Pagi Sebelum Kejadian Yang Meresahkan Hati

Jumaat lepas, SR ada cerita yang SR tak berapa nak happy dan cemas dalam hati. Haa meh nak mukadimah.. Pagi itu indah seperti biasa. Eh dah macam lagu daa.. hehe..
Ya, pagi Selasa lepas, anak-anak dah ready nak pergi ke tempat masing-masing.

SR memang suka tangkap gambar anak-anak sebelum diorang ke tempat yang diorang nak tuju. Itu yang ada gambar ni haa..


Lepas beberapa minit, bermulalah kejadian yang buat SR susah hati. Kebetulan SR tak keluar ke tempat kerja lagi pagi tu. SR dah merancang untuk ke UKM pada petang Selasa tu.

Elok je tak sampai 5 minit, zaimi, amir dan ayu meninggalkan rumah, tiba-tiba SR dengar adam jerit (adam masih belum ke sekolah minggu lepas, sekolah dia digunakan sebalai PPS banjir), "Mak! Ayah, amir dan ayu dah balik!"

SR dah rasa pelik dah.

"Sekolah amir tutup. Ada dua orang cikgu positif Covid19. Semalam dua orang cikgu tu ada sepanjang hari dekat sana." Katanya zaimi.

Gelap sekejap dunia. Risau dekat anak-anak. Risau dekat diri sendiri. Risau!

Memang tak tau nak buat apa lah kan. Terus zaimi call bos kami. Dia kata, rujuk Unit Kesihatan, Unit Kesihatan akan guide apa perlu buat.

Jadi, dipendekkan cerita, kami perlu Work From Home sehingga kes amir selesai. Hari Jumaat, amir diarahkan pergi swab dan kena pakai gelang pink. Mana tak berdebar dan cemas SR haa..

Nanti SR story tentang amir swab RTK pula. Insyaallah...

Post a Comment

16 Comments

  1. Semoga baik2 sahajalah semuanya. Memang rasa gelap dunia jika kita ada kontak rapat ni.

    ReplyDelete
  2. PC dah rasa macam nak copot jantung sebab en suami dah dua kali pakai gelang..sekali pergi masjid sekali lagi kawan sepejabat positif..

    ReplyDelete
  3. itulah benda paling kita risau bila hantar anak ke sekolah.

    ReplyDelete
  4. Risiko sekolah secara bersemuka. Harap SR dan famili dijauhkan dari virus covid

    ReplyDelete
  5. Semoga baik-baik saja semuanyaa.

    ReplyDelete
  6. moga yg baik2 saja..memang berdebar la. in sya Allah, harap x de apa2 tu

    ReplyDelete
  7. Allahuakbar. Risau dan cemas kalau saya pun. Semoga semuanya terurus dengan baik dan semuanya baik baik je. Aaminn...

    ReplyDelete
  8. Menyeramkannn.. Huishhh. Moga bebaik aje ler

    ReplyDelete
  9. Semoga baik baik saja. Benda yang paling kita Mak Mak risaukan bila anak dah start sekolah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...
      anak2 bila jumpa kawan, happy je.
      hilang jarak sosial :) ha ha ha ha

      Delete
  10. Allahu...moga yang baik-baik aje ye....

    ReplyDelete
  11. Ni lah paling takut kan..huhu
    Semoga keluarga Syaz selamat..

    ReplyDelete
  12. Naluri ibu ni selalunya akan dapat rasa ada benda xkena kan . Semoga semuanya baik2 sahaja

    ReplyDelete
  13. aduhhh semoga dipermudahkan urusan kak syaz sekeluarga

    ReplyDelete
  14. aida dgr positif covid je memang terus saspen, SR.
    ni hah kat fb kesihatan melaka, selang sehari ada je kluster baru.
    hadoi lah... saspen!!!

    ReplyDelete
  15. Allah.. Seram bila dengar kes positif ini..
    Semoga semuanya baik-baik sahaja..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.