Emak Dah Macam Jellyfish

Awal tahun hari tu, aku ada belikan ayu satu LCD Drawing Tablet.
Bukan setakat ayu lah, memang tiga-tiga beradik ni asyik guna je tablet tu untuk melukis.
Bateri dia tahan lama jugalah, sebab sampai ke hari ni, bateri dia elok je lagi.

Kelmarin Ayu datang masa aku sudah solat maghrib.
Tersenyum-senyum dia bawak tablet tu.

"Mak, ayu kan, ayu lukish mak pakai liftip,", dia kata.

Dia lukis aku pakai lipstick dia kata.

Lepas tu dia hulurkan tablet tu.

Ada lah jugak nampak macam muka kan yang atas tu. Bahagian bibir tu dia tebalkan sebab itulah lipstick aku kononnya haha!

Lepas tu aku tanyalah, kenapa ada dua helai rambut aku terlebih ke bawah.

"Mak ni, tu bukan wambut. Tu kaki mak lah"

Ya Allah.. kurus dan halusnya kaki omak eh!
Sekali pandang dah macam obor-obor!

Hahaha!

Jadilah nak, asalkan nak juga kamu mencuba 😁

Post a Comment

17 Comments

  1. Hahahah sekali pandang ammi ingat yg 'kaki' tu air liur meleleh

    ReplyDelete
  2. Aduhhhh.. nanti lukis aunty eh, lukis bentuk bintang tau, nampak la ala2 tapak sulaiman. Aunty kan suka jadi tapak sulaiman 😜

    ReplyDelete
  3. Bagus ada gajet macam ni. Dapat asah kemahiran melukis.

    ReplyDelete
  4. Acik ingat badan mama tu Ayu :D
    Nampak menarik drawing tablet ni Syaz. Anak2 boleh asah kreativiti melukiskan...

    ReplyDelete
  5. lagi mudah lukis guna tablet ni , takde nak membazir kertas

    ReplyDelete
  6. Mengasah kreativiti anak-anak. Jadi lah dari takde..

    ReplyDelete
  7. hahahhaha... buleh la tu ayu oi, omel emaknya versi obor-obor

    ReplyDelete
  8. amboiiii kurusnya mak nak oiiiii hehehe

    ReplyDelete
  9. lukislah ayu xpa asal jadi maksudnya

    ReplyDelete
  10. ini lukisan abstract... hanya pelukis sahaja yang faham..

    ReplyDelete
  11. kurus dan panjang kaki Mak, dah macam model. hehe

    ReplyDelete
  12. kreativiti anak2..bagus ada tablet mcm ni..

    ralit tengok jellyfish..

    ReplyDelete
  13. Pandangan di luar kotak ni. Lain macam rupa omak eh. Tulah tu nampak macam Jellyfish. Apapun lukisan Ayu tetap comel. Ada seninya :)

    ReplyDelete
  14. Halah.. halah.. comelnya lukisan Ayu.. hehehe

    ReplyDelete
  15. Hahahaaa..bagus ayu..tp kaki mak tu tebalkan skit mcm bibir tu haaa ^_^

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.