Baru perasan yang harini tak update blog lagi.
Kisahnya harini penat sikit sebab semalam pulun siapkan majalah jabatan.
Duduk lepak dengan anak-anak je.
Sambil-sambil tengok Netflix.
Sambil-sambil makan buah.
Buah-buahan ni semua aku beli dekat kedai runcit barang basah yang dalam taman ni je.
Memamg best gilaa sebab selalunya kedai runcit atau pasar mini, jarang jual buah yang fresh macam ni.
Kebanyakan kedai akan fokus pada barang basah je
Tapi kedai ni lain, dia ada juga jual buah-buah yang selalu dijual dekat pasaraya atau kedai buah-buahan je tu.
Dahlah saiz besar, masih segar, elok molek rupanya, plus buah-buahan yang aku beli dari kedai ni semuanya manis elok je.
Paling anak-anak aku suka adalah buah oren seedless tu, ada dua saiz, kadang beli yang L, kadang yang XL.
Epal hijau pun budak-budak ni bedal makan, tak hirau masam ke apa. Asalkan masing-masing dapat makan buah.
Aku? Kegemaran aku semestinya buah pear merah.
Ya Allah punyalah sedap pear merah weh!
Sejak PKP memang lama sangat aku tak dapat makan buah-buah ni, terutamanya buah pear.
Sekali kedai dia ada jual, excited aku!
Ekceli dulu sebelum pkp kedai ni tak top.
Aku pun lebih kerap ke pasaraya dari ke kedai runcit dalam taman.
Tapi pkp telah merubah segalanya haha!
Oh dan yang terpaling best adalah, kedai ni ada delivery. Rasa teringin nak makan buah, atau nak order barang basah lain, tapi malas nak keluar rumah, order je!
Kih kih kih ..
Ok nak sambung makan buah 😄
16 Comments
buah yang saya selalu beli dan selalu ade stok kat rumah adalah epal merah dan buah lai. kadang2 beli jugak buah limau mandarin yang kecik2 tu..
ReplyDeleteBagusnya anak-anak Syaz suka makan macam-macam buah.
ReplyDeletePKP memang banyak merubah kebiasaan kita.
buah buahan sitrus kaya vit c akak pun suka oren tu,
ReplyDeleteepal. hijau kalau beli yg ok sedapp tak masam,laju je akak mkn he hez katanya elok utk darah tinggi, kolesterol
Musim covid-19 di rumah Naim sentiasa topup buah oren utk vitamin c hehe :D
ReplyDeleteSamalah, dah PKP baru berkenalan dengan kedai runcit dan minimart area rumah
ReplyDeletebila dalam peti ada buah-buahan .. automatik rasa sehat jaa. Haha
ReplyDeleteBuah pear merah tu sedap..ranggup,kan..
ReplyDeleteshida pun kat pasar org jual buah sebelah jer hehee..kdg2 mcm hari2 dpt buah free..pear merah xpernah mkn lg syaz!
ReplyDeleteBestnya dapat beli buah fresh dan buah fav. Senang kedai dekat boleh restock selalu. Agaknya sejak PKP ni ramai datang situ. Tokei kedai pun pelbagaikan jualan. Jarang nampak pear merah. Lama gak tak makan buah pear ni.
ReplyDeletebestnya ada kedai jual buah-buahan ni. selalu di rumah ada buah pear, oren & betik.
ReplyDeletesedap juga buahan-buahan fresh ni ,
ReplyDeleteDah lamanya tak beli buah2 impot ni
ReplyDeleteBuah2an tempatan pun tak habis2 lagi.
Sedapnyaaa buah pear!
ReplyDeleteSuka la kedai runcit yang ada jual buah gini, memudahkan kita.. niceeee siap ada delivery yer....
buah oren sedapp buat jus orange
ReplyDeleteha'ah pear merah tu memang sedap, dia tak berair banyak sangat macam pear kuning tu
ReplyDeleteBagus makan buah-buahan ni. Kalau epal hijau selalunya buat jus campur dengan asam boi...minum sejuk2 perghhh sodap. Lai atau pear selalunya layan dengan rojak mam bee. Limau makan gitu kalau manis sedapnya
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)