Awal PKP 1.0 | Throwback Thursday

Gambar masa bulan 4 tahun lepas ni.
RUmah pun belum tergerak hati nak deco yang buat accent wall semua tu lagi waktu ni.


Masa ni pertama kali semua orang merasa terkurung dalam rumah sendiri.
Sampai dah bosan anak-anak terperuk dalam rumah.


Lepas beberapa minggu yang asyik tambah 2 minggu untuk lanjut PKP, akhirnya pihak UiTM umumkan kena mulakan kelas secara Online Distance Learning.

Baru kalut nak set up meja dan ruang kerja dalam rumah.

Sebab sebelum covid bagai ni, aku memang tak pernah ada work space kat rumah.

Aku punya pegangan masa tu, kerja hanya di pejabat.
Kat rumah adalah waktu untuk berehat.

Jadi bila kena ada work space, aku pun belilah kerusi office yang selesa sikit.
Jadi masa kerusi tu sampai dalam kotak yang besar ni, anak-anak yang dah kebosanan terperuk je, teruja pulak tengok kotak tu.


Sudahlah masing-masing jadikan kotak tu rumahlah, kubu lah..
Memang berebut-rebut kotak buruk tu.

Tak bagi aku buang pulak tu!


Sampailah akhirnya kotak tu dah makin lemau dan penyet.
Diam-diam aku suruh zaimi buangkan.

Barulah tak sakit mata nampak kotak tu kat tengah-tengah rumah!
Hahaha

Haih..alkisah PKP.

Bilalah nak habis agaknya segala-gala perihal covid ni?

Post a Comment

17 Comments

  1. main kotak pon jadi bagi budak2 ni, at least takde la bosan dok umah time pkp tu

    ReplyDelete
  2. hehe..kreatif, cipta mainan sendiri..

    ReplyDelete
  3. Anak2 dah bosan tahap maksimum dh ..apa ja yg boleh dijadikan objek mainan ...depa gunakan..

    ReplyDelete
  4. Dok dalam kotak takpe... tapi fikiran kena luar kotak! hahaha

    ReplyDelete
  5. hahahahhahahahaha! ingatkan rasa terkurung, tak nak masuk kotak..lagi dibuat main kotaknya ya!

    ReplyDelete
  6. insyallah tak lama lagi tu habisla covid ni syaz, kita doakan lah... akak pun naik bosan dah rasanya...

    kalau kt umah akak, kotak gini yang suka bt main berebut si anak berbulus hehehhe, mula-mula kasi la can buat main last-last buang jugak sebab semak

    ReplyDelete
  7. Kesian juga kadang bila anak anak tak dapat keluar ni. Asalkan dorang happy layankan je lah main kotak pun. Janji tak bosan

    ReplyDelete
  8. Kesian anak-anak di rumah kan. Tak dapat bayangkan tahap kebosanan mereka. Kadang-kadang Kak Amie pun biarkan saja Firdaus nak buat apa. Sudahlah tak ada kawan, mesti stress juga tu.

    ReplyDelete
  9. haha Main kotaak syok juga kadang kadang. Kanak - kanak ni memang sellau kreatif

    ReplyDelete
  10. Duduk dalam kotak tu ada dalam senarai norma baharu

    ReplyDelete
  11. dan satu tahun enam bulan kemudian...keadaan masih sama

    ReplyDelete
  12. hahahahaha boleh pulak berebut kotak tu. Kemain feeling diorang ye

    ReplyDelete
  13. Dah bosan sangatttt niii.. hihi

    ReplyDelete
  14. Syok jugakk main dalam kotak ni hahaha, bila dah bosan sangat kan, kotak pun boleh dijadikan mainan hihihi.

    ReplyDelete
  15. teringat zaman kecik2 dulu , selalu juga main dalam kotak besar dijadikan rumah , memang kenangan sangat waktu itu

    ReplyDelete
  16. lawak laa syaz! semua nk duduk dalam kotak tu hahaa..kpe x dibuang ajer ^_^

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.