Premium Kurma Sejok | Top 10 Gambar Misteri WhatsApp Minggu ini #4

Minggu ni tak banyak sangat gambar whatsapp yang misteri haha

Kebanyakan gambar whatsapp minggu ni berkaitan kerja dan hal ehwal sekolah anak.
Kiranya taklah begitu misteri.

Adalah beberapa gambar juga walau tak banyak.
Jom tengok!

#1

Kurma Sejok Premium.
Aku download sebab aku pelik.
Kurma sejuk?
Kurma yang dibekukan?

Like why nak bekukan kurma?
Sebab untuk longevity buah kurma ni, selalunya akan guna method drying saja.

Yang guna method freezing ni selalunya yang daging, ayam, sosej..

Mungkin juga ini produk aiskrim kot.
Entahlah sebab infonya pun  sikit dalam group WhatsApp tu. 

Jadi aku pun search sikit.

Rupanya bagus konsep Premium Kurma Sejok ni.
Dia pastikan kurma tu dalam bentuk asal, iaitu buah yang segar.

Lazimnya yang selalu makan kurma segar ni yang pernah ke tanah suci.

Lebih lanjut boleh baca sini

#2

Essential oil punya diffuser.
Comel betul diffuser dia bentuk burung hantu 🤩
Siap ada beg pun bentuk burung hantu.

Kalaulah harga dia tidak kayangan mana, rasa nak sambar jugak.

Tapi buat masa ni kita berangan je lah dulu 😂


#3

Poster iklan pengambilan calon guru tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ada 2 program.
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) untuk ambilan Jun 2021 bagi pelajar lepasan SPM 2018, 2019 dan 2020.

Program kedua pula adalah Program Pelajar Cemerlang Ke Luar Negara untuk ambilan tahun 2021 bagi pelajar lulusan SPM 2020.

Bestnya!


#4

Dan last week juga memang banyak sangat dapat gambar sempena Hari Wanita Sedunia.

Jadi download lah 1.
Ada petikan kata-kata dari Ustazah Asma Harun.

Selamat Hari Wanita Sedunia pada semua wanita!


#5

Hukum main duit kutu.
Dari dulu lagi macam-macam versi hukum main duit kutu ni.

Jadi, kita ambillah yang baik, kita akad lah masa main kutu.
Hee..

#6

Ini pula adalah gambar elektron mikroskop.
Colleague yang tengah sambung phD send gambar ni kat group kerja.
 Tertarik nak rupa elektron mikroskop ni yang terkini.


#7

Cincin Daun Ketum ke Daun Kari entah.
Ada kawan share dekat group.
Cadangan sebagai hadiah persaraan seorang pensyarah sini.
Haha!

Cute kan.
Tapi masa tu ramai yang tak setuju.
Sebab, cincin ada pattern ni subjektif minatnya dalam seseorang.

Diorang prefer beli yang simple tapi padu je 😁


#8

Download sebab rindu nak tengok tart nenas.
Aci tak?

Hahahaa


#9

Gambar ni pun dari group yang bincang pasal persaraan kawan tu.

Duk tunjuk kata emas DSV besar-besar.

Seriously takut menengoknya hahahah

Kalau DSV, orang yakinlah kot tu emas betul.
Kalau aku yang pakai besar dan banyak macam ni, silap-silap orang tak percaya pun tu emas, diorang kata fake kot 😂


#10

Voluminous Hypercurl Mascara Nurraysa.
Aku tak pernah pakai.
Tapi ramai kata dia betul-betul senang nak tanggal.
Kalau cap lain kan kena pakai make up remover.

Tapi kalau yang senang tanggal ni, dia ada tak kemungkinan akan cair ya?

I mean, tengah jalan-jalan tetiba mata comot sebab dia cair?

Ada sesiapa pernah pakai?
Boleh share pengalaman?
😁

Ok tu je gambar dari whatsapp minggu ni.
Stay safe semua 💕
 

Post a Comment

14 Comments

  1. Essential oil punya diffuser tu harga kayangan sangat, teringin jugak tapi tak mampu lagi hahaha.
    Sedap pulakk tart nenas tuuuu, menggoda hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, tart nenas memang top kuih hari raya hahaha

      Delete
    2. Betullll hahahaha, memang habis awal lah tart nenas tu. Pantang nampak, mesti makan hahaha

      Delete
  2. Diffuser tu mmg harga kayangan..akak pun cuma mampu dok berangan ja nak beli

    ReplyDelete
  3. Banyak pulak cerita dia hari ini sampai kita tak tahu nak komen yg mana satu

    ReplyDelete
  4. essential oilnya tu kayangan juga,..kumpul duit beli diffuser...sekali nak beli eo nya bercinta juga..hihihi

    ReplyDelete
  5. Essential oil punya diffuser ni aim lama dah tapi harga dia tak mengizin kan utk dimiliki lagi haaha

    ReplyDelete
  6. kurma... tart... Tanda ramadan dah dekat ni... hehehe

    ReplyDelete
  7. menarik kurma tu. boleh beli buat stok untuk bekalan puasa :)

    ReplyDelete
  8. bkn dengki tgk dsv pakai emas bsr2 mcm tu tapi serammmm... org sekrg mata melilau esp yg ada niat x baik tu. nauzubillah..

    ReplyDelete
  9. tak lama lagi banyak gambar kuih raya ngan baju raya la plak kan

    ReplyDelete
  10. tgk dsv tu..aduhai seriau..pkai semua besor2 xde yg kecil..risau kat dia..huhuu

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.