Kecewa dengan servis Poslaju di Ikobana

Kecewa.
Entahlah mungkin sebab aku yang salah pilih courier yang tersenarai dekat Ikobana ni.

Ikobana ni, dia adalah one stop center untuk semua courier.

Kiranya dekat kawasan rumah aku ni, Ikobana ni kira paling dekat lah.

Selalu kalau aku nak pos apa-apa, aku akan pergi dekat J&T pekan Senawang tu.

Tapi nak dijadikan cerita, masa hari aku day out dengan ayu tu, hari hujan lebat masa ngam ngam aku nak turun kat J&T tu.

Parking pun tak ada, kalau ada pun jauh. Nak heret ayu, hujan. Nak tinggal ayu dalam kereta, jauh sangat. Bahaya!

Jadi, aku pun teruskan pemanduan pergi ke Ikobana ni je. Selalu tengok aje, tak pernah cuba pun.

Masuk je dalam tu, bagitahu la nak pos guna J& T, staf kaunter dia kata tak ada J&T. Yang lain adalah.

Tu dah frust dah.
Salah satu sebabnya, aku dah submit consignment note dekat apps J&T. Tak apalah, sebab nak pos jugak barang dekat mak, aku pun proceed dengan Poslaju.

Nak dijadikan cerita, aku berharap yang barang aku akan gerak petang tu la, since masa tu pun baru pukul 3 lebih, paling lewat esoknya la kan barang tu gerak.

Gigihlah aku asyik cek tracking system, sebab aku pos hadiah kat mak. Aku beria-ia tunggu barang tu sampai kat mak.

Dua hari berlalu, barang aku masih tak ada dalam sistem. Jadi aku call lah Ikobana ni dalam pukul 10 pagi, dua hari lepas aku drop barang.

Orang yang angkat tu kata, barang aku tu masih ada kat premis dia. Poslaju tak pick up lagi.

WHAT...??

'LAJU' NYAAAA POS ITU! 😠

"Staf kaunter saya tak bagitahu ya? Yang Poslaju memang lambat. (Ironynya). Selalu yang cepat macam xxx, yyy, hhh"

Bibit-bibit amarah dah bertunas dah, tapi aku masih cool bila orang yang jawab phone tu kata, poslaju tu janji nak pick up 'kejap' lagi.

Tapi, lepas asar aku track, masih tak ada dalam sistem weh!

Pukul 5, aku terus start kereta, pergi Ikobana tu.

And surpriseeeeee!
Barang aku masih tak pick up.

Staf kaunter tu kata mungkin esok.

Haih, kalaulah aku ni tak waras, rasa aku dah tempeleng anak orang. Nasib baik aku masih mampu rasional, sambil menampar angin je, aku pun minta balik barang tu. 

Aku siap cakap, duit yang aku dah bayar tu tak payah pulanglah. Aku malas nak panjang2 cerita, which is patut aku mintakla duit balik kan? Haihh..

Terus pergi J&T, terus pos semula. 
Dah bahagia dah barang aku tu dalam perjalanan.
Yang penting, dia ada dalam sistem.
Siap boleh tengok peta lagi dalam apps J&T tu tau!


Aku sebenarnya tak tau lah siapa yang salah.
Mungkin salah poslaju la kot, patut pick up la cepat barang kat situ.

Adalah sebabnya orang guna poslaju.
Sebab nak barang tu sampai lajulah.

Kalau nak lambat-lambat, baik aku latih burung gagak dekat rumah aku ni je, bila dah cukup gagak tu berguru dengan aku, boleh aku ikat barang kat kaki dua, suruh dia terbang hantar kat mak.

Ke Ikobana tu yang tak roger poslaju ke, tak tau lah. i hope not. Aku tengok review pasal Ikobana ni ok ok je semua.

Haih tu aje lah bebelan aku yang noob pasal one stop center courier ni.
Agaknya orang lain semua dah tau, kalau pos situ guna in poslaju, dia lambat sikit ke apa kan. Aku je bising-bising.

Hmmm..

Post a Comment

23 Comments

  1. Teruknya service dia. Kalau saya pun, saya marah dan bengang jugak. KIta dah excited pos barang dekat orang, eh dia boleh tak pick up lagi barang kita.

    ReplyDelete
  2. Isk patut minta duit balik. Kalau akak mengamuk dah.

    ReplyDelete
  3. Sabar kak. hehe. Jika kawasan Naim J&T ada masalah cikit walhal Pos laju cepat plak haha. ia individu yang bekerja sama kot. haha

    ReplyDelete
  4. Kalau urgent jgnla harap pos laju..lagi2 time bulan puasa nk dekat puasa..mmg jadi xlaju huhuu..setakat ni J&T mmg laju dan tdk mgecewakan :)

    ReplyDelete
  5. pos laju mmg xlaju syaz..pos biasa lagi laju kut

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak PI, geram betul saya sebab dia tak datang pick up

      Delete
  6. jangan tempeleng2 kak... nanti viral plak mcm kes abg food panda tu

    ReplyDelete
  7. iskkk.. kalau i, i mintak duit balik.
    xkesah salah salah ikobana ke, pos laju ke.

    dua dua salah je bg i.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, bila dah balik baru macam nyesal tak minta duit balik haha

      Delete
  8. boleh pula dia buat peram barang tu. patutnya minta balik je duit tu..

    ReplyDelete
  9. Motiff dah x laju?? org xde, ramai berhenti ke apo.. haizzz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..kena tukar nama kot, 'pos tak berapa laju lah kak"

      Delete
  10. bengang kan kalo servis mcm siput.. ni dh mcm apa langsung x amek

    ReplyDelete
  11. serious sakit hati klu bayar mahal, ckp post laju ..tapi lepas dua hari pun still tak masuk dlm system!

    ReplyDelete
  12. Sampai datang semula pun barang tak post lagi. aiyaa..susah juga jadi orang tengah ni. Ini baru satu aduan, kalau banyak aduan macamana lah dorang hadap. Pasni memang takyah dah guna service dorang.

    ReplyDelete
  13. kak...poslaju memang lambat gilaa terutama kalo pos ke sarawak..saya pos kurma dekat mak 9hb, sampai hari ni masih tak sampai...adehhhhhhh

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.