Ostad Power Metal - Mitch - Review Buku

Apa khabar semua di hari terakhir tahun 2021 ni? SR menghabiskan tahun ni di rumah mertua. Berharap sangat agar 2022 nanti lebih baik, SR lebih banyak menulis dan juga membaca. Untuk 2021, SR kurang sikit membaca berbanding 2020. Entah apa yang SR sibukkan 2021 ni ya? Banyak uruskan hal ehwal kerja hakiki juga rasanya. Jadi, masa kemas beg nak balik bercuti di Kuantan dan Kelantan hari tu, SR memang dah masukkan sekali buku ni siap-siap. Memang dah plan nak baca buku ni waktu cuti ni. Jadi sebab dah tak ada nak buat semalam, SR pun mulalah membaca.

Ostad Power Metal ni adalah buku kedua hasil karya Mitch yang SR baca. Yang pertama dulu, SR baca bingkisan beliau yang bertajuk Memoir Kampung Boy (KLIK untuk baca review). 

Novel setebal 249 muka surat ini memang bukan sesuatu yang klise. I mean, bukan macam novel yang biasanya dibaca oleh pembaca, yang mana setiap novel selalunya mesti ada watak hero dan heroin. Tapi novel Ostaz Power Metal ni, semuanya adalah hero kecuali emak hero utama, adik perempuan hero utama (yang muncul dalam beberapa perenggan aje) dan jiran si hero. Yang lain, semuanya hero-hero belaka. 


Membaca Ostad Power Metal ni, buat SR rasa serba salah dan takut-takut. Sama macam apa yang watak utamanya, Ospom, rasa sepanjang dia menghadapi perjalanan hidup yang baru setelah ditamatkan pekerjaannya selaku guru sekolah pondok. Penulis mencabar arena penulisan, sekaligus membuat percubaan berani, dengan menembungkan dua cara hidup yang begitu asing dan janggal sekali jika digandingkan. 

Ringkasnya, gaya bahasa yang bersahaja memang berjaya membuatkan SR keep on baca tanpa henti. Mungkin juga sebab SR sendiri meminati filem Arwah Mamat Khalid tentang dunia Rock, jadi SR terbawa-bawa juga dengan imaginasi watak-watak dengan persona rockers.

Ada ketika, beberapa babak boleh dikatakan kurang logik, tetapi dah nama pun fiksyen kan, mestilah unsur begitu yang menambah kesedapan cerita. Mungkin ada pembaca yang akan meragui jati diri dan isi hati Ospom, tapi tidak salah kan jika kita merasakan bagus juga kalau Ospom ini benar-benar ada? Hehe..


SR siap dapat tandatangan dari Mitch, sebab Ostad Power Metal ni, SR beli direct dari penulis. Cayalah penulis, calit!

Buat Mitch, semoga terus menghasilkan karya-karya yang sebegini. Walaupun berunsur rock, namun isi kandungan ceritanya 'clean' saja. Budak sekolah rendah pun boleh baca Ostad Power Metal ni. Pada pandangan SR la kan. 

Untuk SR, Ostad Power Metal ni SR berikan 4/5 bintang!
⭐⭐⭐⭐

+++
SR mula baca semalam, habis baca juga semalam. Gigih kan?

Jika nak beli buku ini, rasanya boleh juga cari di Facebook Menara Seni.

Post a Comment

14 Comments

  1. Wahhh.. ramai hero ya. Perempuan pun boleh jadi hero dan zaman ini ianya tak mustahil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, watak2 nya hero (lelaki) belaka dalam buku ni hehe

      Delete
  2. Suka juga cerita tidak klise dan buat kita terfikir.
    Semoga berjaya membaca banyak buku.

    ReplyDelete
  3. Wow…249 ms habis sehari. Tahniah syaz 👏🏽

    ReplyDelete
  4. Selamat membaca
    Hebatnya membaca 249 ms dalam masa sehari.
    Kalau wak, setahun pun belum tahu khatam

    ReplyDelete
  5. wah mesti menarik sgt novel tu cpt ja baca nk tahu ending

    ReplyDelete
  6. betul, kadang baca nampak kurang logik pun..baca ja la untuk kesedapan cerita kan

    ReplyDelete
  7. menarik ni. bolehlah cari nanti. tahun ni belum start membaca lagi

    ReplyDelete
  8. suka sgt bila siap dpt autograph dr writer tu ...kan?

    ReplyDelete
  9. Wow.. Lama tak baca buku camni.. tajuknya menarik

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.