Kenangan Mencanting Batik di Bazaar Teruntum Kuantan | 15 Disember 2018 | Throwback Thursday

Kisah 2018 dulu, masa awal-awal parents aku berpindah ke Kuantan. Rasanya ini adalah kali pertama kami balik ke Kuantan selepas perpindahan mak dan abah. Jadi, abah ajak kami pergi ke Bazaar Teruntum untuk jalan-jalan. Aku memang tak berapa familiar dengan bandar Kuantan ni. Sebab memang aku jarang sampai ke Kuantan sebelum perpindahan mak dan abah ke sana. Jadi, bila abah ajak jalan-jalan ke sana, aku on je lah.  Why not kan?

Dekat Bazaar Teruntum tu ada medan selera, dan ada kedai-kedai yang jual produk tempatan dan IKS. Ada jual chocholate home made, ada jual sambal hitam pahang, ada juga jual kain batik, baju kaftan dan macam-macam lagi. Dan di pintu masuk dia, ada kiosk yang jual lukisan-lukisan. Kiosk tu juga ada tarikan dia, iaitu hanya dengan RM10, kita boleh duduk situ dan mencanting / mewarna lukisan di atas kain menggunakan konsep batik.

Inilah hasilnya yang adam buat masa kami ke sana waktu tu.

Abah dengan mak memang dah pernah perasan yang kiosk tu ada buat benda ni. Patutlah beria-ia diorang nak bawak cucu-cucu dia ke sini. Ada udang di sebalik mee haha! Jadi sebaik je kami sampai dekat situ, memang kiosk tu lah yang ditujunya dulu!

Ada banyak lukisan atas kain yang kita boleh pilih untuk warna. Lukisan tu dia lukiskan dulu siap-siap menggunakan lilin. Jadi bila kita warnakan dekat pewarna batik tu, lilin tu lah garisan lukisannya, sebab dia kalis air.


Adam pilih gambar ikan dalam laut. Masa ni amir tak nak buat. Biasalah dia, kalau dekat public, dia akan malu terlebih. Jadi adam aje lah yang buat dulu. Tuan kiosk tu pun dia tak tinggalkan pelanggan dia terkontang-kanting begitu je. Dia siap ajar dulu teknik mencanting tu (melukis corak pada kain dengan canting) dengan betul. Walaupun sekadar mewarna kain yang dia dah canting je. Dia explain detail jugaklah.


Kalau yang aku ingatlah, dia kata, mula-mula ambil pewarna dengan berus. Letak dekat bahagian yang kita nak warnakan. Kemudian, ambil berus lain, celup pada bekas yang berisi air kosong. Perlahan-lahan, letakkan berus yang basah dengan air kosong tu atas pewarna yang kita dah letak tadi. Nanti pewarna tu akan terserak secara meresap ke dalam kain yang kita nak warnakan. 


Jadi, pewarna tu akan membuatkan bahagan yang kita warnakan tu jadi ada gradient dalam warnanya. Proses nak mewarnakan tu makan masa juga dalam beberapa minit, tapi seronok! Amir yang asalnya tak nak cuba pun, slowly buat jugak.

 

Ayu masa ni baru 7 bulan lebih umurnya. Jangan kata nak ikut mewarna batik, nak berjalan pun tak boleh lagi. Mak pulak sebab dah lama tak jumpa cucu, memang tak dilepaskanlah ayu tu. Dikeleknya ke sana ke mari. Tapi dah kata pun baby kan, tengah sedap-sedap tengok abang-abang dengan maksu diorang mewarna, tiba-tiba dia buang air besar pulak. Tak pasal-pasal aku dengan mak kena uruskan dia dekat tandas ahaha!



Memang leka lah semua duk tengok adam mewarna. Amir sekejap join, sekejap ajak tokwan dia jalan-jalan pusing-pusing Bazaar Teruntum ni. Aku pun teringin jugak nak try masa ni kikiki.



Bila dah siap, owner kiosk tu tuliskan nama adam dan tarikh dekat bahagian bawah kain yang adam warnakan tadi. Alang-alang tu, bergambar kenangan bersama owner dia jugak.



Kami ada juga beli dua lukisan kain tu, untuk buat dekat rumah. Beli sekali dengan set mewarna dia. Dia ada bagi 5 bekas kecil pewarna tu. Kali ni, amir yang pilih nak lukisan gambar apa. Dia pilih ketam dan rumah kampung. Bila dah sampai senawang, ada satu hujung minggu tu kami buat pula aktiviti tu anak-beranak. Tapi itulah, masa buat dekat kiosk tu lawoo je. Bila buat sendiri dekat rumah, macam tak berapa nak gradient pulak hahaha!




Tak kisahlah, asalkan anak-anak happy bila buat aktiviti mewarna batik ni kat rumah. Bukan selalu boleh buat aktiviti seni macam ni. Sebab mak dan ayahnya ni bukan jenis orang berseni, memang tangan keras kejung bila bab-bab seni ni. Mungkin tu lah faktor gradient tak berapa menjadi tu ahahah!


Jadi tiga lukisan batik tu, aku letak di rak buku tingkat atas rumah saja sekali dengan barang-barang lain. Rak buku serba boleh namanya. 😂 Insyaallah ada rezeki nak pergi juga ke Bazaar Teruntum ni nanti. Lama tak pergi sebab covid-19 kan. Kiosk tu pun tak pastilah ada lagi ke tidak dekat sana. Huhu..

Post a Comment

17 Comments

  1. Nampak muda belia ayahanda dan bonda...:)..

    ReplyDelete
  2. menjadi teknik mewarna batik yg adam buat tu. nampak sebijik macam kain batik...

    ReplyDelete
  3. Arwak kakak no 3 pengusaha batik kt kelantan..kalau akak p umah dia,mmg ralit tgk dia dan pekerja2nya mencanting batik,lps tu rebus,lps tu sidai bg kering..smp la melipat masuk dlm plastik

    ReplyDelete
  4. Ada teknik mewarnakannya ya, bagus pengalaman untuk anak-anak dan seisi keluarga, belum petnah sampai sini.

    ReplyDelete
  5. cantik hasilnya..

    pernah sekali pergi Plaza Teruntum, lama dulu..

    ReplyDelete
  6. Kita pernah jugak mencanting batik masa ke Kuantan, seronok tapi lukisannya nak dibingkai, sampai ke sudah, hahaha

    ReplyDelete
  7. Akk mencanting batik di Noor Arfa, Ganu
    Kanvas tu kecik, rasa tak puas nak mewarna hihi

    ReplyDelete
  8. Ada lagi ke kompleks teruntum tu sekarang?

    ReplyDelete
  9. Cikbunga dulu pi tgk org mencanting batik kat Terengganu 🌹🌹

    ReplyDelete
  10. wah bestnya dapat buat aktiviti macam ni. dapat juga pengalaman canting batik ni :)

    ReplyDelete
  11. Comel jew Amir ikut mencanting.
    Tradisi begini batut dikekalkan sebagai identiti bangsa.

    ReplyDelete
  12. Best jugak ada aktiviti mencanting kat situ sesambil shopping kan. Ada juga hasil kreativiti boleh dibawak balik. Agaknya kena buat kat situ jugak nampak cantik gradient. Tapi dah warna cantik cantik, cantik jugalah hasilnya :)

    ReplyDelete
  13. Teruntum, Kuantan Parade, Megamall, ECM. Rindu nak ke sana lagi. 😭

    ReplyDelete
  14. pandainyaaaa abadam canting batik! lawa hasil kejadiannya!

    ReplyDelete
  15. menarik juga aktiviti begini. haraplah kiosk tu ada lagi. boleh kali ni Ayu join sekaki

    ReplyDelete
  16. Ccl ada juga pengalaman mencanting batik . Memang sangat best

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.