Lepas Satu KPI

Last week check email, dapat emel dari Chief Editor JOA.
Dia kata paper yang hantar hari tu dah published.

Terus whatsapp student yang jadi co-author untuk paper ni.
Send terus salinan paper ni pada dia.
Bolehlah dia guna sebagai nilai tambah dalam CV dia untuk cari kerja.

Syukur dah lepas 1 KPI untuk tahun ni.

Aduh KPI ni kadang-kadang, memang boleh buat kepala berasap.

Tapi kalau pandang dari segi kebaikan KPI ni, dia macam 'drive' kita untuk bekerja dan memajukan diri walau dalam keterpaksaan.

Kalau tak ada KPI, kebarangkalian untuk jadi statik itu sangat tinggi.

Mulai tahun ni, KPI untuk penerbitan dia dah perketatkan.
Goyang jugaklah weh..
Dahlah musim covid ni ha, terkejar-kejar kelas online lagi.

Tak apalah, cuba sehabis baik.

KPI tempat kerja kalian ok ke?

Post a Comment

14 Comments

  1. Alhamdulillah..KPI tempat kerja akk = kena achieve monthly target (group)..kdg2 tak tercapai..huhu..

    ReplyDelete
  2. Tahniah. Menarik tajuk penyelidikan.

    ReplyDelete
  3. ok tak ok tetap kena ok.. hihi

    good luck, Syaz!

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah tahniah. Journal dah published :)

    ReplyDelete
  5. KPI cikgu dipanggil keberhasilan. Tak la setinggi lecturer.

    ReplyDelete
  6. insyallah boleh punya tu syaz

    ReplyDelete
  7. JOA tu apa? Yang uncle tahu ialah Jabatan Orang Asli je...

    ReplyDelete
  8. tempat saya ni belum mula lagi KPI... borang KPI pon tak isi lagi.. harap2 tak payah la KPI2 ni...

    ReplyDelete
  9. Betul tu Syaz.. kalau tak ada KPI memang statik je lah..
    Tahniah Syaz..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah .. Tahniah Syaz

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.