa lahar anak aku, haih apa punya mulut entahlah.





Gambar 1 famili wajiblah ada kan.
Masa ni masih berempat.


Ha tengok amir, dah nak menangis dah masa ni.
Takut sangat lah kalau aku nak jauh sikit hahaha


Budak debab emak!
Memang selalu rasa nak gigit-gigit je dia masa ni!



Bergambar bersama kambing amir yang dah pun jadi lauk.
Sebabnya, tempat yang jual kambing tu, terus hantar kambing 4 ekor tu ke catering.
Catering masak terus.



Menjelang petang, amir dah tak tahan dah.
Memang mengamuk nak tidur.
Makanya duduk je lah atas rumah.





Adam masa ni memang tak lepas nyonyot puting.
Sampai aku panggil dia panglima puting haha!

Ke mana-mana mesti kena bawak puting.
Kalau simpan dalam bilik pun, dia akan pergi ambik sendiri puting tu.
Punyalah nak lepas gian dia kan!

Lepas asar, dah dekat maghrib jugak baru kenduri aqiqah selesai.
Sejak kahwin dengan zaimi, baru aku tau, budaya kenduri kat Kelantan ni, kemuncak dia selepas zuhur dan berlanjutan sampai ke maghrib.

Kalau famili aku, selalu majlis akan mula dalam pukul 11 pagi, pukul 4 petang selalu dah tamat.
Kat sini, pukul 4 tu masih ramai yang masih datang.

Lepas dah dapat masuk bilik, apa lagi, tergolek boleng lah budak dua ketul ni hahaha




Adam pulak lepas gianlah main tablet, sejak pagi aku sorok je tablet tu.
Kalau tak, nanti dia bawak merata.

Lagipun tengah kenduri, takkan nak main tablet kan..

Itulah saja sesi throwback minggu ini.

Terima kasih sudi baca ๐Ÿ’“

26 comments:

  1. bila takde cerita semasa..cerita lempar belakang pun jadi la kann

    ReplyDelete
  2. double chin tu dah mmg takboleh nak buat apa dah .. huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. Sama la kita, suami orang Kelantan. Semangat Amir ye, kuar je dah 3.9 kg. Bila anak dah besar, rindu time dia orang besar macam ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..aah dia besar masa keluar dulu, sampai sekarang sakit pinggang sebab dari dalam perut dia berat ahaha

      Delete
  4. Bila ingat semula, rindu zaman mereka kecik kecik. kejap membesar :)

    ReplyDelete
  5. Ini cerita lempar belakang ye Syaz.. somel Amir..

    ReplyDelete
  6. assalammualaikum..hi syazni...apa khabar?
    lamanya xsingh blog kengkawan alam maya ni..bnyk btul yg da brubah..heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam yaya :)
      Terima kasih singgah harini. Nanti singgahlah lagi :D

      Delete
  7. Replies
    1. cantiknya *biras tuan blog kot? hehe.. ya dia memang comel :)

      Delete
  8. Flashback... memang indah untuk dikenang. Mujurlah banyak gambar boleh direnung kembali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah nasib baik ada gambar2 yang disimpan :)

      Delete
  9. tiba2 teringat blogger Amir Zahari, sama nama dorg hehe
    me too ada double chin xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada eh blogger nama Amir Zahari? Alamak kena carik blog dia ni hehe

      Delete
  10. Besarnya amir keluar ms lahir dh nk 4 kilo!! Tp mmg dia nmpk 'pnjg' walaupun br 4 bln time tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kakmim, sekarang dah sama tinggi dengan kawan2.. tak tinggi terlebih pun hehe.. masa baby je

      Delete
  11. Cik TK pun kalau ambil gambar mesti nampak juga double chin.. huhuhuuu

    ReplyDelete
  12. salam nak tau . kalau akikah skli wajib 4 ekor kambing ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, ya sebab setiap seorang anak lelaki 2 ekor kambing untuk dirinya, dan masa ni walau nak buat sekali, kambing masing-masing ๐Ÿ˜

      Delete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot