Zaimi 35!

 Tahun ni sambut birthday zaimi lewat sikit, sebabnya hari birthday dia tu, aku kena masuk kerja dari pagi-pagi buta sampailah maghrib baru balik..huhuk

Jadi, aku roger dekat aku punya favorite baker, suruh tangguh kek tu ke hari esoknya.

Buat lek buat pis je masa tu, mesti zaimi pelik kenapa tahun 2020 aku tak belikan dia kek macam selalu 😜

Gambar lama


Untuk tahun ni, aku minta baker tu buat daddy's cake lagi sekali.

Baker tu pun bagi cadangan, dia nak buat kelainan, dia nak buat kek muka zaimi.

Seram jugaklah aku masa tu, kot-kot tak jadi kan hahaha!

Sampai je masa yang dijanjikan, maka kek pun sampai..


Tadaaa!

Memang puas hati daku!
Yeayyy!

Anak-anak pun menjerit-jerit seronok sebab kek tu muka ayah dia haha!


Cayalah!
Hebatlah baker tu!

Sama kan?
Hehehe..


Bergambar untuk kenangan, seperti biasa 😍



Anak-anak pun nyanyilah lagu happy birthday kat ayah diorang.
Masing-masing tak sabar nak makan kek muka ayah hahaha

Oh abaikanlah rak sudut tu yang tak terurus dengan bekas-bekas biskut 😂



Selain kek, aku beli Nasi Ayam Golek Bro, seperti biasa melalui Food Panda.
Selalu dah beli Ayam Golek Bro ni, tapi tak pernah beli sekali dengan set nasik dia.

Bila try, serius rasa berbaloi ya amat!
Sesiapa area Seremban Senawang, trylah Ayam Golek Bro ni, dahlah ayam dia 1/4, harga below RM10.
Kadang kedai nasi ayam lain, kalau dalam Food Panda, harga mahal, ayam sikit, nasik sikit!

Eh emo pulak aku haha!


Happy kiddos!


Gambar berdua wajiblah ada kan 😘
Semoga terus kuat bersama kami ya ayah!


💖💖

Post a Comment

22 Comments

  1. selamat hari lahir kpd zaimi. muda bangat sih... abe kie ni dah 47 thn. dah kertu pun..

    ReplyDelete
  2. Hbb Zaimi.
    Sayang nak potong muka dia kat kek tu

    ReplyDelete
  3. Happy birthday untuk husband kak syaz. Wahh comelnya kek. Terbaik baker boleh buat kek lukisan tu. Ada rupa.

    Ayam golek bro memang sedap. Selalu beli sekor. Tak pernah lagi beli nasi dan gunakan service food panda. Nanti nak cuba nasi dia jugaklah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah, akak pun selalu singgah beli kat sana terus. Kena cepat kan, sebab dia cepat nau habis 😂

      Delete
  4. Kek perasa apa itu? Nasib baik gambar jadi.
    Ingat suami Syaz January baby tadi.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak. Selamat Hari Jadi kepada suami kak. Semoga di beri kesihatan yang baik dan di murahkan rezeki selalu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, terima kasih atas doanya...amiinn...mga Allah makbulkan :)

      Delete
  6. Wahhh lawa kek tuuu.. jadi sayang nak potong!!

    ReplyDelete
  7. ooo sebaya rupanya ya... selamat hari lahir ke 35... mudah-mudahan melimpah ruah rezekinya dan sentiasa dibawah rahmat-Nya... aminnn

    ReplyDelete
  8. kira bulan ni anak2 dapat mkn 2 kali kek yg besaq la ye..syokk la depa ^_^

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.