Cerita lebih kurang setahun yang lepas.
Saja nak ajak anak-anak ni buat aktiviti je sebenarnya.
Sehari sebelum hari kejadian ni, masa pergi Gaint, ada ternampak paket Mug Cake jenama Nona ni.
Baca instruction, senang bangat nak buat!
So why not!
Suruh amir buat 1 mug.
Suruh adam jugak buat 1 mug.
Senang je.
Tuang serbuk dia dalam mug, lepas tu campur air masak.
Abaikanlah rumah aku yang macam kapal karam masa ni hahaha
Dengan dinding yang masih belum dicat baru, penuh hasil kerja anak-anak ha..
Semua dah tinggal kenangan..
Abaikan juga laki den yang tengah tengok tv tu ha hahaha
Ok berbalik pada kek mug, lepas campur air, kacau sampai sebati.
Macam kacau milo.
Tapi dia likat sikitlah.
Ala keciknya amir masa ni.. sekarang dah gelap dan kurus sikit haha!
Adam pulak sibuk dengan jam transformers dia.
Dah hancur lebur dah pulak jam tu.
Lepas dah kacau, masukkan dalam microwave.
Ha masokk!
Set lah masa yang ditetapkan.
Tak lama pun, 1 minit je!
Semangat dua ketul abang ni tunggu depan microwave tu.
Susunan atas microwave ni pun dah tak serabut macam ni.
Thanks to PKP!
Siap dah mug cake!
Amir punya comot sikit hahaha
Orang suruh makan, sibuk dia nak kita ambil gambar jugak.
Nak tunjuk rupa kek dia..
Hehe..amir amir..
Kelihatan adik ayu dah bangun kat belakang tu!
Nak mengendeng kek abang-abang dialah, apa lagi!
Buat tak sampai 10 minit, makan pun tak sampai seminit.
Rasa dia nak kata sedap, bolehlah..
Jadilah buat lepas-lepas gian nak makan kek, atau nak buat activity dengan anak-anak 😄
++++++
Lepas tu ada beli lagi, campur dengan tepung cekodok, jadi cekodok coklat..sedap jugak hihi
33 Comments
Tolong tanya Adam, pukul berapa sekarang? hheheheh
ReplyDelete😂
DeleteADA AKTVTI MASAK2 DGN ANAK2 TERISI MASA BORING ANAK2
ReplyDeleteBetul tu, ada benda diaorang nak buat hehe
Deleteassalamualaikum. wah.. aktiviti mcm ni mmg mak ngan anak teruja... tapi bagus lah... build up selfconfident dan kreativiti anak2..
ReplyDeleteBetul tu, insyaallah 😊
DeleteOhh ada ye jual pek camtu. Senanglah tinggal bancuh je. Pernah buat kek 3 minit ni guna microwave. Bancuh sendiri la semua bahan bahan tapi. Rasa macam akak cakap. taklah sedap sangat. kalau craving bolehlah buat sebab mudah je dan cepat masak :)
ReplyDeleteHehe kebetulan ternampam masa oeegi Giant masa tu fiza. Aah, jadilah kan buat lepas2 gian 😁
DeleteOh, ada nampak mug cake ni kat supermarket hari tu, lain kali boleh try beli. Hehe, comei je anak-anak Syaz buat kek.
ReplyDeleteHehe nanti try tau 😊
DeleteWahh nampak sedap tuu. Kena cari ni
ReplyDeleteCari kat Giant tau hehe.. shopee lun ada rasanya
Deletewahh betul throwback ni heheh. best je nampak dua beradik tu buat kek sendiri
ReplyDeleteHehe budak2 kan, seronok la benda2 macam ni
Deletesama serabut je rumah kita...memang gitulah kalau anak anak kecik lagi. takdan nak deco eco sangat.
ReplyDeleteTu la.. dah besar sikit haritu barulah dapat cat dinding sikit hehe
Deletebelum pernah lagi cuba mug cake ni..sekarang ada lagi tak benda ni ek..nak cuba gak tapi takde microwave..huhu
ReplyDeleteAda lagi rasanya. Cuba tengok kat Shopee hehe
Deletetak pernah jumpe bende ni lagi. klu jumpe nnt bole gk try
ReplyDeleteDia ada dekat bahagian tepung cekodok hihi
Deletebaek... nanti saya tgk2
Deletealolo comelnya dua orang ni
ReplyDelete😁
DeleteWow menarik. Bestnya anak-anak join sekali kan
ReplyDeleteMenarik sebab diorang boleh hands on 😘
DeleteOh best jgk tp x penah jumpa pulak mug cake ni
ReplyDeleteHehe saya pun nampak dia terselit2 je masa tu hehe
Deletewahh gigih dorang tunggu depan microwave haha
ReplyDeleteHahaha gigih kan
DeleteX sempurna rasa gambar xde si kecik ayu tu haaaa..hehee
ReplyDeleteHahaha ada je dia dalam gambar tu, tengah merangkak kat belakang 😂
Deleterajin betul bebudak ni masak2 waktu malam. kalau budak lain sibuk dgn fon
ReplyDeleteSelalunya memang dengan fon juga hehe
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.