Taman Riadah di Taman Bandar Senawang | Throwback Thursday | 2019

Cerita zaman pra Covid-19 dulu.
Kisahnya setiap hujung minggu, kalau tak ke mana-mana, kami mesti akan pergi jalan-jalan untuk ambil angin di taman riadah dalam taman perumahan kami ni.

Tak jauh pun, dalam lima minit berjalan kaki.
Lepas asar macam tu, kami akan gerak ke sana.
Sejak anak-anak dah boleh berjalan sendiri, memang lagi mudahlah kami ke sana.
Tap payah nak sorong stroller dan sebagainya.

Gambar-gambar ni semua, aku tak ingat pulak exact date kami ke taman riadah ni. Tapi aku pasti masa ni 2019 sebab ayu punya saiz tu macam dia baru setahun lebih.
Ke awal 2020 ek?
Alala tak ingat pulak!

Tapi seingat aku, pada hari tu, kami bawa mesin belon buih yang baru dibeli masa balik ke Kelantan. Mesin buih tu bentuk katak, ada kipas dan berfungsi menggunakan bateri AA.

Bila letak je cecair untuk belon buih tu dalam mesin tu, tekan butang ON, kipas dia akan bergerak. Dan buih-buih belon akan keluar sendiri sampailah mesin tu kehabisan cecair tu.


Saja nak bagi anak-anak seronok berlari-lari dekat padang tu.
Diorang bertiga memang seronoklah main kejar-kejar buih belon tu.
Sambil lari, sambil tepuk buih tu bagi pecah.

Selalunya diorang main macam ni kalau kami bawa diorang beriadah ke Taman Awam Seremban 2.
Kalau sesiapa yang ingat, dulu setiap petang hujung minggu, penuh manusia bawa anak ke sana. Boleh beli pulak cecair belon buih tu semangkuk, dapat dua batang peniup.

Penuh taman awam tu dengan bubbles!



Jadi bila ada masanya kami malas nak ke Taman Awam Seremban 2 tu, kami bawa je anak-anak ke taman riadah dalam taman ni saja. Bila dah guna mesin buih tu, diorang dah tak payah tiup.
Terus proceed dengan lari dan kejar je hahaha!


Kami pasang je mesin tu sampailah cecair belon buih tu habis. Bila dah habis, mulalah masing-masing rasa letih. Masa main tadi tak sedar pun kaki masing-masing dah tak larat kan.


Bila dah letih, pakat ajak balik rumah.
Omak ok je nak balik. 
Dengan syarat kena ambil gambar dengan mak dulu hihi.

Apa lagi, moh lerr kita berbaris untuk ambil gambar!








Sekarang dah jarang dah kami ke taman ni, sejak covid-19 melanda, memang banyak masa dihabiskan dekat rumah je. Nak keluar pun fikir tiga empat kali.

Haritu ada juga kami singgah sini, masa tu kebetulan tak ada sesiapa pun dekat taman ni.
Tapi nanti itu aku cerita ni entry yang lain.

Ada sesiapa pernah sampai sini?
Pernah beriadah kat sini?
Sebab pernah juga kami berborak dengan seorang mak cik tu, dia kata dia datang dari luar taman kami ni. Jauh dia datang berjalan semata-mata nak bawa cucu dia main basikal. Hehe..

Post a Comment

13 Comments

  1. Dulu, masa Iman kecik2 memang rajin bawa di berlari di taman istana. Bila dia dah besar, taman istana tu dah tak dibuka kpd orang awam lagi. Jadinya kami lari-lari kat mall aje laaa.. huhu.

    ReplyDelete
  2. seronok tengok belon buih melayang-layang..

    ReplyDelete
  3. tempat luas ramai orang suka pergi.. saya pun jenis lepak padang.. bagi anak2 lari..huhu

    ReplyDelete
  4. Nak ke taman beriadah macam dulu rasa tak berapa selesa musim covid gini, walaupun dah dibolehkan tapi kita yg rasa was2

    ReplyDelete
  5. Kanak2 memang seronok sgt kalau dpt beriadah mcm ni...

    ReplyDelete
  6. sekarang dah boleh dah jenguk taman tu.. ntah2 rumput dah panjang..

    ReplyDelete
  7. bestnya lapag je kalau nak biar anak main lari2 pun seronok. tak pernah pergi lagi

    ReplyDelete
  8. nampak hepi betul Ayu dalam gambar-gambar ni. tak pernah lepak sini tapi boleh bayangkan meriahnya dengan budak-budak berlari.

    ReplyDelete
  9. cuaca pun nampak redup je mmg sesuai bersantai2 mcm ni

    ReplyDelete
  10. Gambar pertama tu supergirl nak terbang!

    ReplyDelete
  11. sama la, masa anak2 kecik dulu..ada masa weekend je gi bawak anak2 picnic kat park..tasik la, playground la..main bola semua. now dah besar2...jarang sgt.

    ReplyDelete
  12. betul tu , dapat bagi kualiti time pada keluarga pun dah cukup happy

    ReplyDelete
  13. Seronok bila sebelum covid ni. Boleh bebas kemana saja. Budak budak memang seronok pergi taman. Belum pernah sampai sini lagi.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.