Semester Baru Bermula, Moga Harimau Kumbang Tak Masuk Kampus Lagi!

Hari ni bermulalah semester baru untuk pengajian di UiTM.
Bagi kampus yang terletak di negeri yang hari bekerja mereka bermula dengan Ahad, hari ni adalah hari kedua dah. Semoga semuanya masih bersemangat!

Ada kampus yang masih menjalankan pembelajaran secara Online Distance Learning sepenuhnya.
Ada yang telah mula memanggil pelajar pulang ke kampus bagi pembelajaran secara face to face.

Samalah kisahnya dengan kampus tempat aku mengajar.
Pembelajaran adalah secara hybrid, iaitu ada sebahagian pelajar akan kembali ke kampus, sebahagian lagi ODL seperti semester lepas.

Jadi, disebabkan aku antara yang terpilih untuk mengajar sesi makmal pelajar secara face to face, maka kenalah pergi kampus ambil lab coat untuk dibasuh. Lama betul terperap lab coat tu kat office sebab sepanjang semester yang berlangsung secara ODL, sesi makmal dijalankan secara virtual. Jadi Sabtu lepas, masa adam dan amir di kelas taekwondo, kami pun bawaklah ayu masuk untuk ambil barang-barang yang diperlukan di office kami.

Sunyi je kawasan kampus.
Kalau pergi sorang-sorang, terbit juga aura seram tu rasanya.
Adalah seorang dua makcik cleaner.
Selainnya memang suasana sunyi je.


Tambahan pula bilik office aku terletak paling hujung, betul-betul sebelah hutan simpan UiTM.
Memang seram juga bila teringat kes Harimau Kumbang masuk kampus tu.



Terbayang masa tengah jalan ke office, tiba-tiba dia ada pulak nak main cak cak hahaha!

Tapi semalam alhamdulillah, semua ok je.
Cuma sunyi tu nak buat macam mana kan.

Moga dengan adanya sebahagian pelajar yang balik ke kampus nanti, adalah suasana kampus sikit. Dulu, kalau waktu semester seang berjalan, memang sangat meriah kampus ni. Sana sini student. Belum masa ada program lagi, kalau masa tengah ada program jualan makanan ke apa ke, memang meriah dan bising!

Dulu menyampah sebab bising tu kadang mengganggu, sekarang rindu sangat suasana tu.

Semoga urusan aku nak mengajar secara face to face ni dipermudahkan. Korang selitlah doa buat aku ya? Risau tu ada juga, tapi hidup kena disebatikan dengan norma baharu. Harap berjalan lancar urusan semester ini dan akan datang juga 💓

Post a Comment

18 Comments

  1. Semoga kelas bersemuka akan bermula d kelantan dlm masa terdekat ni.

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkn urusan mengajar dan belajar.

    ReplyDelete
  3. Selamat kembali bertugas. Suasana bising yang dirindui. UiTM ni memang sunyi sikit tempat baru kan. Dulu selalu jugak masuk jumpa anak buah. Dah habis ni tak kesana dah lagi.

    Seram gak harimau bintang tu. Semoga Allah lindungi dari sebarang musibah dan permudahkan segala urusan. Aaminn...

    ReplyDelete
  4. Bahaya jugak tu.. semoga dpt bekerja dgn aman dan selamat

    ReplyDelete
  5. Selamat kembali ke kampus, Syaz. Semoga semua urusan untuk kembali mengajar secara bersemuka berjalan lancar.

    ReplyDelete
  6. Aamiin. Semoga dipermudahkan Syaz.

    ReplyDelete
  7. UiTM Pilah ke Syaz hehe :) anak kak ana masih ODL lagi apapun all the best buat semua yang memulakan pengajian dan kerjaya di kampus..

    ReplyDelete
  8. Selamat kembali ke kampus semua pelajar UITM. Kampus Shah Alam pun sunyi sepi sejak PKP bersambung PKP. Harap pembukaan semester baru ini riuhlah sikit kampus.

    Selamat kembali bertugas secara bersemuka pada Syaz. Semoga segala urusan dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  9. semoga kampus kembali meriah!

    haishhh harimau kumbang.. nk tumpang balaja jgk.. hehe
    kalo snyi mmg seram skit.. hihi..
    mcm tmpt keje sy ni la.. skrg dh ade bdk2 form 5 meriah la skit..

    ReplyDelete
  10. semoga semuanya dipermudahkan..aamiin.
    budak2 pun x lama lagi nak start sekolah dah..

    ReplyDelete
  11. Inshaa Allah..moga berjalan seperti biasa kampus syaz..kalau xde org mmg suyi dan seramm.

    ReplyDelete
  12. sunyinya seram juga bila takde orang ni. semoga dipermudahkan urusan mengajar :)

    ReplyDelete
  13. Selamat kembali bertugas kak Syaz. Alhamdulillah dapat juga mengajar face-to-face setelah sekian lama ODL kan. saya pun rindu nak belajar dalam kelas lagi tp habis begitu saja dgn ODL sobs

    ReplyDelete
  14. tempat saya minggu ni masuk sikit, minggu depan masuk sikit lagi... dah memang bersemuka walaupon ada yang masih online

    ReplyDelete
  15. punya lah lama PKP sampai harimau kumbang pun nak buat sarang. Semoga dipermudahkan urusan Kak Syaz :)

    ReplyDelete
  16. alahai seram juga bila ada harimau kumbang berkeliaran ni

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.