BOH Tea Centre Sungei Palas | 22 Ogos 2019 | Throwback Thursday

Sesi throwback kali ini, mari terbang dengan mesin cahaya masa ke 2019.
Masa ni kami bercuti ke Cameron Highland.
Merata-rata pergi masa bercuti waktu ni.

Antaranya ke BOH Tea Centre Sungei Palas ni lah.

Alkisah, masa ni kami menginap dekat rumah peranginan kerajaan tu.
Nantilah, pasal rumah peranginan ni boleh buat entry lain hehe.


Berbalik pada BOH Tea Centre Sungei Palas tu, lokasi dia tak berapa jauh pun sebenarnya dari jalan besar. Cuma jalan dia memang sangat jalan pergunungan.

Berliku-liku dan sempit ya amat!

Memang tak keluar kamera ambil gambar pun masa dalam kereta, seram baq hang!

Jadi, lepas menempuh jalan yang horror tu, akhirnya sampai dekat kawasan perumahan estet.
Ada kedai-kedai kecil, rumah-rumah, ada kuil, dan ada sekolah.

Memang kira penempatan orang sana lah.

Jadi untuk ke BOH Tea Centre tu, lokasi dia memang tinggi.
Kereta tak dibenarkan untuk parking dekat atas.
Jadi, diorang memang buka kawasan parking sebelah sekolah kecil tu.

Park lah situ ramai-ramai, lepas tu mendakilah naik ke atas.
Ramai yang daki dengan cara naik tangga lah.

Tapi elok je kami nak mula mendaki, ada seorang brader tu bagitau yang kereta boleh naik, tapi untuk drop passenger je.

Apa lagi, terus zaimi suruh masuk kereta balik!

Dia hantar aku, ayu dan amir ke atas.
Lepas tu, baru dia turun dan park semula kereta dekat dataran sebelah sekolah tamil tu.

Lega aku tak payah mendaki ahahah!


Aku pun bawaklah anak kecik dua orang tu, cari tempat duduk dekat cafe dia dulu sementara zaimi dan adam sampai dari mendaki.

Di gambar atas ni, kalau beliak mata tengok betul-betul, boleh nampak zaimi dan adam tengah on the way nak naik tangga.
Yang bumbung biru di penjuru kanan atas gambar tu lah sekolah yang aku cakap tadi.


Ayu dan amir yang sabar menanti.
Nasib baiklah dua-dua tak nak melasak masa ni.



Bila zaimi dah sampai, dia tak setuju dengan meja yang aku pilih haha!
Katanya tak ada view.
Gittew..

Ye lah, bukan selalu minum teh atas gunung kan ahaha!
Jadi pindahlah meja.
Ingat nak duduk dekat kawasan beranda tu, tapi meja semua full.
Memang meja-meja yang menjadi rebutan lah kat situ.



Belilah set air teh dengan roti dan kek.
Roti tu apa entah namanya, tapi memang kenyang betul lepas makan weh.



Adik ayu tak berapa nak makan, dia kitai-kitai je roti yang kitorang bagi dekat dia.
Sejuk agaknya, hilang selera ayu.


Yang amir memang kaki makan, segala makanan dan minuman atas meja, semua dia cuba.
Semua dia makan.
Kuat betul dia makan masa ni.

Sekarang ni aje dia dah mula kurang makan.
Dah tak montel macam ni dah huhu.



Tengoklah betapa ramainya orang.
Bestnya musim sebelum covid kan.
Orang ramai macam mana pun, ok je.


Lepas siap makan, pergilah dekat anjung beranda tu sekejap.
Pemandangan memang awesome sangat.
Nyaman je angin bertiup.


Alang-alang dah ada dekat centre, memang tak lepaskan lah peluang untuk pergi beli uncang teh yang baru lepas process kan!
AYuh ke kedai!


Tapi dah namanya pun sejuk, sementara nak sampai ke kedai tu, pakat-pakat bergilir pergi tandas dulu hahahaha

Dekat 15 minit jugaklah menanti semua siap buang air kecik kikiki


Ada juga display alat-alat yang digunakan untuk proses teh BOH tu.
Alat yang rare dan jaranglah kita orang biasa ni nak jumpa.



Kalau ikut rancangan, nak pergi masuk dan buat lawatan ke kilang dia.
Ada sebelah centre tu je.

Tapi disebabkan dah petang, trip lawatan pun dah habis.
Tak sempat.

Baru je ingat nak repeat tengok kilang teh, nak tunjuk dekat anak-anak kononnya.
Baru nak brag kata mak dan ayah pernah pergi kilang teh masa honeymoon hahaha


Bergambar je lah.
Itu je lah yang dapat dibuat.



Inilah kilangnya.
Taklah besar sangat, tak kecik jugak.

Bau memang wangilah, dari luar dah bau je daun teh.


Ayu pun cinonet lagi masa ni ha.
Terkedek-kedek anak dara sorang ni mengikut abang-abang jalan hehe.



Teringat masa nak tangkap gambar ni, kami minta tolong satu pasangan yang dekat jari masing-masing merah lagi inainya.

Nampak sangat pengantin baru.

Sempat pengantin tu cakap dekat husband dia, "Nanti kita lepas lima tahun pun macam ni la kot, jenuh mengepung anak"

😂

Pening dia tengok kami duk kepung budak-budak kot.

Mana tak nya, tinggi woi.
Risau juga terlajak lari terjatuh gunung!
Nauzubillah!


Belakang tu lah tempat minum-minum teh tadi.
Abaikanlah kaki aku yang posing tak sempat ready tu ye 😂



Dah puas explore, tibalah masa untuk turun ke kereta.
Mula-mula zaimi suruh tunggu atas, dia nak ambil kereta.

Tapi tengoklah adam dan amir tu ha, dekat situ pun sibuk nak bergaduh.
Aku cakap kita turun je lah sama-sama.

Boleh terus balik je.


Lagipun turun tak sepayah mendaki.
Jadi lutut aku pun tak sengsara sangat.
Kah kah!




Masa siap-siap nak snap gambar, ada amir.
Lepas snap, tengok-tengok, tak ada amir.

Ya rabbi lasaknya anak aku woi!



Tutup mata pun tutup matalah, asalkan view gunung.
Kah kah kah!



Last sekali kena dukung jugak si amir, barulah semua dapat masuk frame untuk selfie.
Eh, wefie.



Itu pun entah apa-apa gayanya entah.
Ayu pulak dah letih.
Dah melepek je masa ni.




Dekat tangga tu juga ada beberapa spot yang dia buat anjung kecil ni untuk ambil gambar.
Walaupun nampak macam tak ada orang, tapi sebenarnya ramai yang tengah tunggu giliran.



Jadi kenalah cepat-cepat.
Walaupun dah habis cepat, zaimi tak sempat nak bergambar.
Sebab dah ada yang masuk dan bergambar.

Malas dah nak tunggu, makanya kami turun sajalah terus.



Dekat permulaan tangga tu, ada papan tanda ni.
Macam penunjuk arah la untuk naik ke atas.


Itulah saja sesi throwback hari ini.
Bilalah nak repeat ni..huhu..

Bila last uolls pergi Cameron Highland?

Post a Comment

15 Comments

  1. pernah jugak menginap kat rumah peranginan kerajaan tu. scary ko, rumah besar dok 3 org jer... sib baek tiada gangguan apa2.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Bila last pegi CH? Tahun 2010 kot, anak no 2 dalam perut lagi :D

    Rindulah nak jalan-jalan kan...

    ReplyDelete
  3. rindu nak ke CH, dah bertahun tak ke sana

    ReplyDelete
  4. Saya pun dah tak ingat, bila kali terakhir ke Cameron Highlands.. Lama dah, masa tu arwah abah masih ada.

    ReplyDelete
  5. Last pergi Cameron Highlands dalam 6-7 tahun lepas. Jalan yang Syaz cakap tu, kami lalu separuh je, pastu patah balik, tak sanggup teruskan, naik kereta lama waktu tu. Takut. Cantik yek, kat atas tu... Nantilah tunggu satu hari, lepas covid dah hilang, boleh pi balik. :)

    ReplyDelete
  6. rindu nya nak g Caneron lagi..
    banyak insiden kat ladnag teh boh ni haha...

    ReplyDelete
  7. Uncle jugak yang tak pernah sampai kat sini... huhuhu

    ReplyDelete
  8. Pernah sampai sini lebih kurang 10 thn lalu, memang kecut perut lalu jalan tu. Kalau tau, takmo naik..haha

    ReplyDelete
  9. 2018 rasanya last gi CH. Rindunya zaman sebelum Covid kan. BOH Tea Sg Palas ni tak pernah pergi. Cam malas nak mendaki. Hahaha

    ReplyDelete
  10. Jaman dulu2 wak pernah naik CH ni
    Ikut bas rombongan.
    Mabuk sampai muntah2 jalan melengkau2

    ReplyDelete
  11. rindunya nak naik Cameron Highland. Syok kalau dapat duduk kat beranda tu makan sambil layan view.

    ReplyDelete
  12. wowww seronoknyaaa. takpernah jejak sana lagi..

    ReplyDelete
  13. hari tu cadang nak pergi CH la..then terjadinya covid

    ReplyDelete
  14. comel jer semua haaa..syaz muda mudi lg masa ni ekekeke ^_^
    rindduuu kan nk jalan2... hurmmm

    ReplyDelete
  15. Walaupun selalu naik CH dulu-dulu.. tak pernah singgah dan jalan-jalan dekat BOH nie..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.