Cerita dua minggu lepas.
Alang-alang hantar abang-abang pergi taekwondo, dari duduk melanguk je, kitorang 3 beranak pun pergilah ke Pak Teh Satay depan Giant Kuala Pilah tu.
Kebetulan kedai Amira Nabila tu tutup, jadi memang tak ada oranglah.
Cantek!
Boleh bawak ayu dine in.
Apa kaitan dengan orang kenit?
Ayu la si kenit tu!
Hahaha!
Hari tu, sibuk benar dia nak pakai tudung yang Kak Dana bagi kat dia tu.
Nampak macam ostajah kecik je dah, tudung labuh sampai ke punggung 😂
Dia kalau kena angin dia nak melaram tu, macam tu la dia.
AKu layankan aje la.
Bagi dia happy kan..
Ni la rupa Pak Teh satay tu.
Mantap weh rasa dia!
Dahlah saiz dia besar jugak.
Ayam 0.80, daging rm1.
Kalau kat senawang, ayam pun dah rm1.
Sobs..
Si ayu ni, masa nak makan kami bukak kan tudung labuh dia tu.
Karang habis kotor, dia makan dahlah comot!
Beria lah pose nak tangkap gambar 😂
Disebabkan kedai Amira Nabila tu tutup, maka PakTeh Satay tu kena lah buat air sendiri.
Tapi tak banyak choice la.
Jadi orderlah teh o je.
Not bad jugaklah, walau owner dia asik repeat kata dia tak pandai buat air.
Haha!
Oh by the way tu bukan janggut.
😂
27 Comments
comel jer ustajah ayu
ReplyDeletehihihi
Deletecomel si kenit tu. Nak juga bergaya macam omak eh. Okay baik nanti boleh cuba try sate situ kalau balik pilah..rajin gak ke Giant tu tapi siang hari pulak perginya.
ReplyDeletehihi..dia lepas asar macam tu dia dah start set up kedai dia dah :)
DeleteSi kenit comey..
ReplyDeleteTgk dr belakang mmg mcm kenit sebab tudung labuh sgt kot.
Sdap nya sate
aah, labuh sangat sebenarnya tudung dia tu hehe
Deletesatey kalo mahal tapi isi ciput sekali ngam je., huhuhu sedih je kannn.,
ReplyDeletebetul tu wak lat, rasa sayang kat duit hahaha
DeleteItu cinonet! hehehe
ReplyDeleteahahaha!
Deletehahaha. "Bukan janggut" - zaman Covid kita semua kena pakai mask apabila keluar rumah. Saya pun time makan di kedai makan, malas nak buka mask, turunkan saja letak bawah dagu walaupun kalau ikut SOP KKM, cara tu salah.
ReplyDeletehihi..lebih2 lagi masa ni saya pakai mask yang direct sangkut kat telinga
Deleteigt btl la ada org kenit..hihi
ReplyDeletehahaha!
DeleteAduh, ternampak gambar sate terus terasa lapar. 😋😋😋
ReplyDeleteooppss sorry :P
DeleteBagusnya sicomel ni...belajar2 menutup aurat dari kecik lg
ReplyDeleteinsyaallah, saja nak try2 ajar sikit2 hehe
DeleteHai si kenit yang conel!
ReplyDeleteBoleh aunty minta satu cucuk sate ayam? Sedapnya!
hihi meh sini aunty!
DeleteComel sambil makan satay tu, boleh bagi dekat abang Naim sama. hehee
ReplyDeletehihi boleh2, meh sini hahaha
Deletecomel sgguh org kenit ni..bila la dpt jumppa dia..hehee
ReplyDeletecomel je Ayu posing..ostajah kecik..hihi..
ReplyDeleteHi Si Kenit!!!
ReplyDeletehahah dah boleh buat selimut dah tudung tu dgn dia
ReplyDeletecomelnya orang kenit tu! hahahahha!
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)