Memoir Kampung Boy - Mitch | Review Buku

Rasanya lama tak update pasal ulasan buku.
Menjelang hujung tahun lepas, macam kurang sikit membaca sebab masa tu menulis untuk buku sendiri.

Jadi awal tahun ni, mulakan balik membaca.
Sebab membaca adalah cara untuk berada di tempat lain tanpa perlu pergi ke tempat lain.

Haha faham tak?


Ok berbalik pada Memoir Kampung Boy.
Buku ni asalnya lalu-lalang dekat Facebook.
Memang love at first sight betul dengan cover dia.
And yes buku ni memang aku amalkan judge a book by its cover.
By judging aku maksudkan aku dapat rasa buku ni berbaloi dan sedap untuk di baca.

Jadi aku terus Whatsapp nombor seperti dekat iklan tu.

Rupanya itu nombor penulis sendiri.

Bertambahlah seronok sebab dapat chat dengan penulis sendiri weh!

Jadi lepas order, settle payment semua, 3 hari kemudian buku pun sampai.


Siap dapat signature penulis, I is love! 💕

Buku dia tebal, tapi bilangan mukasurat 290++ je.
Saiz dia pun besar dari novel biasa yang selalunya bersaiz A5. Paling suka adalah material kertas dia.

Kertas ringan ni, dulu novel banyak kertas macam ni.
Cuma lately novel kertas macam ni jarang dah jumpa.

Mula baca dalam 14 Februari 2021.
Tapi semalam 11 Mac 2021 baru siap baca.

Lambat sebab macam-macam hal 😂


Kisah mengenai Kenit dan abangnya Har, yang menjalani kehidupan sebagai budak kampung pada tahun 80an.
 
Banyak menceritakan pengalaman main permainan budak-budak kampung zaman tu.

Tentang persahabatan yang murni dan mudah sangat nak dibentuk oleh budak-budak.

Suka juga dengan perspektif penulis tentang betapa budak dulu hormat dan takut dengan ibubapa.

Tapi, ada juga satu babak yang sedih.
Dan ya, budak-budak pun boleh merasai kesedihan itu.

Cuma yang buat aku bertambah sedih, babak tu, yang aku tak tau pun ada kewujudannya dalam buku ni, di spoiler kan oleh adam 😂

Aku baru baca halfway, dan selalunya aku ni, kalau membaca, aku akan tinggal buku yang on going tu atas sofa, sebab aku akan sambung baca atas sofa tu jugak.

Jadi ada satu hari tu, aku tak perasan adam ada selak dan baca buku Memoir Kampung Boy ni masa aku tengah masak.

Jadi lepas masak, aku lepak tengok tv.
Tiba-tiba adam cerita pasal bab sedih tu.

Aku memang terpinga-pinga la 😂

"Ala kenapa adam bagitau mak cerita dia jadi macam tu!"

"Haha adam ingat mak dah baca habis" 

Sabar je lah 😑

Jadi, personally aku bagi buku ini 5 bintang!
👏👏👏👏👏
⭐⭐⭐⭐⭐

Dan buku ni sesuai juga dibaca oleh anak-anak 😁

Update:

Siapa berminat 👇

#sayatakjual
#bukanpaidreview

Catat Ulasan

31 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. menarik buku ni..mengimbau kenangan masa kecik2 dulu...

    BalasPadam
  2. Ini bkn yg Kampung Boy Lat tu ye?
    Tapi betul laa, budak-budak zaman 80an memang byk memori yg best2 kan..

    BalasPadam
  3. menarik2... nak kene cari jugak nih... sebab sekarang kadang mood malas asik nak layan hp je, kalau ada buku boleh jugak baca

    BalasPadam
  4. Oh nama penulis nama orang putih. Hehe ingat terjemahan.
    Siapa yang hidup zaman kanak-kanak 60-an,70-an dan 80-an boleh rasa kaitan dengan mereka.

    BalasPadam
  5. tetiba teringat memori membesar pd thn 80an dulu. nostalgia tul...

    BalasPadam
  6. Akak memang friend dengan mitch tapi blom ada senaskah pun karya dia..nanti nak beli jugak...

    BalasPadam
  7. Terus macam berada kat kampung kaedahnya kak. Saya pun suka kertas buku dulu. ringan dan berwarna kuning sikit macam tu, klasik :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, setuju.. tangan pun kurang lenguh hihi

      Padam
  8. mati2 saya sangkakan buku karya dato' Lat... rupanya... hehehe

    BalasPadam
  9. betul kak, tgk cover buku tu boleh rasa cerita dia menarik

    BalasPadam
  10. Cover dia memang cantik..
    Sha pun kadang beli buku lepas tengok cover.. hehehe

    BalasPadam
  11. Okay membaca adalah cara untk berada di tempat lain tanpa berada ditempat lain hehehehe setuju dengan ayat nih!

    Unfortunately Mrs. A is dah malas membaca buku huwaa...waaa.waaa

    BalasPadam
  12. Ingatkan Kampung Boy Dato' Lat tu... hehehe

    BalasPadam
  13. aha la, menarik cover dia tu..and setuju dengan kata2 syaz, membaca tu buat kita berimaginasi dan letakkan diri dalam kisah buku tu..rasa ada kat tempat lain bersama-sama watak dalam tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi.. kata2 tu pun saya dengar dari mana tah dulu hehe

      Padam
  14. bestnya dpt signature penulis skali

    BalasPadam
  15. Book reviews are essential for both readers and authors. They provide valuable senses into the content, style, and overall impact of a book. However, before publishing a review, it is crucial to ensure that it's well-written and free of errors. That's where book proofreading and editing services come in. These services can help polish your review, making it more professional and engaging. Whether you're a reader sharing your thoughts or an author seeking feedback, investing in proofreading and editing can enhance the quality of your book review.

    BalasPadam
  16. Dapat tt penulis tu best

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad