Selamat Ke Mask KF94?

 Sekarang ni ramai yang dah beralih pada pelitup muka KF94 kan.

Antara sebabnya, dia lebih selesa dipakai dan boleh bercakap dengan tenang sikit dalam face mask KF94 ni. Bonus, rupa dia lebih elok terletak pada muka.


Aku pun tak ketinggalan juga, nak mencuba pakai KF94 ni walaupun facemask medical yang biasa tu masih banyak lagi kat rumah ni.

Dan kalau pakai yang medical face mask tu, selalunya aku akan pakai double dengan mask fabric di belah luar.


Ok, abaikan tudung yang sama tak berubah tu.
Dan berbalik pada pelitup muka KF94 tu, aku beli di shopee, dia tak jual sekotak macam pelitup muka biasa tu, dia jual dalam peket 10.



Korean premium face mask katanya.
Ada banyak pilihan warna, aku bwli yang warna biru. Jika ikut dari penerangan belakang peket tu, pelitup muka KF94 ni ada empat lapis.

Ada jenis biasa, tapi aku beli yang double loop.
Sebab aku malas nak pakai penyambung face mask tu. Jadi kalau jenis ni, dia terus boleh sarung je.



Lepas pakai, aku pun try tiup tapak tangan.
Memang tak rasa langsung sebarang angin.

Dan berbalik pada persoalan di atas tadi, betul ke penggunaan face mask KF94 ini selamat?

Ada kajian ke?

Jawapannya ada!
Mengikut kajian dari Min-Chul Kim et al. (2020) yang bertajuk Effectiveness of surgical, KF94, and N95 respirator masks in blocking SARS-CoV-2: a controlled comparison in 7 patients;

(Ringkasan dari kajian dia 👇)

Kaedah: 
Pesakit yang dirawat di hospital dengan jangkitan SARS-CoV-2 diarahkan batuk masing-masing sebanyak lima kali sambil memakai; (1) tanpa topeng, (2) topeng pembedahan, (3) topeng KF94, dan (4) topeng N95. 

Batuk dipisahkan selang 20 saat, dan pesakit diistirahatkan sekurang-kurangnya 5 minit. Virus SARS-CoV-2 pada sampel pesakit (iaitu calitan dari nasofaring dan air liur), piring petri yang diletakkan di hadapan pesakit semasa batuk, dan dari swab permukaan luar dan dalam topeng dianalisis dengan kaedah PCR.

Hasil: 
Sebanyak 7 pesakit dengan jangkitan SARS-CoV-2 mengambil bahagian dalam ujian topeng. SARS-CoV-2 dikesan pada piring petri setelah mereka batuk dalam 3 daripada 7 kes iaitu dari pesakit yang menggunakan topeng pembedahan atau tanpa topeng. 
Zarah virus tidak dijumpai di dalam piring petri setelah batuk ketika memakai topeng N95 atau topeng KF94. Namun begitu zarah virus dikesan di permukaan dalaman dan luaran topeng pembedahan, zarah virus hanya dapat dikesan di permukaan dalaman topeng N95 dan K94.

Kesimpulan: Topeng pembedahan kurang berkesan dalam menyaring zarah virus dari pesakit batuk dengan jangkitan SARS-CoV-2. N95 topeng dan setara dengan berkesan menyekat zarah SARS-CoV-2 daripada pesakit batuk.

+++

Selamatlah maksudnya, insyaallah 😊





Post a Comment

18 Comments

  1. Teringin juga shida nk beli tp memandangkan duk ada 3 kotak facemask jovian tu..kd bawa bertenang dulu 🤣🤣

    ReplyDelete
  2. Aantara mask pilihan kak SA..Senang, selesa dan trendy

    ReplyDelete
  3. baru beli sekotak lagi yg jenis surgery mask tu..
    nanti kita masuk shopee

    ReplyDelete
  4. Betul, lagi selesa pakai KF94 ni. Terletak elok je dan takde ruang yang terdedah. Senang pakai jenis headloop tanpa face mask extender.

    ReplyDelete
  5. akak suka pakai mask k94 sebab tak payah pakai double mask... nak bercakap pun lebih mudah gitu... sebab bahagian mulut tu dia kedepan sikit

    ReplyDelete
  6. BEtul tu dah ramai beralih ke KF94 tak pun KN94.
    Mrs.A sikit hari lagi kot huhuhu...

    ReplyDelete
  7. syu pkai kn95. xpernah lg pkai kf94.

    ReplyDelete
  8. Siap bagi link rujukan.... Mantap!

    (Kalau syaz tak bagi link pun uncle percaya bbulat-bulat je...)

    ReplyDelete
  9. Ada terbeli juga face mask K94 . Memang sangat selesa pakai ada juga sedikit ruang nak bernafas

    ReplyDelete
  10. PC masih lagi pakai double. Stok facemask biasa tu ada banyak lagi la pulak.

    ReplyDelete
  11. wak pakai facemask yg murahan je., huhuhu

    ReplyDelete
  12. belum terjebak lg he hee
    nak abiskan stok mask yg byk beli dan dpt dari boss

    ReplyDelete
  13. Ada...tapi masa tu saja try..so beli jenis earloop..nanti cari headloop punya pulak.huhu

    ReplyDelete
  14. sy skrg mmg dh brp kali order dr shopee kf94 ni.. dh ada pelbagai warna dh... dlu ms mula try beli yg warna putih je... skrg boleh dh ikut tema kaler baju.. haha

    ReplyDelete
  15. cantik2 la design dan color dia. bagus ada experiment macam tu surgical mask mmg tak sesuai utk avoid virus

    ReplyDelete
  16. Berapa harganya tu..akak dok pakai yg biasa2 ja beli ot farmasi

    ReplyDelete
  17. Aduh.. Sha pun nak beli juga sebenarnya tapi tu lah, facemask yang bias tu masih banyak stok.. hehehe

    ReplyDelete
  18. sy tggu mask lama ni habis baru nk beli mask KF94 ni. sbb tgk mcm best je heheh

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.