Testimoni Cetaphil Bright Healthy Radiance Set

 


Sebenarnya, masa baca komen dari Shida dekat post ni tadi, tersenyum sorang-sorang jugaklah haha! Sebabnya, aku pun perasan juga yang kulit muka aku sekarang dah tak sekusam dulu.

Mungkin belum flawless sepenuhnya, tapi apa yang dah berlaku pada kulit muka aku sekarang ni, dah buat aku happy dan puas hati. Semua ni lepas hampir  dua bulan lebih aku guna set Cetaphil Bright Healthy Radiance Set


Asalnya aku hanya cuba beli dan pakai dia punya pencuci muka saja. Yang lain-lain tu aku tak beli. Bukan apa, selalu kalau aku beria beli satu set terus, end up mesti tak sesuai, tak menjadi, atau produk tu tak best. Ada yang terlebih sticky, ada yang bau dia pun dah buat aku pening. Sebab tu masa hati mula-mula terdetik nak pakai Cetaphil jenis ini, aku beli satu je dulu; creamy cleanser dia je.

Lama benar PKP, selama tu jugalah muka tak berjaga sangat. Sebab fikir tak kemana kan, stay kat rumah je.

Huhuk..
Kesan cincai jaga muka.
Memang tak berapa nak sekata tona kulit muka aku jadinya.

Tapi lepas aku cuba creamy cleanser Cetaphil ni selama sebulan, rasa macam ok.

Jadi aku fikir, why not aku cuba 1 set pulak?

Jadi aku pun terus cukupkan set dia.
Aku beli dia punya day cream, night cream sekali dengan toner.

Aku ni tak disiplin sangat bab pakai toner dan cream malam, ada masanya terlupa nak pakai, ada masanya memang malas nak sapu toner dulu. Tapi cleanser dengan day cream memang tak skip.

Dan sekarang, aku boleh nampaklah kulit muka aku lebih sihat berbanding dulu. Liang-liang pori yang sebesar lobang di jalan tar tu pun dah mengecil. Terasa segar je kulit muka, terutama kalau masa tak kenakan sebarang foundation.

Tapi, kalau masa tu terasa nak pakai foundation, kesan dia pada solekan pun lebih elok tau.



Aku hanya pakai day cream, lepas tu sapu foundation MK nipis-nipis. Aku ni jenis foundation yang sesuai hanyalah Mary Kay, Loreal dan Maybelline Fitme tu. Yang lain memang tak berapa sesuai. Sejak dah guna Cetaphil Bright Healthy Radiance Set tu, aku perasan yang foundation jadi lebih sekata. Nak bagi lagi sekata, aku hanya guna MK atau Maybelline punya loose powder je.


Memang gabungan dia meletop la weh!
Bersinar-sinar je kulit muka!
Memang kurang bercapuk.
Ooops maaf beria pulak puji kulit muka sendiri.

Bukan perasan, tapi nak ceritanya, Cetaphil Bright Healthy Radiance Set ni memang berkesan sangat dengan aku. Memang terbaik dan aku sangat suka. Dia buat aku jadi semakin malas nak make up. Ye lah, dulu make up sebab nak totop liang-liang dan tompok tak sekata kat muka. Sekarang dah sekata dan elok sikit kulit muka tu, tak payahlah beria nak tutup hik hik.

Lepas ni aku nak cuba mantapkan disiplin aku dengan regim penjagaan muka menggunakan Cetaphil Bright Healthy Radiance Set ni. Sebab dah makin seronok dengan hasil dia. Walaupun taklah selaju produk lain, tapi ianya slowly but surely!

Hashtag #bukanpaidreview 😁

Anyway, terima kasihlah shida sebab perasan perubahan kulit muka iolls kih kih!

+++


Post a Comment

12 Comments

  1. wah nampak bersinar dan flawless kulit. makin cantik la kak syaz sekarang :)

    ReplyDelete
  2. Betul tu... kalau beli satu set terus... ada je yang tak kena dengan set tu...

    ReplyDelete
  3. flawles berseri mempesonakan wajah syaz

    ReplyDelete
  4. Seronok dapat hasil yang dikehendaki.
    Akak pakai pun campur brand.
    Untuk cleaser, Cetaphil yang biasa tu. Lama lagi nak abis, dah abis nanti boleh la try cleanser yang ni pulak. Kot boleh jadi berseri macam Syaz 😊

    ReplyDelete
  5. ok serius memang nampak elok sangat kulit kak syaz..terasa nak mencuba pulak cetaphil ni...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..happy bila pakai produk yang buatkan kita lagi cantik. Kena konsistent lah pakai tapi :)

    ReplyDelete
  7. Wowww, nice nyaaaaa...tak pernah guna ni, adik ada guna dulu, tak kena ngan kulit dia sangat..huhu..

    ReplyDelete
  8. kalau tgkkan gambar first ngan gambar last, mmg banyak bezanya... berkesanlah produk ni ngan kulit kak syaz

    ReplyDelete
  9. sama la kita kak syaz, bukan semua foundation yang ngam dengan kulit. Tak tahu pulak cetaphil ada keluarkan set ni. Cantik produknya, cantik jugak tuannya hihi

    ReplyDelete
  10. wow..sgt syaz! oh pkai cetaphil ya..bagus kalau ia berkesan utk syaz! Tahniah syaz!

    ReplyDelete
  11. siapa yang taknak kulit sihat berseri-seri kan ,

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.