Assalamualaikum wbt
Humble post dari daku, nak menghebahkan terbitnya sudah buku fiksyen aku yang kedua.
Life Baggage oleh Syaz Eym!
Asalnya plan nak letak nama buku ni Bagasi Halimunan.
Tapi pihak penerbit cadang agar guna Life Baggage.
Aku ikut je 😉
Tapi Novel ini dalam Bahasa Melayu ya.
Tebal 100++ mukasurat dari Novel pertama dulu (Terkaitnya Kita)
Alhamdulillah ada rezeki untuk merealisasikan lagi impian aku agar adanya novel aku sendiri.
Tak pandai nak buat ayat promosi, macam mana nak cakap supaya ada orang sudi beli ek?
Hihi..
Kalau ada yang sudi, bolehlah Whatsapp penulis (sayalah tu) di 0192984616 atau thru emel pun boleh di syaznirahim@gmail.com
Buku ini adalah dari cerpen-cerpen lalu juga.
Kisah Hatim dan Najah.
Serta 2 cerpen sebagai kisah bonus dalam ni.
Diolah dan disusun menjadi cerjang.
Serius tak sangka akan dapat terbitkan fiksyen cerjang pula.
Syukur.
Mungkin ada yang dah baca dan tahu ending, tapi ada juga yang mahukan cerita-cerita aku disemat dalam bentuk fizikal di rak buku mereka.
😀
Sesungguhnya, pembaca blog ini adalah sumber inspirasiku selain anak-anak, suami dan keluarga.
Ya, memang tujuan aku menulis, yang paling utama agar ada orang yang terhibur, dan seronok baca hasil tulisan fiksyen aku.
It's a dream for me, to be a writer.
Menjadi seorang penglipurlara.
Adakah aku dah berupaya jadi penglipurlara?
Aku tak pandai nak tulis cerita tentang organisasi kehakiman, misteri, mistik, ceritera orang kaya, mak mertua jahat dan garang..huhu.. itu semua ada orang yang lebih padu.
Aku?
Ala..belajar-belajar tulis cerita orang-orang biasa saja.
Dan dari situ rupanya aku 'rasa' sesuatu.
Siapa nak miliki nashkah yang aku print tak banyak ni, bolehlah hubungi ya.
SYaz EYm
Ps: Gambar di cover tu pastinya bukan Hatim yang aku bayangkan 😂
Korang anggap je lah itu gambar watak Shah ye ahahah
Rasa-rasa aku imagine rupa Hatim macam mana?
41 Comments
Wahhhh!!! Beranak lagi rupanya!!! Tahniah syaz 👏👏👏👏 happy for u... mcm nk beranak setiap 4 bulan sekali je ni
ReplyDeleteHehe terima kasih kakmim. Akan 'beranak' lagi ke tak tu tak pasti lagi, insyaallah kalau ada ilham lagi. Buat masa sekarang ni, rasa kering dah idea 🤭
DeleteIdea psl pemblog tu la td.. kembangkan idea kembangkan idea.. haha
Delete🤭 insyaallah manalah tau ada pula ideanya nanti 😊
DeleteTahniah..all the best!!
ReplyDeletecerjang..hihi..first time dgr..
Cerjang tu main reka je tu, rasanya salah tu ahaha
Deletewow tahniah syaz proaktif berkarya sudah ada karya perseorangan kedua...cerpan/cerita panjang.
ReplyDeleteCerpan rupanya ye hehehe
DeleteTerima kasih kak PI 😊
Tahniah Kak Syaz! 🎇🎇
ReplyDeleteTerima kasih ema :)
DeleteWah! tahniah dah ada yang kedua.
ReplyDeleteAll the best Syaz.
Terima kasih CP :)
DeleteTahniah, rezeki penulis terkait2, ada saja idea barunya yg segar
ReplyDeleteTerima kasih. Insyaallah selagi ada sambutan..kalau takde sambutan nanti kita duduk diam2 hihi
DeleteWow... Kagum 👏👏
ReplyDeleteTerima kasih :)
Deleteterima kasih kak :)
ReplyDeletewow tahniah syaz..dah buku kedua rupanya
ReplyDeleteterima kasih mamapp, kedua dan mungkin terakhir hihi
DeleteTahniah... semakin produktif nampaknya!
ReplyDeleteterima kasih uncle :)
DeleteW'salam Syaz..
ReplyDeleteTahniah sis ucapkan dengan penghasilan buku baru.
In shaa Allah sis beli buku ni nanti tanda support.
Terima kasih juga sis, boleh.. contact saja saya 😊
DeleteWah tahniahhhhhhh
ReplyDeleteterima kasih :)
DeleteWahh..tahniah kak syaz kelahiran kedua. Saya share link akak ni dalam terkaitnya kita sekali okay :)
ReplyDeletealhamdulillah, terima kasih fizah, nanti dah ada link nya roger ya ;)
Deletewow weeeee tahniah tahniah�������� nk autograf boleh?��
ReplyDeleteinsyaallah boleh, masa order gtau awal2 hehe.. jadi saya yang akan pos instead of penerbit hihi
Deletekekonon dulu nak juga jd penulis..tapi selalu guna ayat rojak..hahaha lastnya ke blog jela kite menulis..tahniah kak! why sinopsis die dah menarik hati ni..haippp macam kena ada satu je ni
ReplyDeletehuhu boleh je nak menulis lagi tu sis ;)
DeleteHehe terima kasih kalau rasa menarik ;)
OMG kak Syaz!!! you did it again!! Alhamdulillah!! Tahniah yaaa :)
ReplyDeletetahniah kak syaz...
ReplyDeletetahniah syazz!!!! walau bukan macam penulis2 lain, tapi syaz juga ada gaya penulisan syaz yang tersendiri tau! jangan rendah diri!
ReplyDeleteTahniah Syaz !! teruskan menulis selagi masih lg mampu berkarya. hehe
ReplyDeleteTahniah! Teruskan usaha menulis tanpa jemu.
ReplyDeletetahniah
ReplyDeleteteruslah berkarya
Tahniah atas terbitan buku kedua kak syaz!! Semoga terus ada idea untuk berkarya!!
ReplyDeleteTahniah syaz! moga terus berkarya ye! shida sokong dr belakang <3
ReplyDeletetahniah ye. teruskan berkarya lg.
ReplyDeleteterima kasih share..
ReplyDeletebengkung
kurus
persediaan bersalin
kencing manis
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)